PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perompak Gagal Letupkan Mesin ATM Guna Bahan Letupan Sendiri

2 posters

Go down

Perompak Gagal Letupkan Mesin ATM Guna Bahan Letupan Sendiri Empty Perompak Gagal Letupkan Mesin ATM Guna Bahan Letupan Sendiri

Post  HsianMin (U6B/2010) Sun Sep 20, 2009 5:05 pm

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Mungkin kerana
beranggapan bunyi letupan tidak akan menarik perhatian semasa
kemeriahan Aidilfitri, tiga lelaki cuba merompak wang dalam sebuah
mesin ATM menggunakan bahan letupan buatan sendiri.

Namun begitu, percubaan mereka di sebuah bank di Putra Heights, Puchong awal pagi Ahad menemui kegagalan.

"Saya tergamam dan cuba mencari dan memberkas mereka yang terbabit
namun penglihatan saya terhalang kerana asap dan debu akibat letupan
itu," kata seorang pengawal keselamatan di bank itu.

Beliau terkejut dan takut apabila terdengar bunyi letupan yang kuat itu.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 8.30 pagi itu ketiga-tiga
lelaki terbabit masuk ke dalam bank dan menyembur cat merah pada kamera
litar tertutup (CCTV) di premis terbabit sebelum cuba meletupkan mesin
ATM.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Khaw Kok Chin
berkata bagaimanapun kejadian itu disedari oleh pengawal keselamatan
yang segera mengaktifkan penggera keselamatan.

Katanya, ketiga-tiga lelaki yang dipercayai berumur 30-an itu melarikan diri selepas terdengar bunyi penggera itu.

-- BERNAMA

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Perompak Gagal Letupkan Mesin ATM Guna Bahan Letupan Sendiri Empty Re: Perompak Gagal Letupkan Mesin ATM Guna Bahan Letupan Sendiri

Post  leeyoong_U6B Sun Sep 20, 2009 9:42 pm

Kemerosotan ekonomi telah mula mengugat keamanan hidupan kita~!! Setiap kali, kita melihat surat khabar, tentulah akan nampak berita yang berkaitan dengan kes merompak, kes mencuri......
Perompakan bank bukanlah kes yang kita nampak pertama kali.. Namun, kes ini amat berbeza dengan kes sebelum...Perompak cuba merompak wang dalam sebuah mesin ATM dengan menggunakan bahan letupan buatan sendiri.Menurut berita NTV7, perompak ini agak berbahaya...Mereka dijangka tahu membuat bahan letupan sendiri.. Namun nasib baik, perompakan kali ini tidak melibatkan masyarakat...tidak mempunyai sebarang kecederaan...
Secara kesimpulan, semoga pihak yang berkaitan akan memberkas perompak secepat mungkin..
Kita juga haruslah sentiasa berwaspada supaya tidak menjadi mangsa perompak...

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum