PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kawalan harga beri impak positif: Ismail Sabri

Go down

Kawalan harga beri impak positif: Ismail Sabri Empty Kawalan harga beri impak positif: Ismail Sabri

Post  HuInI(U6A) Sun Sep 27, 2009 5:30 pm

BERA: Kawalan harga barangan yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semasa musim perayaan dilihat memberi impak positif, kata Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata bagi tempoh sepanjang sambutan Aidilfitri itu, pihaknya tidak menerima sebarang aduan sama ada mengenai kenaikan harga ataupun barangan keperluan yang tidak mencukupi.

"Apabila KPDNKK menguatkuasakan kawalan harga terhadap 18 jenis barangan dan bekalan barangan selama dua minggu sejak 13 September sehingga hari ini (27 September) kita mendapati semua pihak mematuhi arahan berkenaan.

"Selain itu, pihak industri, peniaga juga tidak menyorok barangan yang menjadi keperluan semasa musim perayaan tetapi mereka sebaliknya turut menjual barangan tersebut di bawah harga siling," katanya ketika ditemui pemberita semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Bera di sini, hari ini.

Beliau berkata kawalan yang dilakukan itu berjaya membantu rakyat terutamanya umat Islam negara ini mendapatkan bekalan barangan yang mencukupi semasa bulan Ramadan dan Aidilfitri.

"Pihak industri juga telah memberikan kerjasama yang baik apabila mengeluarkan barangan keperluan yang menjadi keperluan sepanjang Ramadan dan ketika sambutan Aidilfitri," katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bera berkata kawalan harga barangan akan diteruskan semasa sambutan perayaan Deepavali pada 17 Oktober depan mengikut barangan yang menjadi keperluan masyarakat India yang menyambut perayaan itu nanti. - Bernama

HuInI(U6A)

Posts : 17
Join date : 2009-05-18
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum