Naikkan lagi harga rokok

View previous topic View next topic Go down

Naikkan lagi harga rokok

Post  S.Teng(U6A/2010) on Fri Sep 25, 2009 7:49 pm

IPOH 24 Sept. - Persatuan Pengguna Perak (PCA) mengalu-alukan langkah kerajaan tidak menurunkan harga rokok kerana ia dapat mengelakkan lebih ramai golongan muda terjebak dengan aktiviti tidak sihat itu.

Malah, Presiden PCA, Abdul Rahman Said Alli, berkata, kerajaan wajar menimbang untuk menaikkan lagi harga rokok memandangkan harga sedia ada langsung tidak mengurangkan bilangan perokok di negara ini.

"Bila seseorang perokok itu sakit, sudah tentu kerajaan terpaksa menggunakan wang rakyat untuk merawat mereka dan ini merugikan negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed bahawa kerajaan tidak akan menurunkan harga rokok menjelang pelaksanaan penuh Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) pada 1 Januari tahun depan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, harga rokok tidak diturunkan bukan sahaja memberi kebaikan kepada masyarakat malah menolong menyekat kemunculan perokok baru.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Naikkan lagi harga rokok

Post  S.Teng(U6A/2010) on Fri Sep 25, 2009 7:53 pm

Kenaikkan harga rokok memang dapat mengelakkan lebih ramai golongan muda terjebak dengan aktiviti tidak sihat itu. Selain itu, ia juga merupakan salah satu langkah untuk menyekat kemunculan perokok baru dan dapat menjamin kesihatan masyarakat. Smile

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Naikkan lagi harga rokok

Post  Kar Yung (U6A/2010) on Sun Sep 27, 2009 1:25 pm

Kenaikkan harga rokok memang merupakan salah satu langkah mengelakkan lebih ramai golongan muda terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat ini. Tetapi langkah ini tidak dapat mengelakkan golongan mudah terjebak aktiviti ini dengan sepenuhnya. Oleh itu,kerajaan perlu mengadakan lebih langkah lagi untuk menjamin kesihatan masyarakat dan membantu golongan muda yang akan memajukan negara dengan mengelakkan aktiviti ini.Contohnya,melalui kempen,pengaruh media dan sebagainya. Cool
avatar
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 27
Location : KL

View user profile

Back to top Go down

Re: Naikkan lagi harga rokok

Post  Khang Wei (U6B/2010) on Sun Sep 27, 2009 3:27 pm

Pada pendapat saya, langkah tersebut adalah SANGAT BAGUS !!!!!!!!!!!!!!!!!! Kerajaan perlu berprihatin terhadap bilangan orang yang merokok kerana bilangan ini semakin meningkat. Merokok merupakan tabiat yang tidak berfaedah langsung. Langkah ini dapat mengurangkan golongan muda terutamanya pelajar untuk membeli rokok.
Selain itu, kerajaan perlu mengikhtiarkan langkah untuk mengurangkan pelajar yang merokok kerana golongan muda yang merupakan ketua negara pada masa depan tidak patut melibatkan diri dalam tabiat yang buruk ini.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Naikkan lagi harga rokok

Post  S.Teng(U6A/2010) on Mon Sep 28, 2009 1:22 pm

Kar Yung (L6A) wrote: Oleh itu,kerajaan perlu mengadakan lebih langkah lagi untuk menjamin kesihatan masyarakat dan membantu golongan muda yang akan memajukan negara dengan mengelakkan aktiviti ini.Contohnya,melalui kempen,pengaruh media dan sebagainya. Cool

Selain daripada kenaikkan harga rokok..sila berikan langkah-langkah lain dengan lebih lanjut.. Surprised

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Naikkan lagi harga rokok

Post  yeeleng(L6A) on Mon Sep 28, 2009 5:49 pm

sekiranya kerajaan menaikkan lagi harga rokok,ia masih tidak dapat mengelakkan lebih ramai golongan muda terjebak dengan aktiviti tidak sihat itu.pada pandangan saya,kerajaan patut melarang pengeluar menjual rokok kepada pengguna supaya mereka tidak terjebak dengan aktiviti tidak sihat itu

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

RE: Naikkan lagi harga rokok

Post  yeow_U6A/2010 on Fri Oct 02, 2009 12:56 pm

Pada pendapat saya, rokok patut dinaikkan harga tetapi bagi menangani masalah yang berkaitan dengan rokok, pihak kerajaan patut kuatkuasakan dan menjadikan rokok sebagai salah satu barang larangan yang tidak boleh dijual dan digunakan di atas negara ini ! supaya generasi baru tidak terjebak dengan rokok !

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

View user profile

Back to top Go down

Re: Naikkan lagi harga rokok

Post  leeyoong_U6B on Fri Oct 02, 2009 1:34 pm

Memang tidak dinafikan bahawa kenaikan rokok dapat mengurangkan bilangan perokok secara tidak langsung... Seperti apa yang telah dibincangkan di atas.. kerajaan juga patut menguatkuasakan undang-undang bagi menangani masalah ini.. Namun , pada pendapat saya, masyarakat merupakan orang yang memainkan peranan terpenting dalam pengurangan bilangan perokok.. Sekiranya masyarakat bertekad hendak merokok, apa-apa pun tidak dapat menghalang mereka daripada membeli rokok walaupun harga rokok yang tinggi.. Oleh itu, kesungguhan dan ketekadan perokok sendiri ialah perkara yang paling mustahak dalam membendung masalah ini.... Selain itu, kerajaan juga patut menyalurkan atau membekalkan bantuan kepada perokok.. Seminar harus diadakan bagi perokok agar dapat menasihati perokok kata "tak nak" kepada rokok. Pusat yang membantu perokok menghentikan tabiat merokok juga patut diperbanyakkan agar dapat membantu sesiapa yang ingin mengubah tabiat yang buruk ini.
Saya percaya bantuan yang diberi oleh kerajaan pasti dapat membendung masalah ini secara effektif. Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Naikkan lagi harga rokok

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] on Sat Oct 10, 2009 5:06 am

Khang Wei (L6B/2009) wrote:Pada pendapat saya, langkah tersebut adalah SANGAT BAGUS !!!!!!!!!!!!!!!!!! Kerajaan perlu berprihatin terhadap bilangan orang yang merokok kerana bilangan ini semakin meningkat. Merokok merupakan tabiat yang tidak berfaedah langsung. Langkah ini dapat mengurangkan golongan muda terutamanya pelajar untuk membeli rokok.
Selain itu, kerajaan perlu mengikhtiarkan langkah untuk mengurangkan pelajar yang merokok kerana golongan muda yang merupakan ketua negara pada masa depan tidak patut melibatkan diri dalam tabiat yang buruk ini.

kan lagi baik kalau rokok diharamkan...?

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Naikkan lagi harga rokok

Post  CikguPA on Sun Nov 01, 2009 8:40 am

Perokok didiskriminasi?
WAJARKAH sekotak rokok 20 batang dijual pada harga RM30? Bagi kalangan perokok, mereka pasti marah dan tidak bersetuju. Tetapi itulah harga yang dicadangkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mahukan rokok dijadikan produk mahal dan dijual pada harga di luar kemampuan ramai.

Menurut CAP, harga minimum sekotak rokok 20 batang pada RM6.20 sen yang dijangka ditetapkan tahun depan, terlalu rendah berbanding banyak negara lain.

Semua orang boleh faham mengapa CAP mengemukakan cadangan sedemikian, antaranya bagi membendung gejala merokok yang sememangnya memudaratkan kesihatan.

Awang sendiri bimbang dengan gejala itu. Jumlah perokok bertambah terutama di kalangan orang muda dan remaja. Lebih mengganggu fikiran apabila melihat ramai gadis terutama Melayu merokok.

Awang bukanlah perokok tetapi Awang tidak setuju harga rokok dinaikkan berlipat ganda kerana itu bukanlah penyelesaian. Sebaliknya, ia dikhuatiri boleh mencetuskan pelbagai masalah seperti penyeludupan, penghasilan rokok tiruan dan gejala sosial lain.

Apa sahaja langkah yang mahu diambil janganlah sampai dilihat mendiskriminasi perokok, yang juga merupakan golongan pembayar cukai. Pendekatan yang lebih wajar ialah memperhebatkan kesedaran di kalangan rakyat agar tidak terjebak dengan gejala merokok. Ini tidak bermakna Awang setuju dengan kempen menelan belanja besar seperti Tak Nak, yang diketahui kurang berkesan. Dalam pada itu, golongan berpengaruh seperti ulama, menteri, panglima tentera, ketua polis, politikus, CEO syarikat besar sehinggalah guru sekolah dan ustaz yang masih ramai merupakan perokok perlu dijadikan sasaran utama gerakan kesedaran itu.

Lalu Awang teringat pertanyaan beberapa rakan kenapa Awang tidak merokok. Alasan utama bukanlah kerana kesihatan, pembaziran atau aspek kebersihan. Awang cuma mahu membina keyakinan tanpa rokok - kerja boleh lancar, idea tetap mengalir, perasaan boleh tenteram dan gaya hidup tidak terjejas. Sudah tentu kehidupan lagi ceria tanpa asap rokok. Mengapa dibiarkan rokok membataskan keyakinan diri?
avatar
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Naikkan lagi harga rokok

Post  PnLeela on Mon Nov 02, 2009 5:14 pm

Saya amat tertarik dengan huraian tentang kenaikan harga rokok. Pada jangkamasa pendek, tindakan menaikkan harga rokok boleh mengurangkan perbelajaan pembelian rokok seseorang individu. Namun demikian, memang tidak dapat dinafikan, perokok yang ketagih akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang yang di luar kemampuan mereka. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan kadar jenayah.
Yang penting ialah sikap perokok dan keinginan dan disiplin diri untuk mengurangkan atau membuang tabiat merokok sama sekali Smile

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Naikkan lagi harga rokok

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] on Tue Nov 03, 2009 11:58 am

Rokok... cikgu cuba pergi ke tandas lelaki pada waktu sebelum perhimpunan setiap hari... ada gejala yang amat menarik....

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Reaksi berbeza naik cukai rokok

Post  CikguPA on Wed Nov 04, 2009 9:30 am

Reaksi berbeza naik cukai rokok
KUALA LUMPUR 3 Nov. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi reaksi berbeza berhubung saranan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) supaya cukai rokok dan arak dinaikkan setiap tahun.

Naib Presiden Persatuan Penasihat Pengguna-Pengguna Malaysia (PPPM), Subramaniam Munusamy berkata, ia baik bagi mengurangkan tabiat merokok di kalangan rakyat.

‘‘Bagi mengharamkan penjualan rokok atau arak di Malaysia, ia tidak patut dilakukan memandangkan negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk dan pelbagai latar belakang.

‘‘Jadi sepatutnya, naikkan cukai sehingga harga barang itu di luar kemampuan pengguna supaya mereka kurang mampu membelinya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

NCSM kelmarin menyarankan kerajaan supaya menjadikan kenaikan cukai rokok dan arak sebagai agenda tetap dalam pembentangan bajet setiap tahun.

NCSM menyifatkan kenaikan cukai setiap tahun itu penting bagi memberi mesej bahawa kerajaan sentiasa peka dengan kesihatan rakyat.

Subramaniam berkata, selain kenaikan cukai, program kesihatan termasuk oleh kementerian perlu dibuat secara meluas dan diperbanyakkan bukannya tertumpu kepada media semata-mata.

Ujarnya, pihak yang menjalankan program perlu lebih aktif menjalankan kempen penyampaian seperti ‘turun padang’ bertemu golongan sasaran iaitu golongan muda.

‘‘Kempen perlu disasarkan lebih kepada golongan muda terutama yang baru merokok atau belum merokok kerana golongan tua sudah tegar,” katanya.

Ketua Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu Langat, Rosydan Harun berkata, kenaikan cukai itu tidak memberi kesan besar kepada perokok terutama golongan tegar.

‘‘Sepatutnya undang-undang berkaitan diperketatkan bagi memberi kesedaran atau ketakutan kepada perokok.

‘‘Misalnya, kerajaan melarang individu bawah 18 tahun membeli rokok tapi apabila ada kedai yang menjualnya secara terbuka, tiada langsung tindakan dikenakan sama ada kepada penjual atau pembeli,” katanya.

Menurut Rosydan, kerajaan perlu menaikkan had umur untuk kebenaran membeli dan merokok kepada 21 tahun ke atas.

Katanya, bagi arak, had umur 21 tahun perlu dikenakan kepada pembeli termasuk bukan Islam bagi mengelakkan golongan muda yang kebanyakannya pelajar terjebak.

‘‘Sesi kaunseling diguna pakai kepada remaja yang menghisap rokok dan meminum arak ketika ini kurang sesuai.

‘‘Hukuman tegas perlu dikenakan kepada mereka seperti sebatan sehingga 20 kali atau penjara dalam tempoh lama supaya insaf,’’ tambahnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, harga adalah faktor utama dalam menentukan keinginan seseorang membeli.

‘‘Kebiasaannya, apabila harga produk ditawarkan terlalu tinggi ia membuatkan orang tidak beli walaupun memerlukannya,’’ katanya.

Jelasnya, ketika ini, harga rokok yang terlalu rendah di negara ini berbanding kebanyakan negara luar faktor utama golongan muda memulakan tabiat merokok.
avatar
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Naikkan lagi harga rokok

Post  leeyoong_U6B on Thu Nov 05, 2009 4:59 pm

CikguPA wrote:Awang bukanlah perokok tetapi Awang tidak setuju harga rokok dinaikkan berlipat ganda kerana itu bukanlah penyelesaian. Sebaliknya, ia dikhuatiri boleh mencetuskan pelbagai masalah seperti penyeludupan, penghasilan rokok tiruan dan gejala sosial lain.
PnLeela wrote:perokok yang ketagih akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang yang di luar kemampuan mereka.

Ya.. Saya setuju pendapat yang dikongsikan oleh Cikgu PA dan PnLeela... Memang tidak dinafikan bahawa, peningkatan harga rokok akan menimbulkan berlakunya gejala sosial yang lain... Kesimpulanya, perokok patutlah mengekang tabiat buruk ini segera supaya dapat elakkan diri daripada terjerumus ke dalam lembah kesengsaraan!
Marilah kita bersama-samalah menuju ke kehidupan yang sihat sejahtera.. cheers

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Tiada kesan naikkan harga rokok

Post  CikguPA on Sun Nov 08, 2009 7:21 am

Tiada kesan naikkan harga rokok
PADA pendapat saya tidak masuk akal untuk kerajaan menaikkan harga rokok, semata-mata untuk mengurangkan perokok di Malaysia. Setelah beberapa tahun trend menaikkan harga rokok ini dimulakan ia tidak menampakkan apa-apa perubahan pada masyarakat.

Ini kerana rokok menyebabkan ketagihan. Di mana ada ketagihan di situ ada usaha untuk mendapatkannya. Walaupun seringgit sebatang pun, pelajar tetap akan boleh membeli di kedai.

Ambil contoh, petrol walaupun ia naik kerana harga pasaran di dunia, adakah masyarakat akan kisah mengenainya? Begitulah juga rokok.

Mereka tidak akan kisah tentang apa juga propaganda kerajaan terhadap tahap kesihatan atau fakta berapa ramai pesakit yang berkaitan rokok.

Saya bukanlah menidakkan usaha kerajaan dalam mengurangkan perokok di Malaysia, cuma kerajaan haruslah pandai mencari inisiatif alternatif untuk mengurangkan peratusan perokok ini.

Saya meluahkan ini berdasarkan apa yang saya lihat, dengar dan bualkan bersama-sama rakan perokok saya. Mungkin apa yang saya cuba utarakan di sini tidak mampu mengubah apa-apa. Tetapi kerajaan wajar memikirkannya jika mahu mengurangkan jumlah perokok.

Terima kasih atas dasar dan usaha yang kerajaan lakukan. Tetapi carilah alternatif lain selain daripada mempergunakan hak pencukaian terhadap tembakau.


Forum Utusan online.
avatar
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Naikkan lagi harga rokok

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum