PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

TSUNAMI

2 posters

Go down

TSUNAMI Empty TSUNAMI

Post  CikguPA Thu Sep 03, 2009 2:03 pm

Tsunami (津波 bahasa Jepun ombak besar di pelabuhan, Kunrei-shiki: Tunami), sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih. Tsunamis boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.

Kebanyakan bandar di sekitar Lautan Pasifik, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawaii, mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelit.

Bukti menunjukkan tidak mustahil berlakunya megatsunami, yang disebabkan oleh sebahagian besar pulau mendak ke dalam laut.

Kini, lebih ramai orang dibunuh oleh tsunami daripada gempa bumi.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

TSUNAMI Empty Re: TSUNAMI

Post  CikguPA Thu Sep 03, 2009 2:18 pm

TSUNAMI Tsunami-dust-wave

TSUNAMI 44140130_5835123001_1226dvs-tsunami-anniversary-SJ-plus
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

TSUNAMI Empty Tsunami

Post  Seow Ping U6B'10 Thu Sep 24, 2009 1:15 pm

Ombak laut kebiasaannya di sebabkan oleh pergerakan angin yang menghasilkan ombak yang menghempas ke pantai. tetapi gelombang tsunami merupakan gelombang laut yang teramat kuat yang terhasil oleh letupan gunung berapi, tanah runtuh bawah laut, gempa bumi, dan hentaman oleh asteroid atau komet pada permukaan laut.

Gelombang tsunami mampu bergerak sejauh seribu batu merentasi lautan dan masih mampu menghancurkan bandar berhampiran laut, memusnahkan dan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira jumlahnya. Gelombang tsunami yang menyebabkan kehilangan jiwa paling ramai direkodkan berlaku selepas letupan gunung berapi Krakatoa pada tahun 1883. Dianggarkan seramai 36,000 people mati disebabkan letupan tersebut yang menghasilkan ombak setinggi 12 tingkat bangunan. Kebanyakannya disebabkan oleh ombak tsunami yang melanda perkampungan persisiran pantai, sejauh sehingga 120 kilometer dari gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda Indonesia.

Seow Ping U6B'10

Posts : 17
Join date : 2009-05-30

Back to top Go down

TSUNAMI Empty Re: TSUNAMI

Post  CikguPA Thu Oct 01, 2009 2:34 pm

100 korban tsunami di Samoa


TSUNAMI Mainpix
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan kerosakan yang melanda Hihifo di bahagian barat Tonga selepas dilanda tsunami.

APIA, Samoa Barat: Satu siri tsunami melanda negara kepulauan Pasifik Samoa Amerika dan Barat mengorbankan sehingga 100 orang, beberapa daripadanya dihanyutkan ke tengah laut, selain mencederakan beberapa ratus lagi dan meninggalkan kerosakan besar di kampung tepi laut.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengisytiharkan bencana utama di Samoa Amerika - sebuah wilayah AS – dan mengarahkan bantuan persekutuan dihulurkan kepada kepulauan itu.

Rakaman televisyen memaparkan rumah rosak teruk, kenderaan dihanyut ke dalam laut atau tersangkut di atas pokok dan bot nelayan tercampak ke darat akibat dipukul ombak besar yang dicetuskan oleh gempa bumi berukuran 8.0 Richter 20 minit sebelumnya, awal pagi semalam.

Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd, berkata sekurang-kurangnya 60 orang terkorban di Samoa Barat, manakala pegawai pasukan bantuan bencana berkata jumlah kematian mungkin naik setinggi 100 orang.

Sebanyak 20 kampung di pulau Upolu mengalami kerosakan teruk, termasuk Lepa iaitu kampung perdana menteri Samoa.

Suasana panik dan keliru dilaporkan berlaku selepas gempa bumi kuat itu.

Remaja lelaki mengetuk tin minyak untuk memberi amaran kepada penduduk supaya lari ke kawasan tinggi.

"Kami segera menaiki kenderaan untuk melarikan diri tetapi ketika itu jalan sudah pun sesak," kata pegawai pelancongan Samoa Amerika, David Vaeafe kepada Sky News dari Barat Samoa, kira-kira 100 kilometer dari wilayah Amerika Syarikat itu.

Di ibu kota Samoa Amerika, Pago Pago ditenggelami air, kilang mengetin ikan juga dilanda gelombang, jalan di lapangan terbang juga teruk rosak dan bekalan elektrik terputus di sebahagian besar wilayah Amerika Syarikat itu.

"Pekerja berkata mereka diberikan amaran tiga minit sebelum air deras melanda. Penduduk berkata seluruh bandar itu musnah," kata Vaeafe.

"Beberapa bot nelayan belayar jauh ke laut untuk diselamatkan tetapi ada juga bot yang dihanyutkan ke pantai. Penduduk masih lagi terkejut dengan kejadian ini."

Ketika lalu lintas di Samoa dilaporkan sesak, seorang pelancong asing menyifatkan beliau terselamat dari chalet di tepi laut yang terkenal dengan hotel dan resort. Laporan menyebut seluruh kampung berkenaan dihanyutkan gelombang berkenaan.

"Ombak besar datang dan kami berlari ke arah van," kata seorang wanita New Zealand kepada Sky TV.

"Kami cuba membuka pintu van tetapi dan ombak besar itu mengenai kami."

Pelancong asing lain berkata: "Kebanyakan kereta berlanggar dan remuk. Ia seperti satu bencana laut."

Ken Mariner, yang tinggal berhampiran ibu negara Barat Samoa, Apia berkata kira-kira 1,500 penduduk berhimpun di sebuah pusat perpindahan tidak jauh dari rumahnya selepas kejadian gempa bumi berkenaan.

"Ia amat teruk. Kami berdiri di bawah tangga di rumah, dan boleh mendengar rangka gambar dan barangan lain jatuh dari dinding rumah," kata Mariner kepada Perbadanan Penyiaran Australia.

"Kami mendapati dua pokok besar bergoyang seperti seseorang menggoyangkan pokok kecil. Ia amat menakutkan."

Wanita lain memberitahu beliau bercakap kepada seorang saudaranya melalui telefon apabila tsunami itu datang.

"Katanya, Ada tsunami datang, saya boleh lihatnya." Saya hanya boleh mendengar jeritan dan suara kanak-kanak sebelum talian terputus," kata Lisa Winterstein kepada Sky. – AFP
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

TSUNAMI Empty Re: TSUNAMI

Post  CikguPA Thu Oct 01, 2009 2:41 pm

TSUNAMI Article-1217153-06A3A3C0000005DC-713_468x329
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

TSUNAMI Empty Re: TSUNAMI

Post  CikguPA Thu Oct 01, 2009 4:18 pm

CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

TSUNAMI Empty Re: TSUNAMI

Post  CikguPA Fri Oct 02, 2009 9:50 am

Lebih 150 maut akibat tsunami di Samoa

TSUNAMI Lu_02.1

Polis dan mangsa-mangsa yang terselamat meninjau kampung Pago Pago di Pulau Samoa, kelmarin. Kawasan lapang di sebelah kiri gambar asalnya menempatkan bangunan tetapi musnah dalam kejadian tsunami berikutan gempa bumi di dasar laut Pasifik Selatan, kelmarin. - AP

--------------------------------------------------------------------------------

APIA, Samoa 1 Okt. - Pasukan penyelamat semalam memasuki kawasan-kawasan yang mengalami kemusnahan meluas selepas ombak tsunami meranapkan kampung-kampung di kepulauan Samoa, menyebabkan sekurang-kurangnya 150 orang terkorban dan puluhan lagi masih hilang.

Penduduk memeriksa runtuhan rumah dan pusat pelancongan yang musnah dalam bencana berganda pagi kelmarin, gempa bumi berukuran 8.0 pada skala Richter disusuli dengan tsunami yang membawa ombak setinggi 7.5 meter.

Angka kematian dijangka meningkat secara mendadak berikutan gempa bumi paling dahsyat di kepulauan Samoa dalam tempoh hampir seabad.

Ketua polis Samoa, Lilo Maiava berkata, tempoh dua tiga minggu diperlukan bagi menyelesaikan operasi untuk mencari ramai mangsa yang masih hilang.

Tembok air yang dicetuskan oleh gempa bumi itu melanda kawasan pantai sejauh 1.6 kilometer ke pedalaman dan mendatangkan kemusnahan seperti yang disaksikan selepas tsunami di Asia pada 26 Disember, 2004.

Mangsa yang selamat menceritakan mereka melihat trak-trak yang sarat dengan mayat di Samoa, sebuah destinasi percutian di Lautan Pasifik, di mana 110 orang disahkan maut dan bilangan korban dijangka meningkat apabila banyak lagi mayat ditemui.

"Bukan syurga lagi tetapi neraka dunia," kata seorang mangsa kepada stesen televisyen Australia, Sky News.

Banyak kampung ranap dan pantai putih bersih yang dahulunya menjadi tumpuan pelancong kini dipenuhi dengan runtuhan bangunan, kereta, beg, perabot dan barangan peribadi.

Sekurang-kurangnya 31 orang maut di tanah jajahan Amerika Syarikat (AS), American Samoa manakala tujuh lagi terkorban apabila tsunami melanda Tonga, 1,000 kilometer dari pusat gempa.

"Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan kami berusaha untuk mencari mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan atau hanyut di laut," kata seorang pegawai pengurusan bencana di Samoa.

Gerombolan pencuri bermaharajalela di ibu kota American Samoa, Pago Pago untuk mencari makanan dan barang keperluan lagi selepas tsunami memusnahkan sebahagian besar pulau itu.

Saksi berkata, kira-kira 90 peratus kedai di Pago Pago rosak teruk dan pencuri mengambil kesempatan kerana polis sibuk membantu usaha menyelamat.

Pesawat bantuan tiba di Samoa dari Australia dan New Zealand dan penyelamat yang membawa bekalan makanan, minuman, pakaian dan ubat-ubatan melihat sendiri tahap kemusnahan.

"Samoa mengalami kemusnahan yang begitu dahsyat, saya tidak pernah melihat bencana sebegitu rupa sebelum ini," kata Tony Hill, ketua operasi bantuan antara agensi di kampung Lalomanu yang lenyap dari peta. - AFP
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

TSUNAMI Empty Re: TSUNAMI

Post  CikguPA Wed Oct 14, 2009 10:01 am

Kronologi gempa dan tsunami di dunia

30 September 2009

Satu gempa bumi 7.6 pada skala Richter menggegar Padang di pulau Sumatera, Indonesia. Seramai 704 mangsa mati dan sehingga 4,000 terperangkap di bawah runtuhan. Gegaran sekuat 7.0 pada skala Richter menggegar bahagian selatan Sumatera beberapa jam kemudian.

29 September 2009

Tsunami besar tercetus ekoran gempa 8.0 skala Richter di Samoa dan American Samoa, membunuh sekurang-kurangnya 177 orang di wilayah itu, sementara beratus-ratus yang lain dilaporkan hilang. Tsunami turut melanda Tonga.

2 September 2009

Gempa 7.0 skala Richter menggegar Tasikmalaya, pulau Jawa, mengorbankan 123 orang dan mencetuskan tanah runtuh.

6 April 2009

Hampir 300 maut di bandar L'Aquila, Itali apabila gempa 5.8 pada skala Richter melanda.

29 Oktober 2008

Barat daya Pakistan digegar gempa 6.4 skala Richter, menyebabkan sehingga 300 penduduk meninggal dunia dan berpuluh ribu yang lain hilang tempat tinggal.

12 Mei 2008

Gempa 8.0 skala Richter menggegar Sichuan, barat daya China. Lebih 87,000 maut atau hilang.

3 Februari 2008

Satu gempa dengan magnitud 6.1 pada skala Richter menggegar timur Congo dan barat Rwanda, membunuh 45 orang dan menyebabkan ribuan yang lain hilang tempat tinggal.

2 April 2007

Lebih 50 nyawa maut, sementara ribuan yang lain hilang tempat tinggal selepas gempa bermagnitud 8.0 skala Richter melanda Kepulauan Solomon dan menyebabkan tsunami.

6 Mac 2007

Gempa berukuran 6.3 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera, merobohkan bangunan dan mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang.

17 Julai 2006

Sekurang-kurangnya 596 maut, lebih 9,500 cedera dan 74,000 yang lain hilang tempat tinggal setelah gempa dasar laut sekuat 7.7 skala Richter melanda pulau Jawa dan mencetuskan tsunami.

27 Mei 2006

Wilayah Yogyakarya dilanda gempa 6.3 skala Richter, mengorbankan 6,000 mangsa dan menyebabkan 1.5 juta penduduk hilang tempat tinggal.

8 Oktober 2005

Satu gempa 7.6 pada skala Richter membunuh lebih 75,000 orang, kebanyakannya di bahagian sempadan di Pakistan Utara dan wilayah Kashmir. Seramai 3.5 juta hilang terpaksa dipindahkan.

28 Mac 2005

Sekurang-kurangnya 900 maut apabila gempa dengan magnitud 8.6 pada skala Richter menggegar pulau Nias, Sumatera.

26 Disember 2004

Gempa dasar laut sekuat 9.1 skala Richter dari pantai pulau Sumatera mencetuskan tsunami yang membunuh 220,000 mangsa di sekitar Lautan Hindi termasuk 168,000 nyawa di Acheh, Indonesia.

26 Disember 2003

Gempa kuat 6.7 pada skala Richter menggegar bandar Bam, Iraq, mengakibatkan sekurang-kurangnya 31,884 maut dan mencederakan 18,000 yang lain.

26 Januari 2001

Gujarat di barat India digegar gempa kuat, mengorbankan 25,000 orang dan 166,000 mangsa cedera. - AFP
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

TSUNAMI Empty Re: TSUNAMI

Post  CikguPA Fri Nov 06, 2009 12:40 pm

3 jam dilambung ombak besar
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
bhnews@bharian.com.my

TSUNAMI Mainpix

GAMBAR dirakam kapten kapal Tanjung Puteri 2, Yusuf Polous ketika menyelamatkan Ibrahim (gambar kecil) selepas botnya karam kira-kira 25 nautika dari pantai Kertih.

Nelayan bertarung nyawa selepas bot sarat 100kg ikan karam di perairan Kertih

CHUKAI: "Hanya Allah saja yang tahu perasaan takut dan gerun selama tiga jam berpaut pada bot kecil yang terbalik dipukul ombak besar lebih 10 meter. Mujurlah selepas tiga jam terapung, saya diselamatkan krew kapal Tanjung Puteri 2," kata kata Ibrahim Awang, nelayan dari Taman Hadhari, Paka, Dungun.

Nelayan berusia 42 tahun itu menceritakan detik cemas selepas bot kecil gentian kaca miliknya terbalik dipukul ombak besar, kira-kira 25 batu nautika dari pantai Kertih, di Laut China Selatan, ketika pulang selepas menangkap ikan.

Sebelum kejadian jam 4 petang itu, beliau ke laut berseorangan pada awal pagi dan menjelang petang bergegas pulang selepas mendapati cuaca kurang baik. Dalam perjalanan, botnya dipukul ombak besar lebih 10 meter menyebabkannya dipenuhi air.

"Ketika itu, bot belum terbalik tetapi dipenuhi air dan saya terus menceduk keluar air supaya dapat meneruskan perjalanan. Bagaimanapun, enjin empat kuasa kuda pula tidak dapat dihidupkan.

"Ombak besar dan berat tangkapan ikan kira-kira 100 kilogram menyebabkan bot bergoyang dan tidak stabil sebelum terbalik apabila dipukul ombak besar buat kali kedua dan saya tercampak ke laut," katanya ketika ditemui di Pengkalan Bekalan Kemaman (KSB) malam kelmarin, selepas diturunkan daripada kapal kargo servis yang menyelamatkannya dua jam sebelum itu.

Beliau yang ketakutan selepas tercampak ke laut sempat berenang dan berpaut pada belakang bot yang terapung dan hanya mampu berdoa supaya umurnya panjang dan diselamatkan.

Ketakutan reda apabila dua rakan dalam sebuah bot kecil kebetulan melalui kawasan itu dan berusaha menghulurkan bantuan, tetapi Ibrahim tidak dapat naik atas bot rakannya kerana mereka bimbang berat tambahan akan menyebabkannya karam.

"Mujurlah selepas tiga jam terapung, kami melihat sebuah kapal besar dan melambai meminta pertolongan. Lega apabila melihat kapal itu menuju ke arah saya dan menghulurkan bantuan," katanya yang menjadi nelayan sejak remaja.

Sejurus diselamatkan, barulah perasaan takutnya hilang dan bersyukur kerana selamat, manakala dua rakannya meneruskan perjalanan ke pantai.

Isterinya, Nisah Mat Diah, 39, berkata selepas mendengar musibah yang menimpa Ibrahim, beliau hanya mampu berdoa tetapi lega selepas diberitahu suaminya diselamatkan kapal kargo yang menghantar bekalan keperluan untuk pelantar minyak Petronas di luar pantai Terengganu.

Kapten Tanjung Puteri 2, Yusuf Polous, berkata ketika pulang dari Pelantar Minyak Ansi ke KSB, beliau dan anak kapal melihat objek seperti manusia melambai-lambai dan selepas meneropong, anak kapal mengesahkan objek berkenaan ialah manusia.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

TSUNAMI Empty Re: TSUNAMI

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum