50 mat rempit ikuti program pemulihan

View previous topic View next topic Go down

50 mat rempit ikuti program pemulihan

Post  S.Teng(U6A/2010) on Sat Sep 19, 2009 9:59 am

PUTRAJAYA 18 Sept. - Seramai 50 orang mat rempit berusia 18 hingga 25 tahun bakal menyertai kumpulan pertama program pemulihan khas Remaja Perkasa Negara bagi membentuk mereka menjadi belia yang berjaya dalam kehidupan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek perintis di bawah Permata Negara itu yang dijadual bermula awal Januari depan akan mendedahkan mereka dengan kemahiran memimpin dan menguasai diri.

Menurutnya, program tersebut memakan masa antara dua minggu hingga enam bulan dan akan dilaksanakan di sebuah pusat khas terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

"Mereka (mat rempit) yang terpilih ini merupakan golongan tegar dan telah melakukan kesalahan sama berulang kali.

"Program ini bukan bertujuan menghukum tetapi memberi keyakinan supaya mereka menjadi manusia berguna dan lebih berjaya," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program Permata Negara di sini hari ini.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Najib menambah, golongan remaja bermasalah termasuk pesalah juvenil juga akan dikenakan hukuman khidmat masyarakat dan bukan lagi dipenjarakan.

Jelasnya, langkah tersebut dilihat lebih berkesan dalam usaha pemulihan daripada dihantar ke penjara kerana dikhuatiri akan mendedahkan mereka dengan golongan penjenayah yang lebih berbahaya.

"Peruntukan undang-undang mengenai perkara ini sudah pun diluluskan.

"Mereka yang terlibat dengan hukuman ini juga akan dipantau dan dibimbing kepada orientasi lain yang boleh memberi kesan positif," ujarnya.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat berkenaan juga bersetuju melaksanakan beberapa program di bawah Permata Negara, iaitu Program Permata Pintar, Program Permata Seni dan Program Permata Insan.

Program Permata Pintar akan disertai oleh 405 pelajar berkebolehan tinggi dan luar biasa dari seluruh negara untuk menyertai kem motivasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada awal 2011.

Program Permata Seni pula memberi fokus kepada kegiatan koir dan seni muzik.

Sebagai permulaan, seramai 33 pelajar telah terpilih untuk menyertai kumpulan koir bertaraf antarabangsa seperti Vienna Boys' Choir.

Pada masa sama, Program Permata Insan melibatkan para pelajar sekolah agama rendah (SAR) berusia antara sembilan hingga 12 tahun yang cemerlang dalam akademik bagi melahirkan golongan yang bukan sahaja mahir dalam agama tetapi berpotensi menjadi profesional teknokrat dan saintis.

Program Permata Negara yang diperkenalkan pada 2006 sehingga kini berjaya mewujudkan 427 Pusat Anak Permata Negara melibatkan 17,565 orang kanak-kanak.

Penubuhannya telah memberi faedah kepada 540 kontraktor kelas F dan peluang pekerjaan kepada 1,196 orang.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: 50 mat rempit ikuti program pemulihan

Post  leeyoong_U6B on Sat Sep 19, 2009 12:36 pm

Memang tidak dinafikan bahawa langkah ini memang lebih berkesan jika dibandingkan dengan penghantaran mat rempit ke penjara. Ini merupakan satu peluang yang agak baik bagi mereka untuk berubah... Alangkah baiknya kalau mat rempit dapat menyesalkan terhadap perbuatan sebelum dan berubah untuk menjadi manusia yang lebih berguna dan berjaya pada masa depan..
Saya menyokong sepenuhnya program ini~ Kita haruslah mendorong mat rempit supaya memberanikan diri untuk berubah.. "Opportunities wait for nobody"...
Semoga program-program semua ini dapat membantu mat rempit mengubahkan kehidapan mereka.. Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Mat rempit ? Pemulihan?

Post  yeow_U6A/2010 on Sun Sep 20, 2009 9:32 am

Bagus bagus ! Program yang terunggul ! Para Mat Rempit padan muka...
Mat Rempit berani mati ! Kerajaan berani tangkap!

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

View user profile

Back to top Go down

Re: 50 mat rempit ikuti program pemulihan

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] on Sun Sep 20, 2009 2:21 pm

yeow_L6A wrote:Bagus bagus ! Program yang terunggul ! Para Mat Rempit padan muka...
Mat Rempit berani mati ! Kerajaan berani tangkap!

ehh bang yeow... i dengar u pun mat rempit jugak...

satu lagi program intensif drpd kerajaan msia...

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: 50 mat rempit ikuti program pemulihan

Post  HanXin (U6A/10) on Wed Sep 23, 2009 3:08 pm

eh..... pada waktu tengah malam banyak mat rempit di Jln Tuanku Abdul Rahman dan Jln Raja Laut, harapkan program ini dapat berkesan

HanXin (U6A/10)

Posts : 19
Join date : 2009-09-14

View user profile

Back to top Go down

Re: 50 mat rempit ikuti program pemulihan

Post  S.Teng(U6A/2010) on Fri Sep 25, 2009 7:41 pm

leeyoong_L6B wrote:Memang tidak dinafikan bahawa langkah ini memang lebih berkesan jika dibandingkan dengan penghantaran mat rempit ke penjara. Ini merupakan satu peluang yang agak baik bagi mereka untuk berubah... Alangkah baiknya kalau mat rempit dapat menyesalkan terhadap perbuatan sebelum dan berubah untuk menjadi manusia yang lebih berguna dan berjaya pada masa depan..
Saya menyokong sepenuhnya program ini~ Kita haruslah mendorong mat rempit supaya memberanikan diri untuk berubah.. "Opportunities wait for nobody"...
Semoga program-program semua ini dapat membantu mat rempit mengubahkan kehidapan mereka.. Very Happy

Bagus..kalau program ini dapat mengubah mereka menjadi manusia yang berguna dan berjaya pada masa depan, saya pun menyokong sepenuhnya! Very Happy

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: 50 mat rempit ikuti program pemulihan

Post  Sponsored content Today at 3:29 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum