Pemandu bas ekspres malam ‘pelesit’

View previous topic View next topic Go down

Pemandu bas ekspres malam ‘pelesit’

Post  S.Teng(U6A/2010) on Mon Jan 25, 2010 5:27 pm

LAPORAN penyiasatan Unit Khas Utusan Malaysia kali ini menemukan suatu gejala sangat berbahaya iaitu lebuh raya dijadikan ‘perangkap maut’ oleh pemandu-pemandu bas ekspres malam.

Pemandu-pemandu ini lebih layak digelar ‘pelesit’. Perbuatan mereka menjadikan nyawa orang ramai sebagai sandaran sukar diampunkan. Namun apa yang menghairankan, fenomena itu seolah-olah dibiarkan.

Sebahagian besar bas ekspres malam dipandu sangat laju. Malah ‘pelesit-pelesit’ ini memandu berbahaya, memotong secara zig-zag dan melakukan kesalahan lain tanpa menghiraukan nyawa penumpang.

Selama empat malam berturut-turut, wartawan AZRAI MOHAMMAD bersama jurugambar MUHD. HAFIZH KHOSMAT dan AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN mengekori serta menaiki sendiri bas ekspres yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan kedua-dua arah.

Lebih 20 bas ekspres diekori dan dipantau secara khusus. Hasil penyiasatan sangat menakutkan – 15 daripadanya dipandu purata 120 kilometer sejam (km/j) selain melakukan pelbagai kesalahan lain.

Ikuti Bahagian I laporan penyiasatan berkenaan hari ini. Nantikan juga Bahagian II esok.


Last edited by S.Teng(L6A) on Mon Jan 25, 2010 5:31 pm; edited 1 time in total

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Pemandu bas ekspres malam ‘pelesit’

Post  S.Teng(U6A/2010) on Mon Jan 25, 2010 5:30 pm

Pada pendapat saya, mereka patut dikenakan hukuman seperti gantung lesen memandu!

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Pemandu bas ekspres malam ‘pelesit’

Post  leeyoong_U6B on Tue Jan 26, 2010 1:41 pm

‘pelesit-pelesit’ memandu berbahaya tanpa menghiraukan nyawa penumpang? memotong secara zig-zag? Ini amat tidak dapat dimaafkan!! Sebagai seorang pemandu yang bertanggungjawab haruslah sentiasa memastikan penumpang berada dalam keadaan yang selamat dan bukanlah memandu bas dengan laju tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan... Saya setuju dengan pendapat S.Teng.. Mereka patutlah digantung lesen memandu.. Selain itu, pihak berkuasa juga haruslah memandang serius terhadap perkara ini. Tindakan haruslah diambil secara effektif agar tragedi kemalangan jalan raya tidak akan berlaku. Sebagai seorang penumpang, kita tidak harus berdiam-diam sahaja semasa menghadapi perkara ini.. Sebaliknya kita patut mengadu perkara ini kepada pihak berkaitan supaya perkara ini tidak diulangi. Ini merupakan satu langkah yang agak penting bagi memastikan penumpang yang seterusnya akan sentiasa selamat di sepanjang jalan...

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Kod amalan banteras pemandu 'pelesit'

Post  leeyoong_U6B on Tue Jan 26, 2010 5:44 pm

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Kod amalan keselamatan pemandu-pemandu bas ekspres akan dipinda dan dikuatkuasakan secepat mungkin yang diyakini mampu menghapuskan sehingga ke tahap sifar kes pemandu 'pelesit'.

Penguatkuasaan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar di bawah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) itu meliputi pelaksanaan jadual waktu tetap bertolak dan ketibaan.

Kod itu menetapkan had masa perjalanan setiap destinasi bas ekspres.

Misalnya, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kluang ditetapkan tiga jam, oleh itu bas yang tiba lebih awal dianggap melakukan kesalahan kerana memandu laju.

Selain LPKP, mulai hari ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis sepakat melipatgandakan operasi memburu dan memerangi habis-habisan pemandu 'pelesit'.

Tumpuannya pemandu bas ekspres malam yang kebanyakannya memandu laju dan berbahaya dari tengah malam hingga awal pagi.

Selain saman dan dihadapkan ke mahkamah, lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam (PSV) pemandu 'pelesit' terbabit akan ditarik balik manakala permit syarikat digantung atau dibatalkan.

Langkah LPKP, JPJ dan polis itu ekoran pendedahan laporan penyiasatan muka depan Utusan Malaysia bertajuk Jerat maut hari ini.

Penyiasatan empat malam berturut-turut Unit Khas Utusan Malaysia itu mendapati kebanyakan pemandu bas ekspres malam menjadi 'pelesit' dengan memandu purata 120 kilometer sejam (km/j) malah mencecah sehingga 140 km/j.

dipetik daripada utusan malaysian online

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

'Pelesit': Pemandu bas ekspres kesal

Post  S.Teng(U6A/2010) on Fri Feb 05, 2010 5:19 pm

IPOH 4 Feb. - Kira-kira 37 pemandu bas ekspres di sini hari ini menyuarakan rasa kesal dengan laporan berita sebuah akhbar tempatan yang merujuk pemandu bas ekspres dengan gelaran 'pelesit'.

Wakil mereka, Meor Johari Meor Abu Bakar berkata, penggunaan istilah 'pelesit' dalam laporan akhbar berkenaan bulan lepas itu dilihat berniat jahat, melampau dan menjatuhkan maruah pemandu-pemandu bas ekspres.

"Gelaran 'pelesit' buat pemandu bas adalah kerterlaluan, seolah-olah pemandu bas mengabaikan keselamatan penumpang," katanya dalam satu sidang media di sini.

"Laporan itu mungkin bertujuan untuk menyedarkan tetapi istilah yang digunakan begitu berkesan bukan sahaja kepada kami pemandu-pemandu, malah turut melibatkan maruah kaum keluarga kami," tambahnya.

Beliau berkata, ekoran penyiaran artikel itu, para pemandu bas berasa malu dan bimbang masyarakat memandang serong serta beranggapan negatif terhadap mereka.

Menurutnya, beliau bersama beberapa rakan pemandu bas ekspres sudah mengambil inisiatif mengumpul tandatangan 571 pemandu bas ekspres di seluruh Semenanjung yang membantah penyiaran laporan berita itu. - Bernama

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Pemandu bas ekspres malam ‘pelesit’

Post  Sponsored content Today at 11:18 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum