PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelaburan domestik dijangka naik 40 peratus

Go down

Pelaburan domestik dijangka naik 40 peratus Empty Pelaburan domestik dijangka naik 40 peratus

Post  yeeleng(L6A) Fri Feb 05, 2010 5:10 pm

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menjangka pelaburan domestik meningkat kepada 40 peratus pada tahun ini berbanding 32.2 peratus tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata bagi mencapai sasaran itu kementeriannya akan mengadakan promosi yang membabitkan pelaburan tempatan dengan lebih kerap, menyediakan pakej tertentu untuk menggalakkan pelaburan tempatan dan menyediakan persekitaran yang baik untuk perniagaan.

"Pada tahun lalu hampir 70 peratus daripada pelaburan yang diluluskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) adalah pelaburan asing.




"Sehubungan itu, pada tahun ini kita hendak meningkatkan pelaburan tempatan bagi menyeimbangkan pelaburan domestik dan asing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada majlis perhimpunan bulanan pertama kementeriannya pada tahun ini di sini.

Pada tahun lalu, Mida meluluskan pelaburan bernilai RM32.6 bilion dalam 766 projek.

Terdahulu, dalam ucaptamanya, Mustapa berkata kerajaan telah menetapkan pelaburan swasta memainkan peranan penting dalam Rancangan Malaysia Ke-10 bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan di negara ini.

Katanya, pada ketika ini pelaburan swasta hanya berkembang pada 0.4 peratus berikutan kelembapan ekonomi dunia.

Beliau juga berharap kakitangan kementeriannya terus berusaha keras bagi memastikan ekonomi negara kekal berkembang pada masa depan.

"Miti adalah sebuah kementerian yang penting, jika tidak bertindak cepat ia akan memberi implikasi kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum