PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penglihatan penting untuk pembelajaran

+4
ong poh lee U6B
leeyoong_U6B
yeow_U6A/2010
Tee Yee Yean (U6B/'10)
8 posters

Go down

Penglihatan penting untuk pembelajaran Empty Penglihatan penting untuk pembelajaran

Post  Tee Yee Yean (U6B/'10) Tue Dec 22, 2009 9:02 am

Daya penglihatan yang baik penting untuk proses pembelajaran. Malangnya, orang ramai termasuk ibu bapa sering tidak menyedari yang anak mereka mengalami masalah penglihatan.

Penyelidikan pada 2003 oleh Profesor David Thomsom dari City University, Surrey, United Kingdom mendapati 12 peratus daripada pelajar sekolah rendah mengalami masalah penglihatan yang tidak dikesan - seperti penglihatan yang lemah pada sebelah mata dan sebagainya.

Kanak-kanak kerap menggosok mata apabila mereka membuat kerja jarak dekat seperti membaca, menonton televesyen atau bermain permainan komputer.

Dalam tempoh ini, mata mereka kurang berkelip dan menjadi kering. Kekeringan mata akan menjurus kepada keletihan, tekanan dan disertai penglihatan yang kurang baik.

Pigmen oren, merah atau biru ungu yang dijumpai dalam buah-buahan dan sayuran baik untuk mata.

Antaranya adalah seperti blueberry, bilbery dan wolfberry. Bilberi mengandungi antosianin yang bertindak sebagai antioksida yang menyokong pembentukan tisu penghubung dan membantu menguatkan kapilari mata.

Manakala karotenoid yang dijumpai dalam lycium bermanfaat untuk memperbaiki penglihatan malam dan kabur.

Eyebright berguna untuk melegakan iritasi, gatal dan mata merah. Kombinasi herba-herba ini memberi kelebihan kepada masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak.

Dalam masa yang sama, penambahan nutrien seperti asid lemak termasuk DHA dan AA adalah perlu untuk rangsangan otak dan mata.

Banyak kajian yang membuktikan DHA adalah nutrien poten untuk perkembangan otak dan mata, fungsi kognitif serta pengawalan pergerakan.

Ikan berlemak adalah sumber utama DHA. Alternatifnya, suplemen yang kaya dengan DHA juga disarankan untuk menyokong fungsi mata dan otak yang optimum.

Untuk memperolehi dos yang tinggi, pengambilan dalam bentuk suplemen lebih menjadi pilihan kerana ia menyenangkan dan menjanjikan bekalan yang berterusan.

Pilihlah suplemen yang berkualiti serta kandungan yang lebih tinggi untuk mendapat kesan terapeutik.
Tee Yee Yean (U6B/'10)
Tee Yee Yean (U6B/'10)

Posts : 29
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Penglihatan penting untuk pembelajaran Empty Re: Penglihatan penting untuk pembelajaran

Post  yeow_U6A/2010 Tue Dec 22, 2009 2:12 pm

saya bersetuju bahawa daya penglihatan penting untuk proses pembelajaran dan kerap menonton televesyen dan menggunakan komputer itu memudaratkan daya peglihatan. Jika demikian pada pandangan saudari patutkah kita berhenti menggunakan komputer untuk melayari forum ini?

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Penglihatan penting untuk pembelajaran Empty Re: Penglihatan penting untuk pembelajaran

Post  Tee Yee Yean (U6B/'10) Wed Dec 23, 2009 10:19 am

hahahhaa...kita masih boleh menggunakan komputer untuk melayari forum ini...tetapi janganlah terlalu panjang masanya~kita perlu berhenti sekejap dan merehatkan mata kita...Shocked Sleep
Tee Yee Yean (U6B/'10)
Tee Yee Yean (U6B/'10)

Posts : 29
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Penglihatan penting untuk pembelajaran Empty Re: Penglihatan penting untuk pembelajaran

Post  leeyoong_U6B Wed Dec 23, 2009 7:25 pm

Dalam era globanisasi ini, kita semakin kerap terdedah kepada penggunaan IT dalam aktiviti seharian. Secara tidak langsung, komputer telah menjadi bahan keperluan kita. Pada pendapat saya, penghentian penggunaan komputer atau televisyen agak mustahil.. Oleh itu, sebagai seorang pengguna yang bijaksana, kita haruslah membahagikan masa penggunaan dengan sistematik. Seperti yang dikatakan oleh Yee Yean.. Kita haruslah merehatkan mata selepas berhadapan dengan komputer beberapa jam... ^^

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Penglihatan penting untuk pembelajaran Empty cara-cara untuk menjaga mata kita:

Post  ong poh lee U6B Tue Jan 19, 2010 1:34 pm

Semasa menggunakan komputer:

* Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit

* Lakukan pertukaran posisi bekerja. Lakukan pergerakan di kawasan sekeliling sekurang-kurangnya 2 jam selepas menggunakan komputer. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda

* Kelipkan mata anda! Kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata, yang mana menyebabkan mata kering dan tidak selesa. Anda digalakkan untuk menggunakan ubat titis air mata tiruan sekiranya anda menggunakan komputer dalam jangka masa yang lama

* Lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan belakang badan

* Ubah kedudukan monitor komputer anda. Monitor perlu berada di kedudukan 20 hingga 30 inci daripada mata anda, lebih kurang ½ depa

* Ubah kedudukan papan kekunci (keyboard). Letakkan papan kekunci di hadapan monitor

* Jika perlu, pakai cermin mata yang bersesuaian. Jika anda memakai cermin mata atau kanta lekap pastikan cahaya mencukupi bagi membantu anda menggunakan komputer

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Penglihatan penting untuk pembelajaran Empty Re: Penglihatan penting untuk pembelajaran

Post  ong poh lee U6B Tue Jan 19, 2010 1:38 pm

Jika anda menghadapi masalah berikut ,anda harus dapatkan nasihat doktor.

*Mata merah

* Kesakitan yang teruk pada mata

* Penglihatan kabur

* Benda asing di dalam mata

* Kecederaan pada mata

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Penglihatan penting untuk pembelajaran Empty Re: Penglihatan penting untuk pembelajaran

Post  HuInI(U6A) Sun Jan 24, 2010 2:04 pm

isu ini memang perlu dititikberatkan kerana semakin banyak remaja pada masa kini menghadapi masalah penglihatan. Sebagai contoh, 6/7 murid daripada U6A memakai cermin mata semasa pembelajaran.

HuInI(U6A)

Posts : 17
Join date : 2009-05-18
Age : 32

Back to top Go down

Penglihatan penting untuk pembelajaran Empty Re: Penglihatan penting untuk pembelajaran

Post  lee kah yent(L6A) Sat Jan 30, 2010 10:55 am

HuInI(U6A) wrote:isu ini memang perlu dititikberatkan kerana semakin banyak remaja pada masa kini menghadapi masalah penglihatan. Sebagai contoh, 6/7 murid daripada U6A memakai cermin mata semasa pembelajaran.

ya, betul sekali contoh yang kamu bagi!! lol!
lee kah yent(L6A)
lee kah yent(L6A)

Posts : 31
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Penglihatan penting untuk pembelajaran Empty Penglihatan penting untuk pembelajaran

Post  Kar Yung (U6A/2010) Sat Jan 30, 2010 4:48 pm

Dengan pendapat saya,sebagai seorang pelajar, daya ingatan lebih penting daripada penglihatan untuk pembelajaran. Daya ingatan amat penting untuk menentukan kecemerlangan dan kejayaan dalam pembelajaran, daya ingatan berkait rapat dengan mental dan fizikal yang sihat mampu mengekalkan maklumat yang dibekalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Tidak dapat dinaftikan seorang pelajar yang mempunyai daya ingatan yang kuat, mereka mestilah mempunyai emosi, akal, penglihatan, pendengaran dan anggota pancaindera yang sihat. Bagaimanapun, tidak semestinya mereka yang cacat anggota tidak dapat kecemerlangan dan kejayaan dalam pembelajaran. Malah, kadang-kadang mereka yang kurang upaya seperti cacat penglihatan dan anggota juga mampu mengatasi proses pembelajaran orang yang sempurna.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 33
Location : KL

Back to top Go down

Penglihatan penting untuk pembelajaran Empty Re: Penglihatan penting untuk pembelajaran

Post  You Lee Shuen Wed Feb 03, 2010 4:52 pm

Pada pendapat saya, kedua-duanya penting sekali. Daya ingatan yang adalah amat menguntungkan dan prosespembelajaran kerana dapat meningati pengajarancikgu dengan lebih cekap dan baik. Namun penglihatan yang baik juga sama pentingnya kerana dalam proses pembelajaran, penglihatan amat diperlukan. Misalnya, pengulang kajian, pencarian sumber...Jikalau perlajar tersebut adalah pelajar visual, dengan lihat juga dapat menambah kekuatan ingatannya.
You Lee Shuen
You Lee Shuen

Posts : 23
Join date : 2009-06-30

Back to top Go down

Penglihatan penting untuk pembelajaran Empty Re: Penglihatan penting untuk pembelajaran

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum