Tragedi 28 Ramadan

View previous topic View next topic Go down

Tragedi 28 Ramadan

Post  lisee(U6A) on Sat Sep 19, 2009 8:57 am

4 beranak rentung; 3 mati tersepit

SUNGAI PETANI: Dua hari menjelang Aidilfitri esok, tujuh lagi maut dalam dua nahas ngeri termasuk membabitkan empat beranak rentung apabila Perodua Myvi yang dinaiki terbakar selepas merempuh sebuah treler di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bedong di sini, semalam.

Di Jalan Persekutuan Teluk Intan-Klang dekat Sungai Panjang, Sabak Bernam pula tiga orang termasuk dua beradik terbunuh apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.

Kedua-dua nahas itu berlaku tidak sampai 24 jam selepas kemalangan yang meragut nyawa lima orang daripada dua keluarga di Kilometer (KM) 76, Jalan Tanah Merah-Jeli, Kelantan, kelmarin.

Dalam kejadian di KM 94.7 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, kira-kira jam 6.30 pagi semalam, empat beranak itu rentung selepas terperangkap dalam kereta mereka sebaik merempuh sebuah treler yang terbalik dan merintangi laluan lebuh raya berkenaan.

Mangsa dikenali Yusof Ahmad, 53, yang juga Penolong Pegawai Penyelidik (Hartanah) di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), isterinya, Hasnah Hamzah, 52, serta dua anak perempuan mereka, Hazwani Izati, 23 dan Hafizatul Halimi, 20.

Difahamkan, ketika kejadian empat beranak itu dalam perjalanan ke sebuah hospital di Pulau Pinang untuk membawa Yusof mendapatkan rawatan ketumbuhan dalam perut.

Kemalangan itu turut membabitkan dua lagi kereta termasuk satu daripadanya juga terbakar, tetapi kedua-dua pemandunya, Kamaruzaman Husein, 36 dan Azhar Abd Rahman, 38, parah dan sempat diselamatkan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, berkata ketika kejadian keadaan jalan berkabus dan gelap.

Beliau berkata, treler yang dalam perjalanan ke Butterworth dikatakan hilang kawalan dan terbalik serta menggelungsur kira-kira 30 meter sebelum merempuh pembahagi jalan dalam keadaan melintang.

Katanya, tiga kenderaan di belakang termasuk Perodua Myvi berkenaan pula tidak sempat mengelak dan merempuh treler terbabit.

"Pemandu Myvi dan tiga penumpangnya terperangkap dan rentung bersama kenderaan itu. Bagaimanapun, pemandu dua lagi kenderaan, iaitu Naza Citra dan Perodua Viva, sempat diselamatkan oleh pengguna jalan raya sebelum satu daripada kenderaan terbabit turut terbakar," katanya.

Dua pemandu itu kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim di sini, manakala pemandu treler berusia 23 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam sepanjang kira-kira 20 kilometer arah selatan lebuh raya apabila laluan itu ditutup untuk memudahkan kerja pengalihan kenderaan terbabit.

Semua kenderaan diarah menggunakan susur keluar ke Gurun dan Sungai Lalang sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Di SABAK BERNAM, dua beradik, CT Zubaidah Zainal Abidin, 25, dan Zainudin Zainal Abidin, 24, serta seorang rakan mereka, Izora Yusuf, 22, meninggal dunia selepas kereta mereka bertembung dengan sebuah lori di KM 60 Jalan Persekutuan Teluk Intan-Klang dekat Sungai Panjang.

Dalam kejadian 10 pagi itu, kepala seorang mangsa hampir putus dan pasukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mayat semua mangsa yang tersepit dan terperangkap dalam kereta yang remuk itu.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussain Omar, berkata kereta yang dipandu Zainudin dikatakan cuba memotong kenderaan lain sebelum terbabas dan berlanggar dengan lori 12 tan tanpa muatan itu dari arah bertentangan.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

View user profile

Back to top Go down

Re: Tragedi 28 Ramadan

Post  lisee(U6A) on Sat Sep 19, 2009 9:20 am

Pemandu harus berhati-hati memandu terutamanya pada musim perayaan masa ini.Hal ini disebabkan banyak orang akan pulang ke kampung sempena Hari Aidilfitri.Kemalangan jalan raya mudah berlaku.
Langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya:
i)Pemandu harus memeriksa kenderaan dengan teliti terutamanya sebelum memulakan perjalanan jauh untuk keselamatan diri dan keluarga juga.
ii)Pemandu perlu memastikan diri tidak meminum arak sebelum memandu dan tidak rasa mengantuk.
iii)"Biar lambat asalkan selamat".Pemandu sepatutnya memandu dengan cermat dan mematuhi undang-undang.
iv)Pemandu juga harus mempunyai sikap yang bertanggungjawab dan mulia semasa memandu seperti tidak memotong kenderaan lain,tidak asyik membunyikan hon semasa kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

View user profile

Back to top Go down

Re: Tragedi 28 Ramadan

Post  leeyoong_U6B on Sat Sep 19, 2009 12:59 pm

Menurut berita Utusan Malaysia semalam, penunggang motosikal merupakan penyumbang utama bagi berlakunya kemalangan jalan raya.... Sebagai penunggang motosikal, mereka haruslah mengurangkan kelajuan dan menunggang dengan cermat~ "Biar lambat asalkan selamat"....
Di samping itu, bagi menjaga lalu lintas lebuh raya, kerajaan juga telah membeli 3 helicopter.. Langkah akan diambil sekiranya kerajaan mendapati sesiapa tidak mematuhi peraturan jalan raya...

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Tragedi 28 Ramadan

Post  LiewJoey(LSB) on Sat Sep 19, 2009 2:52 pm

Setakat ini, saya berasa apa yang pihak kerajaan lakukan , tidak dapat mengurangkan kadar kemalangan dengan efisien, saya "wonder" apakah kegunaan langsung helikopter dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan, kerana ia tidak dapat membantu apa-apa secara terus pada masa mendapati kawasan yang kesesakan jalan raya itu..
Sebaliknya, saya berasa pihak kerajaan boleh mengenakan saman yang lebih berat serta meletakkan halangan atau mengadakan "road blok" di jalan raya dari semasa ke semasa supaya dapat memantau dan mengawal kelajuan kenderaan pengguna jalan raya.
Pengguna jalan raya juga perlulah sentiasa mengingati sendiri tentang kelajuan kenderaan dan memastikan kenderaan dan juga diri sendiri berada dalam keadaan yang baik dan segar.Elakkan daripada memotong kenderaan lain dan tidak mengikut kenderaan lain dengan terlalu ketat.Ingat!! segala perbuatan pemandu itu akan mempengaruhi nasib keluarganya dan orang yang dikasihi. I love you

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Tragedi 28 Ramadan

Post  WAN SEN (U6A) on Tue Sep 22, 2009 7:33 am

31 korban nahas raya semalam

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Sebanyak 31 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada hari pertama sambutan Aidilfitri semalam - angka kematian tertinggi dalam sehari sejak Ops Sikap diperkenalkan lapan tahun lalu.

Jumlah korban tertinggi dalam sehari sebelum ini ialah seramai 29 orang iaitu semasa Ops Sikap IX pada 5 November 2005.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, angka korban dalam nahas semalam mengakibatkan jumlah kematian keseluruhan sejak Ops Sikap Ke-20 bermula lapan hari lalu meningkat dengan mendadak kepada 144 orang.

Menurutnya, angka itu memperlihatkan peningkatan sebanyak 19 kes berbanding 125 kematian dalam tempoh sama pada Ops Sikap ketika perayaan Aidilfitri tahun lepas.

Jelasnya, penunggang dan pembonceng motosikal masih mencatatkan kematian tertinggi dengan 18 kematian diikuti tujuh kematian melibatkan kereta, basikal dan pejalan kaki masing-masing dua kematian manakala van dan lori mencatatkan satu kematian.

Beliau memberitahu, sebanyak 1,031 kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku di seluruh negara semalam.

"Sebanyak 340 kes berlaku di jalan bandaran, jalan persekutuan (277), jalan negeri (225), lebuh raya (71) dan jalan-jalan lain (118)," ujarnya.

Abdul Aziz berkata, sebanyak 29 kes kemalangan maut dilaporkan dengan majoriti kematian melibatkan penunggang motosikal.

Tambahnya, 14 kes kemalangan maut berlaku di jalan persekutuan, jalan negeri (6), lebuh raya (4), jalan bandaran (3) dan lain-lain jalan (2).

Menurutnya, 4,766 saman meliputi pelbagai jenis kesalahan dikeluarkan kepada pesalah trafik semalam.

Ops Sikap Ke-20 akan diteruskan sehingga 27 September depan bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri.

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

View user profile

Back to top Go down

Re: Tragedi 28 Ramadan

Post  HanXin (U6A/10) on Wed Sep 23, 2009 2:47 pm

12 lagi korban Ops Sikap Aidilfitri kedua Sad
KUALA LUMPUR 22 Sept. - Sebanyak 12 lagi kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan di seluruh negara pada Hari Raya Aidilfitri kedua semalam, menjadikan jumlah terkorban sempena Ops Sikap Ke-20 meningkat kepada 156 orang.

Penunggang dan pembonceng motosikal terus mendahului senarai angka korban dengan enam kematian diikuti kereta (tiga), pejalan kaki (dua) dan seorang penunggang basikal.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata, masing-masing lima kemalangan maut dilaporkan berlaku di jalan persekutuan dan jalan bandaran.

Beliau berkata, lebuh raya dan lain-lain jalan pula mencatatkan masing-masing satu kemalangan.

Tambahnya, secara keseluruhan sebanyak 985 kes kemalangan dilaporkan di seluruh negara, semalam.

''Daripada jumlah itu sebanyak 342 kemalangan jalan raya dicatatkan di jalan persekutuan, jalan bandaran (306), jalan negeri (202), lebuh raya (83) dan lain-lain jalan sebanyak 52 kes,'' katanya.

Menurut beliau, sepanjang tempoh itu juga, polis trafik telah mengeluarkan sebanyak 7,078 saman membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya.

Ops Sikap Ke-20 yang akan tamat sehingga 27 September ini adalah bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri.

HanXin (U6A/10)

Posts : 19
Join date : 2009-09-14

View user profile

Back to top Go down

Re: Tragedi 28 Ramadan

Post  HanXin (U6A/10) on Thu Sep 24, 2009 9:53 am

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 kematian dicatat pada hari ke-11 Ops Sikap ke-20 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula 13 September lalu kepada 192 mangsa.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Superintendan Rasdi Ramli, berkata daripada 15 kematian itu, 10 terdiri daripada pengguna motosikal, tiga pengguna kereta, seorang pengguna van dan seorang pejalan kaki.

Jalan bandaran mencatatkan kemalangan paling tinggi dengan 408 kes, diikuti jalan persekutuan (378 kes), jalan negeri (219 kes), lebuh raya (97 kes) dan jalan-jalan lain (69 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 1,171 kes, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi semalam, sebanyak 10,373 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-20 akan diteruskan sehingga Ahad ini, bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri.

HanXin (U6A/10)

Posts : 19
Join date : 2009-09-14

View user profile

Back to top Go down

Re: Tragedi 28 Ramadan

Post  yeow_U6A/2010 on Thu Sep 24, 2009 10:14 am

Kemalangan, mengakibatkan orang cedera, mungkin juga mati ! Pada hari yang paling mulia tercatat hari yang paling kejam! Walaupun pemandu diberi saman dan 'road block' dijalankan. Pemandu di luar harus berjaga-jaga. Harap-harap tahun depan tiada kematian berlaku.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

View user profile

Back to top Go down

Re: Tragedi 28 Ramadan

Post  Sponsored content Today at 11:19 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum