PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Budak putus jari tersepit gerigi rantai basikal

Go down

Budak putus jari tersepit gerigi rantai basikal Empty Budak putus jari tersepit gerigi rantai basikal

Post  wai peng[L6A] Sun Sep 27, 2009 9:38 am

KUALA TERENGGANU: Seorang murid Tahun Lima sebuah sekolah di Manir, dekat sini putus jari telunjuk serta patah tiga jari lain selepas tersepit pada gerigi piring rantai basikal ketika cuba membaiki sendiri basikalnya itu untuk digunakan ke sekolah yang dibuka semula hari ini.

Berikutan kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin, Muhammad Luqman Hakim Muda, 11, kini terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Muhammad Luqman Hakim berkata, dia tidak sedar tangan kirinya terletak pada gerigi piring dan pada masa sama mengayuh pedal menggunakan tangan kanan. Dia hanya menyedari kejadian itu apabila tangan kirinya berasa kebas. “Saya langsung tak sedar jari tangan kiri berada pada jeriji piring ketika mengayuh pedal basikal dengan laju menggunakan tangan kanan. Selepas itu baru tangan kiri kebas... adik yang ada di situ juga tergamam melihat empat jari saya tersepit di gigi piring basikal.

“Hanya Tuhan saja yang tahu kesakitan yang ditanggung... saya meraung melihat jari telunjuk tangan kiri yang sudah putus,” katanya.

Ibu mangsa, Norehan Embong, 39, berkata sewaktu kejadian, dia berada di dalam rumah dan bergegas keluar selepas mendengar jeritan anaknya. Suaminya, Muda Salleh kemudian menghantar anak mereka ke hospital. “Syukurlah anak saya hanya kehilangan sebatang jari manakala jari lain patah tetapi masih lagi dapat digunakan walaupun perlu menunggu lama untuk sembuh,” katanya.

Norehan berkata, seorang lagi anaknya menemui jari yang putus itu dan membawa ke hospital tetapi doktor memaklumkan ia tidak dapat disambung kerana sudah dicemari kuman.

wai peng[L6A]

Posts : 7
Join date : 2009-07-07
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum