PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Latihah Esei 1

+6
Khang Wei (U6B/2010)
Tee Yee Yean (U6B/'10)
LowYuePeng(U6B)
YeeYew™ [SonG][U6B]
HsianMin (U6B/2010)
PnLeela
10 posters

Go down

Latihah Esei 1 Empty Latihah Esei 1

Post  PnLeela Sun May 17, 2009 7:24 am

Seperti yang telah diterangkan dalam kelas, setiap esei harus dianalisis dari tiga aspek iaitu 1. Punca 2. Kesan 3. Langkah-langkah
atau
1. Kebaikan dan Keburukan

Di sini saya akan berikan tajuk utama, pelajar diminta menyatakan isi-isi mereka daripada mana-mana bahagian di atas...nyatakan bahagian mana:
Contohnya:
Keburukan: 1. huraikan isi anda.

***************************************************
Tajuk perbincangan 1: Mat Rempit

Nyatakan pendapat anda Very Happy

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty Re: Latihah Esei 1

Post  HsianMin (U6B/2010) Wed May 27, 2009 4:40 pm

Punca:
1.Kegiatan mat rempit berlaku kerana adanya pengaruh golongan remaja atau dewasa yang menunggang motosikal. Pada masa kini, kanak-kanak dan wanita tidak lagi ketinggalan menunggang motosikal. Mereka juga berani melakukan aksi sama seperti mat rempit.
2.Tekanan hidup yang semakin mendesak ini medorong mereka menyertai aktiviti mat rempit yang
dikatakan memberi mereka kebebasan dan sebagai satu cara melepaskan tekanan hidup.

Kesan:
1.Sikap mat rempit yang tidak bertanggungjawab itu merbahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Mereka hanya mementingkan diri sendiri tanpa berfikir akan akibat yang akan timbul atas perbuatan mereka.
2. Masalah mat rempit yang kian bertambah teruk ini berupaya membentuk peribadi kanak-kanak liar dan tidak terkawal apabila semakin dewasa. Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia meruntuhan akhlak dalam kalangan generasi muda.
3. Keadaan ini juga mempengaruhi nama baik negara kita apabila pelancong dari luar negara bertembung dengan mat rempit.
4.Masalah mat rempit juga membawa kepada peningkatan berlakunya kes jenayah dalam kalangan remaja. Isu ini harus dititikberatkan kerana didapati banyak daripada golongan mat rempit terlibat dengan jenayah, penyalahgunaan dadah seperti ganja, syabu dan heroin serta menjalinkan hubungan seks bebas.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty MAT REMPIT!~

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Fri May 29, 2009 11:28 am

1. Punca :
Pengaruh televisyen yang bukan-bukan.
Rancangan televisyen luar negara yang hanya mementingkan kadar penonton ( i meant to say something like viewer's count, but no idea what it is in BM so i just slot in the kadar penonton) dan mengetepikan moral akhlak yang paling asas iaitu bersopan. Dengan menunjukkan aksi-aksi yang tidak berasas seperti menunggang motosikal secara berbahaya telah menyumbang kepada pendidikan kegiatan mat rempit.

2. Kesan :
membahayakan nyawa sendiri dan pengguna jalanraya lain
Disebabkan si mat rempit menunggang motosikal dengan berbahaya, risiko untuk berlakunya kemalangan jalanraya telah meningkat secara beberapa puluh kali ganda dan seringnya melibatkan pengguna jalanraya lain. Kemalangan jalan raya seperti ini mampu mengakibatkan kesan dari skala kecederaan perseorangan atau kemusnahan harta perseorangan hingga ke kematian beramai-ramai ( is that what we call multiple death in BM?)

3. Langkah2
Jabatan Filem Negara seharusnya memaparkan filem yang lebih berkualiti supaya lebih ramai penduduk tempatan tertarik kepada filem produksi negara. Walaupun filem tempatan mementingkan nilai moral, tetapi cara penyampaian tidak mampu menandingi filem luar negara dan gagal menarik penonton tempatan. Oleh itu, kualiti filem keluaran tempatan seharusnya dipertingkatkan lagi. dengan ini pengaruh filem luar negara yang menunjukkan contoh yang tidak baik mampu ditangkis secara efektifnya.

Harap maaf banyak banyak jikalau Bahasa Malaysia yang digunakan saya teruk...

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty Re: Latihah Esei 1

Post  LowYuePeng(U6B) Fri May 29, 2009 5:17 pm

1. Punca:
Saya setuju dengan YeeYew bahawa rancangan televisyen yang tidak bermoral adalah punca yang menyebabkan belakunya mat rempit. Kerana remaja-remaja kini suka mencari keseronokan atas kelakuan mat rempit yang disiarkan oleh rancangan tertentu. Tambahan pula, pengaruhan daripada rakan sebaya juga salah satu punca belakunya mat rempit. Fikiran remaja-remaja yang kurang matang mudah dipengaruhi oleh mereka.

2. Kesan:
Tidak dinafikan kelakuan ini amat membahayakan nyawa sendiri serta nyawa orang lain. Kelakuan ini meningkatkan kadar kemalangan. Kemalangan ini tidak hanya melipatkan nyawa seseorang tetapi ramai. Tambahan pula, kerosakan lalulintas serta kenderaan juga merupakan kesan daripada mat rempit. Ini akan melipatkan kos-kos yang banyak serta untuk membaiki serta ganti rugi. Dan saya bersetuju dengan HsianMin bahawa mat rempit memang meningkatkan kadar jenayah yang tidak diingini.

3. Langkah:
Pihak berkenaan boleh menyediakan ceramah yang berkaitan dengan masalah dan keburukan mat rempit terhadap remaja-remaja kini. Ini boleh memberi idea-idea kepada mereka supaya boleh berfikir lebih rasional terhadap masalah ini. Selain itu, ibubapa juga memainkan peranan yang penting atas masalah ini. Ibubapa haruslah memberi didikan bermoral supaya mereka tidak mudah dipengaruhi apabila dewasa nanti.
LowYuePeng(U6B)
LowYuePeng(U6B)

Posts : 23
Join date : 2009-05-13
Age : 32

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty MAT REMPIT

Post  Tee Yee Yean (U6B/'10) Fri May 29, 2009 6:52 pm

1.)PUNCA:
Rancangan televisyen yang tidak bermoral telah mempengaruhi ramaja yang kurang matang fikiranya.Mereka rasa tindakan pelakon dalam drama sangat bergaya dan seronok.Sebenarnya,pengarah drama tersebut hanya mahu menghasilkan kesan yang dapat menarik lebih banyak penonton.

2.)KESAN:
--sikap mat rempit yang tidak bertanggungjawab itu membahayakan semua nyawa pengguna jalan raya termasuklah nyawa sendiri.
--kelakuan mat rempit telah menyebabkan kadar kemalangan jalan raya yang tidak diingini meningkat.pada masa yang sama,imej negara juga terjejas disebabkan peningkatan kadar kemalangan.
--tempat-tempat yang banyak mejelma mat rempit juga menjadi tidak harmoni.

3.)LANGKAH-LANGKAH:
--pihak berkuasa haruslah mengetatkan undang-undang dan kerap menjalankan rondaan pada tempat-tempat yang sering muncul mat rempit.
--masyarakat perlu peka terhadap isu-isu semasa dan beri perhatian kepada golongan remaja,dengan mengadakan ceramah atau menapis filem-filem luar negara yang tidak bermoral sebelum disiarkan.
--ibu bapa harus mengawal anak-anak mereka dan memberitahu mereka supaya menghargai nyawa sendiri.
--ramaja sendiri pula harus berfikir matang dan mengelakkan sendiri dari terlibat dalam kes jenayah.
Tee Yee Yean (U6B/'10)
Tee Yee Yean (U6B/'10)

Posts : 29
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty Re: Latihah Esei 1

Post  Khang Wei (U6B/2010) Sat May 30, 2009 1:15 pm

1. Punca
--Punca kemunculan mat rempit termasuklah remaja kini mempunyai naluri yang ingin bercuba dan tidak takut kepada risiko yang bakal ditempuh, mereka berani lakukan apa sahaja. Oleh itu, mereka mudah dipengaruhi oleh aksi-aksi bermotosikal dengan ganas dan bahaya yang dipaparkan sama ada dalam televisyen atau komik.
--Selain itu, gaya hidup remaja itu sendiri juga merupakan pendorong gejala mat rempit ini berlaku. Kebanyakkan remaja yang berpendidikan rendah yang terlibat dalam kancah gejala mat rempit ini. Pergaulan mereka hanya terdedah kepada kelompok yang sama dan memiliki pemikiran yang sama dan masing-masing memberi galakan ke arah negatif antara satu sama lain seperti cabar mencabar. Keseronokan dan kepuasan merupakan tujuan utama dalam diri mereka.
--Tambahan pula, kekurangan perasaan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa mendorongkan remaja terdedah dalam gejala mat rempit. Fenomena ini turut mempengaruhi sikap dan tindakan remaja. Apabila mereka berasa bosan ketika ibu bapa tidak berada di rumah, mereka akan mencari hiburan di luar rumah bersama-sama dengan rakan-rakan lain.

2. Kesan
--Implikasi gejala mat rempit terdiri daripada kadar kemalangan jalan raya menaik. Bahkan kata malang tidak berbau, kini kes-kes kemalangan mat rempit amat hangat diperkatakan dalam media massa, mat rempit yang menunggang motosikal dengan aksi ngeri yang 'menyeronokkan' mudah menimbulkan kemalangan. Adalah berbaloi jikalau bergadai nyawa dalam perkara yang tidak berfaedah ini?
--Gejala mat rempit yang berleluasa mendorong kepada kenaikan kadar jenayah di negara ini. Jikalau gejala ini tidak dibendungkan, maka akan membawa kepada berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat. Hal yang demikian kerana mat rempit bukan sahaja merempit, mereka turut terlibat dalam jenayah-jenayah seperti kaki pukul, kaki rogol serta melakukan pembunuhan. Ini turut menjejaskan nama baik negara kita kerana ketidakstabilan keamanan.

3. Langkah-langkah
--Ibu bapa perlulah menyedari bahawa kasih sayang dan perhatian patut diberikan dengan secukupnya kepada kanak-kanak. Kanak-kanak akan berasa mereka dikasihi dan disayangi. Ibu bapa juga perlu meluangkan lebih masa kepada kanak-kanak dengan bertanyakan masalah, mendengar luahan daripada hati mereka. Jangan membiarkan anak-anak menjadi liar kerana kegagalan ibu bapa memberikan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak.
--Selain itu, penguatkuasaan undang-undang adalah penting untuk membendung gejala ini. Hukuman yang dijatuhkan perlulah lebih tegas daripada undang-undang yang sedia ada. Hal yang demikian supaya mereka tidak berasa lali dan berinsaf dengan hati yang ikhlas.
--Masyarakat juga perlu berinteraksi secara matang dengan mat rempit supaya mereka berasa diri mereka dihargai. Kata-kata motivasi dan kaunseling memainkan peranan yang penting untuk membendung gejala ini. Sepertimana kita mengetahui bahawa zaman remaja adalah penuh dengan tekanan dan gelora. Mereka sentiasa memerlukan perhatian daripada masyarakat. Oleh itu, kita perlu mendekati mereka dengan berhemah dan hati yang ikhlas.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty Re: Latihah Esei 1

Post  leeyoong_U6B Mon Jun 01, 2009 4:57 am

1. Punca:
~~Memang tidak dinafikan, punca mat rempit berlaku adalah berkaitan dengan sifat dan fikiran remaja yang tidak matang. Mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Remaja kini suka ikut serta kegiatan rakan-rakan lain. Ini telah menyebabkan remaja terjerumus dalam aktiviti mat rempit.
~~Tambahan pula, sumber yang berkaitan dengan kegiatan mat rempit mudah didapati di mana-mana. Antaranya, termasukalah Internet, drama ataupun iklan yang dipaparkan. Secara langsung, remaja telah terbuka kepada kegiatan tersebut. Mereka yang hanya mementingkan keseronokan akan melibatkan diri dalam kegiatan yang baru lagi seronok ini. Mereka tidak akan berfikiran lanjut terhadap kesan dan risiko yang akan ditempuh seterusnya.
~~Selain itu, tekanan remaja yang membebankan juga adalah salah satu punca mendorong perkara ini berleluasa. Remaja kini telah terbuka kepada masalah pelajaran, masalah kekeluargaan, masalah pencitaan dan sebagainya. Remaja tidak mengetahui cara untuk beristirahat dan melepaskan tekanan secara wajar. Oleh itu, remaja akan melakukan sesuatu yang luar jangkaan untuk menunjukkan kewujudan mereka. Mereka ingin mendapatkan kasih sayang daripada semua pihak.

2. Kesan:
~~Sehubungan itu, keselamatan pengguna jalan raya akan tergugat. Mereka yang hanya mementingkan keseronakan sendiri dan langsung tidak mempedulikan keselamatan orang lain. Ini amat membahayakan. Saya mempercayai bahawa risiko akan bertambah secara berlipat ganda. Peratusan kemalangan jalan raya juga akan meningkat sekelip mata.
~~Jikalau masalah mat rempit semakin berleluasa, masalah jenayah juga akan meningkat pada masa yang sama. Menurut kajian yang telah dibuat, kebanyakan mat rempit juga adalah melibatkan diri dalam kes rompak, kes menyalahgunakan dadah dan lain-lain..
~~Keruntuhan akhlak remaja pun akan berlaku. Masalah ini akan membentuk generasi yang liar. Bolehkah kamu bayangkan bahawa bakal pemimpin kita ialah Si mat rempit? Ini amat mengerikan.. Secara tidak langsugn, imej negara baik akan terjejas. Oleh itu, isu amat patut dititikberatkan.

3.Langkah-langkah:
~~Saya bersetuju dengan cadangan YeeYew bahawa Jabatan Filem Negara haruskah mengetatkan pemaparan drama ataupun iklan. Selain itu, sokongan padu dan kerjasama juga harus menyeluruh semua pihak. Masyarakat tidak harus "upload" video yang berkaitan ke Internet untuk berkongsi dengan lain-lain.
~~Remaja patut mempelajari cara untuk mengurangkan tekanan dengan sewajarnya. Remaja juga harus memperbanyakkan interaksi dengan ibu bapa supaya mereka sentiasa mendapatkan kasih sayang yang mencukupi.
~~Remaja haruslah sentiasa berfikiran matang dan mengelakkan diri daripada melibatkan diri dalam masalah mat rempit. Mereka haruslah mempunyai ketekadan supaya tidak mudah dipengaruhi oleh remaja lain.

Dengan kerjasama semua pihak, masalah ini pasti dapat dibendung secara efektif.. Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty MAT REMPIT

Post  xiaowen_U6B Tue Jun 16, 2009 4:39 pm

1. Punca
-Remaja kini melakukan sesuatu mengikuti gerak hati tanpa menghiraukan keselamatan diri dan sebagainya.Selain itu,deruman enjin motosikal yang menyakiti telinga merupakan satu cara untuk mereka melepaskan perasaan kekecewaan resah dan gelisah. Ini dapat dilihat melalui reaksi remaja dalam perhimpunan tersebut apabila mendengar enjin deruman motosikal. Deruman enjin itu bagaikan membangkitkan semangat mereka untuk menyahut bunyi enjin tersebut.

-Selain itu,antara samseng jalanan ini ialah tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan tidak menjawat jawatan tinggi. Kebanyakan mereka terdiri daripada kumpulan penganggur dan tidak mempunyai pekerjaan. Mereka teralu ghairah untuk mencari keseronokan.Menunjukkan adegan menunggang motosikal secara berbahaya juga amat menyeronokkan dan merasai diri mereka berada di litar perlumbaan yang ditonton oleh beribu orang penonton. Mereka melakukan aksi bahaya di jalan raya untuk keseronokan sendiri sehingga mengabaikan keselesaan pengguna yang lain di jalan raya.

-Di samping itu,mereka terdiri daripada golongan miskin di mana ibu bapa mereka tidak mempunyai pendidikan yang sempurna. Mereka mempunyai adik beradik yang ramai di mana ibu bapa tidak mampu untuk menumpukan perhatian kepada kesemua anak-anak kerana terpaksa menumpukan perhatian kepada pencarian nafkah hidup.Oleh itu,mereka tidak mendapat didikan moral yang sempurna.


2.Kesan
-Terdapat deruman enjin motosikal yang menyakiti telinga yang menyebabkan penghuni yang berhampiran tidak dapat menjalankan kehidupan harian dengan tenang dan selesa.Ini juga menyebabkan tekanan yang tinggi kepada penhuni-penghuni tersebut.

-Pengunjung dari luar negara akan terkejut dengan Mat Rempit yang menjalankan aksi-aksi yang berbahaya di jalan raya .Keselamatan mereka juga akan tergugat.Oleh itu,mereka tidak lagi berani untuk mengunjung ke negara kita sehingga merosakkan imej negara dan mengugat ekonomi negara dalam sektor perlancongan.


3.Langkah-langkah
-Litar lumba motosikal boleh ditubuhkan di kawasan luar bandar supaya deruman enjin motosikal yang menghantui pemikiran peminat motosikal tidak membangkitkan kegelisahan dalam jiwa mereka sehingga tidak sedar diri ketika menunjukkan aksi di jalan raya.Bakat kebolehan dan keberanian mereka perlu diasah secara profesional di tempat yang lebih selamat dan tidak mengganggu lalu lintas awam. Psikologi remaja perlu dikaji supaya remaja merasai diri mereka dihargai dan dikasihi secara adil.

-Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah boleh menumpukan perhatian dengan menggerakkan semua remaja menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi berkelompok dan memajukan tanah terbiar dengan kegiatan pertanian yang boleh memberi sumber rezeki kepada mereka yang menganggur. Aktiviti ekonomi secara berkelompok bukan sahaja boleh meringankan beban remaja dan masyarakat luar bandar malah ia juga boleh memupukkan semangat kerjasama dan persaudaraan.

-Kita tidak haruslah menghina dan mengherdik remaja yang gelisah dan resah. Bantulah mereka dan pandulah mereka ke jalan yang benar. Sikap menghina dan mengherdik mereka diibaratkan seperti 'meludah ke langit akhirnya jatuh ke hidung sendiri'.

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty Re: Latihah Esei 1

Post  Ong SQ (U6B/2010) Sat Jun 20, 2009 10:27 am

Langkah-langkah
(a)Ketatkan penguatkuasaan seperti sekatan jalan raya lebih ketat terutama di kawasan berisiko tinggi untuk dijadikan kawasan perlumbaan.
(b)Mengetatkan pemberian lesen motosikal terutama kepada remaja.
(c)Menjalankan kempen kesedaran terutama kesan negatif mat rempit
(d)Menjalankan lebih banyak program untuk remaja seperti mewujudkan litar khas untuk mereka berlumba

Punca
(a)Perasaan ingin mencuba
desakan naluri remaja yang suka mencuba dan tidak takut kepada resiko yang bakal ditempuh, mereka berani melakukan apa sahaja.
(b)Terpengaruh dengan rakan
Remaja mudah terikut-ikut dengan apa-apa yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka tanpa memikirkan resiko yang bakal ditempuhi.
(c) Gaya hidup dan taraf pendidikan
Kebanyakkan remaja yang berpendidikan rendah yang terlibat dalam kancah gejala “Mat Rempit” ini. Pergaulan mereka hanya terdedah kepada kelompok yang sama dan memiliki pemikiran yang sama.
(d)Kurang kasih sayang dan perhatian ibu bapa
ibu bapa yang suka berleter tatkala mereka berada dirumah. Hal ini membuatkan diri meraka merasa bosan dengan sikap ibu bapa tersebut.

Kesan
Sikap Mat Rempit yang tidak bertimbang rasa kepada pengguna jalan raya bukan sahaja membahayakan nyawa pengguna jalanraya yang lain bahkan nyawanya juga.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty Mat Rempit

Post  LiewJoey(LSB) Thu Jun 25, 2009 6:12 pm

Kes muda mudi melibatkan diri dalam perlumbaan motosikal secara haram tanpa menghiraukan undang-undang lalu lintas serta mengganggu pengguna jalan raya perlu dilihat dalam perspektif psikologi remaja masa kini.
Punca:
1. Remaja pada hari ini menghadapi pelbagai rintangan psikologi akibat kepincangan masyarakat yang tidak memberikan perhatian dan kaunseling yang mencukupi kepada mereka.Mereka mungkin tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi ,tidak menjawat jawatan tinggi serta dianggap sebagai golongan yang kurang menampil telah didiskriminasi oleh masyarakat sekelilinginya. Dengan itu,fikiran dan akal mereka mudah terpesong ke arah yang negatif akibat diketepikan dan lagipun tidak mendapat bantuan bimbingan yang mungkin sempat menyelamatkan mereka pada saat mereka terjebak ke dalam penjurdanaan.

2.Sikap mereka yang mementingkan diri dan tidak berperikemanusiaan telah saban hari menyakitkan kepala pihak polis dan masyarakat sekelilinginya.Mereka sanggup mengejarkan keseronokan berlumba sambil menunjuk aksi-aksi yang mencabar untuk menonjolkan "bakat" dan kebolehan diri mereka supaya dipandang berat oleh rakan sebaya mereka.Mereka sanggup melepaskan kegeraman dan kecewaan mereka tanpa menghiraukan keselamatan diri sehingga mengabaikan hak asasi pengguna jalan raya yang lain.

3.Kebanyakan remaja tertarik kepada kumpulan belumba haram yang menawarkan mereka supaya menjadi ahli kumpulan untuk menyertai pertandingan. Penawaran wang tunai kepada pemenang yang banyak telah menjadi faktor penarikan terutamanya golongan penganggur.Melalui pergerakan tersebut mereka boleh bantu membantu ahli-ahli mendapat pekerjaan dan mengatasi kesulitan kewangan dan permasalahan jiwa.

Kesimpulannya, kita janganlan asyik menudung jari kepada pihak yang lain, tetapi remaja sendiri perlulah mempunyai inisiatif untuk menjauhkan diri daripada gejala sosial yang berangkai-angkai, dengan membina nilai persendirian yang kukuh dan teguh.Janganlah membuat sesuatu dengan ikut gerak hati, kerana perbuatan itu mungkin memberi natijah yang serius kepada pihak lain.Bah kata ikut hati mati ikut rasa binasa

Sampai sinilah penghuraian punca-punca gejala mat rempit.

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty Re: Latihah Esei 1

Post  PnLeela Sun Jul 05, 2009 6:45 am

Joey, huraian anda tentang mat rempit padat. Syabas teruskan perkongsian maklumat disini Smile

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty Will keep my work up!

Post  LiewJoey(LSB) Sun Jul 05, 2009 1:05 pm

Thank for pn leela"s compliment, i will do my best in forum and oso exam.. Very Happy I think dis forum can even more efective than school learning, because everybody have the same chance and opportunity to speak out our opinion, not like in the class, nobody dare to speak becoz takut kesalahan, and this forum can act to gather bigger scale of learning..gud!!

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty Re : Will keep my work up!

Post  Ong SQ (U6B/2010) Tue Sep 15, 2009 5:42 pm

Miss Joey,bukankah anda perlu tulis dalam Bahasa Malaysia? Laughing
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty Re: Latihah Esei 1

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Wed Sep 16, 2009 10:47 am

Ong SQ (L6B) wrote:Miss Joey,bukankah anda perlu tulis dalam Bahasa Malaysia? Laughing

ehh cik abang... itu pos lama-lama zaman batu dulu u baru bagi komen skrang ka...?

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty Re: Latihah Esei 1

Post  HsianMin (U6B/2010) Thu Sep 17, 2009 4:21 pm

kepada mr. song yang dikasihi..
salah ke kalau nak bagi komen skrang?..
ada tarikh luput ke?
Latihah Esei 1 Icon_razz

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty Re: Latihah Esei 1

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Fri Sep 18, 2009 5:04 am

L.HsianMin (L6B) wrote:kepada mr. song yang dikasihi..
salah ke kalau nak bagi komen skrang?..
ada tarikh luput ke?
Latihah Esei 1 Icon_razz

kepada mrs.lee yang dikasihi..
takder la... saje nak ejek ^.^....

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty Re: Latihah Esei 1

Post  LiewJoey(LSB) Sat Sep 19, 2009 2:14 pm

Excuse me, Mr Ong SQ, we can use eng or bahasa m"sia in this forum...don"t u know that..and somemore, this is not a esei or ulasan , so i can use whatever language i like..am i right? tongue


Last edited by LiewJoey(LSB) on Sun Sep 20, 2009 11:04 am; edited 1 time in total

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty Re: Latihah Esei 1

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sat Sep 19, 2009 4:12 pm

LiewJoey(LSB) wrote:Excuse me, Mr Ong SQ, we can use eng or bahasa m"sia in dis forum...dont u kno dat..and somemore, dis is not a esei or ulasan , so i can use whatever language i like..am i rite? tongue

dis... kno.... dont... all sort of broken english you are using.... and still you are a MUET candidate.. wat a shame... bwahahaha

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty Re: Latihah Esei 1

Post  LiewJoey(LSB) Sun Sep 20, 2009 11:09 am

Okok..Abang Song....i"ve changed my words..satisfy?...how about you? "wat" .... clown

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty Re: Latihah Esei 1

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sun Sep 20, 2009 11:21 am

LiewJoey(LSB) wrote:Okok..Abang Song....i"ve changed my words..satisfy?...how about you? "wat" .... clown

I"ve.... should be I've
satisfy... should be Satisfied...
still not quite satisfying though... bwahahaha
lama-lama ini jadi forum MUET...

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Latihah Esei 1 Empty Re: Latihah Esei 1

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum