Esei 3-laras sastera- Masalah ibu tunggal (20.9.09)

View previous topic View next topic Go down

Esei 3-laras sastera- Masalah ibu tunggal (20.9.09)

Post  PnLeela on Sun Sep 20, 2009 11:11 am

WANITA IALAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN KELUARGA. WANITA TERUTAMA IBU TUNGGAL MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG BESAR UNTUK MEMBESARKAN ANAK-ANAK MEREKA. HURAIKAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH IBU TUNGGAL DAN CARA UNTUK MEMBANTU MEREKA.

PnLeela
Admin

Posts: 380
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Esei 3-laras sastera- Masalah ibu tunggal (20.9.09)

Post  HsianMin (U6B/2010) on Sun Sep 20, 2009 4:36 pm

Masalah ibu tunggal merupakan salah satu isu yang sering dipertikaikan dalam masyarakat kita.Fenomena ini didapati meningkat secara berterusan sejak kebelakangan tahun ini. memang tidak dinafikan bahawa sebagai seorang ibu perlu memainkan peranan bapa pada masa yang sama sesuatu yang agak susah.Tambah pula, cabaran masa kini yang begitu kuat menyebabkan masalah mereka menjadi semakin meruncing.

Fenomena ibu tunggal ini telah memberi kesan kepada wanita yang terbabit dan anak-anaknya secara tidak langsung. Oleh itu,bantuan terhadap golongan tersebut adalah wajar. Ibu tunggal meliputi mereka yang mendapat anak tanpa pernikahan yang sah dan memilih untuk memelihara anak tersebut, isteri yang telah suaminya meninggal dunia , isteri yang telah ditinggalkan/ diceraikan serta tidak diberi nafkah untuk menyara kehidupan. Sebagai seorang ibu tunggal, mereka bertanggungjawab membesarkan anak-anak tanpa pertolongan suami. Seperti mana yang kita tahu, golongan ibu tunggal sering menghadapi masalah dalam proses mendidik anak-anaknya, terutamanya ibu tunggal yang kurang berpendidikan dan berpendapatan kecil. Masalah yang dihadapi oleh mereka meliputi masalah ekonomi, sosial, psikologi dan hubungan dengan mahkamah.

Masalah ekonomi merupakan cabaran utama golongan ibu tunggal. Bagi isteri yang selama ini merupakan suri rumahtangga, bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka mencari peluang pekerjaan di luar. Keadaan menjadi teruk bagi mereka yang tidak berpendidikan. Sekiranya mereka mendapat kerja,masalah penjagaan anak perlu diselesaikan jua. Makanya, untuk menyelesaikan masalah ini ramai ibu tunggal yang memilih untuk bekerja atau berniaga sendiri. Namun, ini hanya mendatangkan pendapatan yang kecil. Sumber kewangan yang terhad menghadkan pilihan mereka dan menyebabkan golongan ini hanya mampu menikmati kualiti hidup yang rendah.

Masalah sosial juga wujud sekiranya ibu tunggal yang mengatakan dirinya terpaksa melibatkan diri dengan jenayah sosial seperti pelacuran, penagihan dadah dan jenayah kecurian demi menyara anak-anaknya. Taraf hidup yang tinggi di kawasan bandar memaksa golongan ini tinggal di tempat tinggal yang kurang memuaskan. Ini memdedahkan mereka kepada ancaman sosial seperti rogol, peras ugut dan sindiran orang lain. Ibu tunggal harus diberi pendedahan tentang prosedur permohonan skim perumahan kos rendah yang disediakan oleh kerajaan dan pelbagai bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan ataupun swasta. Bantuan sosial juga berlaku dalam pelbagai bentuk. Satu daripadanya ialah pemberian pengetahuan, latihan dan kemahiran bagi membolehkan ibu tunggal memulakan perniagaan mereka dan berdikari. Pengetahuan tentang selok-belok perniagaan, misalnya, boleh dimanfaatkan oleh mereka. Kemahiran kerja tangan, memasak, menggubah dan mengandam pula boleh dijadikan aset untuk mereka memulakan perniagaan.

Masalah psikologi juga dihadapi oleh golongan ibu tunggal. Hal ini disebabkan tanggapan negatif masyarakat terhadap mereka. Golongan ini sering kali tidak menjadi pilihan majikan memandangkan tanggungjawab mereka yang mungkin akan mengganggu kerja mereka. Ibu tunggal yang tiba-tibanya kehilangan suami dan tempat bergantung menyebabkan kehancuran perangkatan jiwanya. Dalam keadaan ketiadaan suami sebagai pencari rezeki mereka terpaksa bergantung kepada diri sendiri. Stigma yang dikenakan terhadap mereka oleh masyarakat telah memburukkan keadaan. Disebabkan kegagalan memberikan sebuah keluarga yang bahagia kepada anak-anak mereka, kebanyakan ibu tunggal berasa bersalah. Tekanan hidup atas sebab kesempitan wang juga membawakan pelbagai kesan negatif.

Bagi ibu tunggal akibat perceraian, tidak kurang yang menghadapi masalah dalam berurusan dengan Mahkamah. Mereka mengakui sering
dipersendakan, tidak dilayan dengan adil, terpaksa berulang-alik ke Mahkamah untuk menyelesaikan kes dan seumpamanya. Pihak Mahkamah pula mengatakan wanita-wanita ini tidak tahu undang-undang serta prosedur mahkamah dan tidak tahu hak mereka. Majoriti dari mereka ini juga menghadapi masalah dengan bekas suami yang enggan bekerjasama terutamanya dalam hal memberi nafkah untuk anak-anak yang sebenarnya merupakan tanggungjawab mereka.

Bagi Ibu tunggal yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, jenis-jenis bantuan yang ada di JKM ialah:
Bantuan Bulanan Bantuan Am


  • Bantuan Penyaraan Kanak-kanak
  • Bantuan Anak Pelihara
  • Elaun Pekerja cacat
  • Bantuan Orang Tua
  • Bantuan Am

Bantuan Sekaligus Geran Pelancaran


  • Bantuan Alat Tiruan/ Sokongan
  • Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran
  • Bantuan Sekolah (sekiranya mempunyai anak-anak bersekolah)

Perkhidmatan kaunseling juga disediakan oleh pihak JKM.
Pemohon boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling :-


  • Datang ke pejabat

  • Telefon
  • Surat
  • Faks
  • E-mail
  • Rujukan

Bantuan kebajikan dari segi kewangan juga diberi kepada ibu tunggal.
Namun penentuan bantuan kewangan adalah berdasarkan kepada hasil siasatan yang dilakukan dan pertimbangan oleh Pegawai Pelulus.

Maklumat selanjutnya, sila melayari http://www.jkm.gov.my

Masalah-masalah memang biasa melanda keluarga yang normal. Akan tetapi, ibu tunggal terpaksa menghadapi semua masalah bersendirian.
Itulah sebabnya kita amat mengagumi ibu tunggal yang berjaya membina
keluarga dan mendidik anak-anaknya sehingga berjaya.



HsianMin (U6B/2010)

Posts: 84
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 3-laras sastera- Masalah ibu tunggal (20.9.09)

Post  leeyoong_U6B on Sun Sep 20, 2009 8:59 pm

ya...apakah yang dikemukakan oleh Hsian Min agak bernas dan bernilai...

1. Antara masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal ialah beban dan tanggungjawab yang agak berat.. Ibu tunggal bukan sahaja perlu bertindak sebagai ibu, mereka juga perlu memikul tanggungjawab sebagai bapa. Mereka perlu memberi anak-anak kasih sayang dari kedua-dua segi agar tidak mengabaikan perasaan anak.
2. Selain itu, kerisauan dan penjagaan ibu yang lebih. Mereka perlu sentiasa memberi prihatin dan kasih sayang yang berlebihan kepada anaknya. Mereka juga perlu risau segala masalah yang mungkin timbul atas anaknya... Adakah anak akan dipandang rendah oleh rakan sebaya.. Adakah keluarga yang pecah akan menjejaskan masa depan mereka? Mereka perlulah memberi kasih sayang yang berlebihan kepada anaknya...

Langkah-langkah bagi mengurangkan masalah yang dihadapi oleh Ibu tunggal..
1. Penglibatan diri dalam persatuan atau kelab. Contohnya menyertai KELAB IBU TUNGGAL yangditubuhkan di setiap DUN bagi memastikan program diterima oleh lapisan masyarakat sama rata di seluruh kawasan. Kelab Ibu Tunggal akan mengumpul data dan maklumat berkaitan Ibu Tunggal dan pemasalahan yang dihadapi. Seterusnya, kelab ini akan mengadakan program bimbingan/dialog/ perbincangan berkaitan dengan keperluan ahli. Program yang menambah pengetahuan, kesedaran seperti bengkel, ceramah, kursus dan lain-lain yang berkaitan juga akan diadakan. Kelab ini juga akan membantu ibu tunggal untuk mewujudkan saluran yang dapat membantu peningkatan ekonomi Ibu Tunggal.
2. Penglibatan diri dalam program-program bantuan seperti melalui Program Jaya Diri. Ibu Tunggal diberi peluang yang luas untuk meningkatkan taraf ekonomi. Golongan Ibu Tunggal diberi keutamaan untuk mendapatkan pinjaman bagi memulakan perniagaan atau memajukan perniagaan yang sediada melalui dana Program Jaya Diri. Ibu Tunggal diberi peluang-peluang untuk mengikuti latihan kemahiran dalam bidang yang sesuai seperti bidang jahitan, masakan, kecantikan dan lain-lain.
3. Penglibatan diri dalam ceramah atau bimbingan kelompok. Ini akan memberi peluang kepada para-para ibu tunggal untuk meningkatkan motivasi dan semangat kendiri mereka melalui pengisian aktiviti seperti ceramah, perkongsian masalah dan pertukaran idea sesama ibu tunggal dengan bantuan fasilitator. Dengan ini, ibu tunggal barulah akan sentiasa bersemangat walaupun menghadapi banyak masalah...

Sokongan padu dan kerjasama sepatutnya menyeluruh semua pihak bagi mengurangkan beban dan tekanan yang dihadapi oleh ibu tunggal....
Very Happy


Last edited by leeyoong_L6B on Mon Sep 21, 2009 7:07 am; edited 3 times in total

leeyoong_U6B

Posts: 221
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 3-laras sastera- Masalah ibu tunggal (20.9.09)

Post  PnLeela on Mon Sep 21, 2009 6:21 am

Hi kelas, huraian anda mesti dalam bentuk menjawab soalan esei Smile

Huraian yang panjang lebar seperti di atas boleh dimasukkan dalam isu sosial..ibu tunggal untuk maklumat tambahan.

Ruang ini adalah untuk latihan penulisan esei...mengikut perenggan

Terima Kasih

PnLeela
Admin

Posts: 380
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Esei 3-laras sastera- Masalah ibu tunggal (20.9.09)

Post  leeyoong_U6B on Mon Sep 21, 2009 6:59 am

terima kasih, cikgu...
Saya sudah betulkan... Very Happy

leeyoong_U6B

Posts: 221
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 3-laras sastera- Masalah ibu tunggal (20.9.09)

Post  lisee(U6A) on Mon Sep 21, 2009 11:56 am

Masalah yang paling utama ialah masalah kewangan.Masalah tersebut telah menyebabkan ibu tunggal hidup dalam keadaan yang penat dan miskin.Kebanyakan ibu tunggal perlu membesarkan anak dengan diri sendiri.Mereka bukan sahaja perlu mencari rezeki untuk saraan hidup,bahkan perlu menjaga anak mereka.Namun demikian,kebanyakan ibu tunggal berpendidikan rendah.Mereka sukar untuk mencari pekerjaan yang berpendapatan tinggi.Jika anak mereka sudah cukup umur untuk bersekolah,mereka perlu pula mencari wang yang lebih banyak untuk menanggung kos persekolahan dan kos bayaran buku sekolah.

lisee(U6A)

Posts: 51
Join date: 2009-05-16

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 3-laras sastera- Masalah ibu tunggal (20.9.09)

Post  yeow_U6A/2010 on Thu Sep 24, 2009 10:04 am

Seperti yang dihuraikan oleh pelajar di atas masalah-masalah ibu tunggal adalah masalah kewangan, sosial, psikologi dan lain-lain lagi.
Untuk mengatasi masalah kekurangan teknik atau cara untuk mencari rezeki, masyarakat dan kerajaan perlu menubuhkan tempat atau sekolah yang melatih ibu tunggal dalam bidang yang diminati.
Untuk mengatasi masalah kewangan pula, Skim Bantuan Khas Untuk Usahawan Wanita di bawah MITI yang dilancarkan pada Ogos 1999 boleh memberi peluang kepada ibu tunggal supaya dapat menggunakan skim ini untuk memulakan perniagaan.

yeow_U6A/2010

Posts: 87
Join date: 2009-06-27

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 3-laras sastera- Masalah ibu tunggal (20.9.09)

Post  ZiAmUn(U6A/'10) on Thu Sep 24, 2009 4:57 pm

Masalah ekonomi merupakan cabaran utama gologan ibu tunggal. Bagi isteri yang selama ini merupakan suri rumahtangga, bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka memasuki pasaran buruh. Keadaan menjadi lebih buruk jika yang tiada kelayakan yang sesuai. Sekiranye mereka mendapat kerja, siapa pula yang akan menjaga anak-anak mereka? Masalah penjagaan anak ini perlu diselasaikan, mungkin dengan menghantar mereka untuk dijaga oleh orang lain yang juga memerlukan perbelanjaan. Makanya, untuk menyelesaikan masalah ini ramai ibu tunggal yang memilih untuk bekerja atau berniaga sendiri.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts: 114
Join date: 2009-05-14
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 3-laras sastera- Masalah ibu tunggal (20.9.09)

Post  wai peng[L6A] on Fri Sep 25, 2009 7:05 am

Saya setuju masalah dan cara yang dihuraikan oleh pelajar di atas
memang betul sebagai seorang ibu tunggal mereka bukan sahaja mengalami
masalah kewangan maka juga perlu menanggung pandangan orang lain.Dengan
ini,kerajaan menjadi watak yang penting dalam menolong kehidupan ibu
tunggal yang bersusah payah.Pusat jagaan kanak-kanak dan pusat latihan
menjadi sumber terpenting dalam mengubah kehidupan ibu tunggal.
Pusat latihan yang menawarkan latihan dalam bidang jahitan, kecantikan,
masakan, kraf tangan, asuhan kanak-kanak dan pelancongan dapat
membantu ibu tunggal dalam mencari kerja manakala pusat jagaan
kanak-kanak pula dapat menyelesaikan masalah penjagaan anak mereka
supaya dapat tumpuan perhatian dalam pekerjaan mereka.

wai peng[L6A]

Posts: 7
Join date: 2009-07-07
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 3-laras sastera- Masalah ibu tunggal (20.9.09)

Post  WAN SEN (U6A) on Sun Sep 27, 2009 2:35 pm

Masalah ekonomi merupakan cabaran golongan ibu tunggal. Ibu tunggal susah-payah untuk mencari rezeki dan masih perlu membesarkan anak dengan diri sendiri. Lama-kelamaan,ibu tunggal akan menghadapi tekanan hidup atas sebab kesempitan wang. Dengan itu, ibu tunggal boleh menlibatkan diri dalam Program Jaya Diri untuk mendapatkan pinjaman bagi membiayai perbelanjaan dan memulakan perniagaan.

WAN SEN (U6A)

Posts: 33
Join date: 2009-05-20

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 3-laras sastera- Masalah ibu tunggal (20.9.09)

Post  HuInI(U6A) on Sun Sep 27, 2009 5:09 pm

Majoriti ibu tunggal menghadapi masalah kewangan . Mereka yang hilang sokongan suami perlu menyara dan mendidik keluarga secara bersendirian . Kebanyakan ibu tunggal yang selama ini merupakan suri rumah tangga tidak dapat memenuhi permintaan pasaran buruh pada masa kini. oleh itu, pilihan peluang pekerjaan untuk mereka adalah terhad .Mereka juga perlu bekerja sambilan untuk memenuhi keperluan kewangan keluarga.
Soalan juga timbul bahawa jika mereka bekerja , siapakah yang akan menjaga anak-anaknya? Ini juga memerlukan perbelanjaan yang tidak kecil supaya menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak atau mengupah seorang pembantu rumah.

HuInI(U6A)

Posts: 17
Join date: 2009-05-18
Age: 22

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 3-laras sastera- Masalah ibu tunggal (20.9.09)

Post  yeeleng(L6A) on Mon Sep 28, 2009 6:02 pm

Masalah ekonomi memang merupakan cabaran utama gologan ibu tunggal tetapi masalah ini juga menyebabkan ibu tunggal terpaksa bekerja sebagai pelacur dan mecuri barang untuk mendapatkan sumber kewangan supaya anak-anak mereka dapat terus berhidup.ibu tunggal yang terpaksa bekerja sebagai pelacur atau mencuri barang adalah disebabkan mereka tidak berpengetahuan dan tiada orang ingin mengupah mereka.oleh itu,kerajaan patut menubuhkan satu institusi atau pusat supaya mereka dapat belajar kemahiran memasak,kerja tangan dan sebagainya untuk menyara keluarga mereka.

yeeleng(L6A)

Posts: 118
Join date: 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 3-laras sastera- Masalah ibu tunggal (20.9.09)

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Mon Apr 19, 2010 7:13 pm

masalah:
Ibu tunggal akan menghadapi masalah dalam membesarkan anak-anaknya. Ibu tunggal bukan sahaja perlu mencari rezeki, tetapi juga perlu mengasuh anak-anaknya jika mereka masih kecil. Akibatnya, ibu tunggal agak susah mengagihkan masa antara kerjaya dan anak-anak. Anak-anak juga akan mengalami kesepian jiwa kerana kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu yang sibuk bekerja. Oleh itu, kemungkinan besar anak-anak akan mudah dipengaruhi anasir-anasir negatif dan terlibat dalam gejala sosial. Tambahan pula, terdapat anak-anak yang diketawai oleh kawan-kawan mereka kerana ketiadaan bapa. Secara tidak langsung, jiwa dan emosi anak-anak ini akan terganggu dan menjejaskan kesihatannya.

bantuan:
Persatuan Ibu Tunggal harus ditubuhkan bagi membantu ibu-ibu tunggal mengharungi masalah. Bantuan kewangan boleh diberikan kepada ibu tunggal yang tiada kerjaya bagi mengurangkan bebannya. Tempat perlindungan juga boleh ditawarkan kepada para ibu tunggal yang bernasib malang. Bimbingan kaunseling perlu diberikan bagi menguatkan semangat ibu tunggal untuk meneruskan kehidupan. Selain itu, sokongan moral harus diberikan kepada ibu tunggal supaya mereka tidak mudah berputus asa demi anak-anak mereka. Dengan segala sokongan luaran ini, ibu tunggal pasti akan lebih bersemangat menghadapi kehidupan mereka.

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148
Join date: 2009-05-17
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 3-laras sastera- Masalah ibu tunggal (20.9.09)

Post  ong yee wee L6B on Thu Apr 22, 2010 11:41 am

Masalah ekonomi merupakan cabaran utama golongan ibu tunggal. Bagi isteri yang selama ini merupakan suri rumahtangga, bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka memasuki pasaran buruh. Keadaan menjadi lebih buruk jika mereka tiada kelayakan yang sesuai. Sekiranya mereka mendapat kerja, siapa pula yang akan menjaga anak-anak mereka? Masalah penjagaan anak ini perlu diselesaikan, mungkin dengan menghantar mereka untuk dijaga oleh orang lain � yang juga memerlukan perbelanjaan. Makanya, untuk menyelesaikan masalah ini ramai ibu tunggal yang memilih untuk bekerja atau berniaga sendiri.

Bantuan kewangan mungkin berbentuk wang atau barangan secara bulanan untuk memenuhi keperluan keluarga tersebut. Ia mungkin juga dalam bentuk modal bagi memulakan sesuatu perniagaan. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) misalnya, membantu ramai ibu tunggal dari keluarga miskin dengan meminjamkan wang untuk dijadikan modal asas perniagaan.

Bantuan sosial juga berlaku dalam berbagai bentuk. Satu daripadanya ialah pemberian pengetahuan, latihan dan kemahiran bagi membolehkan ibu tunggal memulakan perniagaan mereka dan berdikari. Pengetahuan tentang selok-belok perniagaan, misalnya, boleh dimanfaatkan oleh mereka. Kemahiran kerja tangan, memasak, menggubah dan mengandam pula boleh dijadikan aset untuk mereka memulakan perniagaan. Bagi mengatasi masalah penjagaan anak bila ibu keluar bekerja, ibu tunggal boleh diberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan komputer agar mereka boleh memulakan perniagaan atau bekerja sendiri dengan konsep Small Office Home Office (SOHO). Konsep perniagaan yang semakin terkenal ini membolehkan wanita mengendalikan perniagaan dari rumah dengan memberikan khidmat seperti menaip, penyajian makanan, mengedar kuih-muih dan seumpamanya.

Termasuk juga dalam bantuan sosial ini pendedahan dan kesedaran undang-undang demi mendapatkan hak mereka terutamanya dalam kes perceraian yang tertangguh atau untuk mendapatkan nafkah anak. Selain itu, kemahiran keibubapaan dan sokongan moral juga diberi untuk menguatkan semangat mereka menghadapi segala cabaran yang mendatang.

ong yee wee L6B

Posts: 10
Join date: 2009-06-16

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum