Isu Bunuh Doktor

View previous topic View next topic Go down

Isu Bunuh Doktor

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] on Sat Jan 30, 2010 4:57 am

Lelaki mengaku tembak pakar pengguguran lindungi kanak-kanak

WICHITA: Seorang lelaki memberitahu mahkamah di Amerika Syarikat bahawa dia membunuh seorang doktor pengguguran terkenal kerana ingin menyelamatkan nyawa bayi yang belum dilahirkan.

"Saya melakukan apa yang perlu dilakukan bagi melindungi kanak-kanak berkenaan. Saya menembaknya," kata Scott Roeder kepada barisan juri. "Jika saya tidak lakukan, bayi berkenaan akan mati pada hari berikutnya."

Roeder, 51, mengaku tidak bersalah di atas tuduhan membunuh Doktor George Tiller di luar sebuah gereja.

Roeder berusaha untuk meyakinkan juri bahawa dia hanya bersalah di bawah peraturan menyebabkan kematian dengan sengaja.

Di bawah undang-undang Kansas, tindakan menyebabkan kematian dengan sengaja hanya boleh diterima apabila tindakan yang diambil berdasarkan keadaan di mana pesalah perlu mempertahankan dirinya bagi mengelakkan kecederaan lebih besar.

Hakim Daerah, Warren Wilbert memutuskan bahawa beliau tidak membenarkan juri menimbang mengurangkan kesalahan tahanan terbabit.

Vicki Saporto, presiden Persekutuan Pengguguran Nasional Pro-choice, berkata beliau "lega" apabila mendapat tahu mengenai arahan mahkamah tidak mengurangkan pertuduhan terhadap Wilbert.

Keputusan mengurangkan tuduhan kepada menyebabkan kematian dengan sengaja "akan menjadi satu tragedi dan meletakkan keadaan keselamatan penawar khidmat pengguguran di semua tempat dalam risiko."

"Kita tidak boleh menyelesaikan perbezaan politik di negara ini dengan membunuh satu sama lain," kata Saporto.

Dalam kenyataannya,

Roeder tidak mempertikaikan sebarang bukti yang dikemukakan terhadapnya oleh pihak pendakwa.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum