PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lebih banyak rumah untuk orang miskin

2 posters

Go down

Lebih banyak rumah untuk orang miskin Empty Lebih banyak rumah untuk orang miskin

Post  leeyoong_U6B Tue Dec 29, 2009 8:20 pm

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Lebih banyak kediaman untuk golongan miskin akan dibina di Lembah Klang dengan menggunakan wang hasil penjualan rumah milik Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, wang hasil jualan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) MTEN dan Perumahan Awam (PA) DBKL masing-masing dimasukkan ke dalam akaun terkumpul Kementerian Kewangan dan pihak berkuasa tempatan berkenaan.

''Wang ini akan digunakan oleh kerajaan untuk membina rumah di Kuala Lumpur atau kawasan sekitarnya,'' katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Rizuan Abdul Hamid pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Menurut beliau, sebahagian wang terkumpul itu akan turut digunakan bagi menyelenggara kemudahan di rumah-rumah yang telah dijual oleh MTEN dan DBKL.

''Penyelenggaraan oleh DBKL membabitkan prasarana dikongsi bersama yang memerlukan peruntukan besar seperti pili bomba, lif dan kawasan siar kaki,'' katanya.

Dalam pada itu, katanya, penyelenggaraan yang memerlu kos kecil akan dilakukan sendiri oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang akan ditubuhkan di kawasan perumahan terbabit.

''Sementara menunggu JMB ditubuhkan, DBKL akan melaksanakan kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan pada peringkat permulaan,'' katanya.

Menjawab soalan tambahan Senator Ahmad Hussin, beliau berkata, penduduk miskin yang tidak mampu membeli rumah yang dijual MTEN dan DBKL akan terus dibenarkan menyewa pada kadar RM124 sebulan.

''Kadar rendah dapat ditawarkan kerana subsidi yang diberikan Kerajaan Pusat. Jumlah ini adalah jauh lebih baik jika dibandingkan kadar sewa RM220 sebulan yang dikenakan kerajaan Selangor,'' jelasnya.


DIPETIK DARIPADA UTUSAN MALAYSIA ONLINE


Last edited by leeyoong_L6B on Tue Dec 29, 2009 8:24 pm; edited 1 time in total

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Lebih banyak rumah untuk orang miskin Empty Re: Lebih banyak rumah untuk orang miskin

Post  leeyoong_U6B Tue Dec 29, 2009 8:24 pm

Berita ini pasti mengembirakan penduduk miskin yang tidak mampu membeli rumah... Mereka tidak perlu bimbang dan risau lagi tempat tinggal mereka. Mereka boleh terus menyewa rumah pada kadar RM124 sebulan... Bayaran yang agak rendah ini tentulah tidak membebankan kehidupan harian mereka... =) Saya percaya dengan memperbanyakkan pembinaan kediaman, orang yang bermanfaat pasti akan berlipat ganda.. Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Lebih banyak rumah untuk orang miskin Empty Re: Lebih banyak rumah untuk orang miskin

Post  yeow_U6A/2010 Wed Dec 30, 2009 4:33 pm

walaupun berita ini mengembirakan orang miskin, tetapi pada pandangan saya, pihak yang berkenaan perlu bertindak adil ke atas pembahagian rumah kos rendah di mana kes yang lalu menunjukkan pihak yang tidak bertanggungjawab lebih memberikan peluang mendapatkan rumah kos rendah kepada orang yang tidak layak iaitu orang yang berpendapatan sederhana. Ini menyebabkan orang miskin yang betul-betul memerlukan rumah seperti ini terlepas peluang.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Lebih banyak rumah untuk orang miskin Empty Re: Lebih banyak rumah untuk orang miskin

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum