PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon

Go down

Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon Empty Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon

Post  CikguPA Thu Jul 30, 2009 4:57 pm

Bincangkan dari aspek:

1. Konsep/Definasi.

2. Punca Penipisan ozon.

3. Kesan kepada manusia dan alam sekitar,

4. Langkah mengatasi/mencegahnya.

tq
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon Empty Re: Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon

Post  CikguPA Sun Aug 02, 2009 6:04 am

Konsep Penipisan lapisan Ozon.

- Berlaku di ruang Stratosfera. Melibatkan pemusnahan ikatan kovalen tiga atom oksigen yang membentuk lapisan ozon leh Kloroflorokarbon (CFC) dab Halon yang juga dibebaskan daripada industri dan pengguna. CFC mudah bertindak balas dengan atom oksigen dalam ozon membentuk klorin monoksida(GLO). ikatan kovalen GLO akan putus apabila menerima sinar lembayung (UV) matahari dan akan membebaskan atom klorin yang akan menyerang pula atom oksigen yang lain. Proses yang berterusan akan menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan seterusnya meningkatkan kemasukan bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon Empty Re: Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon

Post  CikguPA Sun Aug 02, 2009 8:50 am

Punca-punca

1. Perindustrian- industri yang membebaskan kloroflorokarbon dan halon seperti industri pendingin hawa, industri keluaran foam, industri aerosol, industri kimia dan lain-lain.

2. Ujian nuklear

3. Penggunaan kenderaan bermotor

4. Penyahutanan

5. kebakaran hutan
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon Empty Re: Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon

Post  CikguPA Sat Aug 08, 2009 11:46 am

kesan-kesan

1. Gangguan kesihatan seperti strok haba, penyakit kulit. mudah demam, ketarak mata, kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuauca panas.

2. Menjejaskan bekalan air kepada penduduk - Cuaca panas melampau/kemarau menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai dan tasik dan empangan akan terjejas seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk juga terjejas.

3. Cepat merebaknya penyakit seperti taun dan malaria yang amat merbahaya kepada manusia dan boleh membawa maut.

4. Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti riadah kerana cuaca terlalu panas.

5. Risiko banjir laut dan penennggelaman kawasan daratan pantai yang munkin menjadi petempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia meningkat.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon Empty Re: Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon

Post  CikguPA Fri Aug 14, 2009 5:52 pm

Langkah-langkah mengurangkan/mencegah

1. Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
- Denda, kompaun, menarik lesen ke atas penyumbang masalah/punca penipisan ozon.
- Laporan EIA bagi projek pembangunan kepada Pengarah JAS

2. Pengurusan strategik
- Guna Tenaga alternatif
- Mengurangkan ujian tenaga nuklear
- Mengurangkan pembakaran terbuka
- Sektor pertanian menggunakan kaedah tebang reput, guna baja organik dan teknik kawalan biologi
- Melakukan penghutanan semula/perladangan hutan

3. Pendidikan
-kempen, forum, seminar kepentingan menjaga alam sekitar.
-pendidikan melalui subjek di sekolah.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon Empty Re: Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon

Post  CikguPA Sun Aug 16, 2009 4:36 am

Kepentingan Ozon
Ozon tertumpu di bawah stratosfera di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali sebagai 'lapisan ozon'. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan tenaga sinaran ultra-lembayung (UV) daripada matahari.

Ozon (O3) dihasilkan apabila O2 menyerap sinaran uv pada jarak gelombang 242 nanometer dan disingkirkan dengan foto-pengasingan dari sinaran bagi jarak gelombang yang besar daripada 290 nm. O3 juga merupakan penyerap utama sinaran uv antara 200 dan 330 nm. Penggabungan proses-proses ini adalah efektif dalam mengekalkan kemalaran bilangan ozon dalam lapisan dan penyerapan 90% sinaran uv.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon Empty Re: Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon

Post  CikguPA Sun Aug 16, 2009 4:39 am

Kegunaan ozon
Ozon digunakan dalam bidang perubatan untuk mengubati pesakit dengan cara terkawal dan mempunyai penggunaan yang meluas seperti di Jerman. Antaranya ialah untuk rawatan kulit terbakar.

Manakala dalam perindustrian, ozon digunakan untuk:-

1. menyah-kuman sebelum dibotolkan (antiseptik),
2. menghapuskan pencemaran dalam air (besi, arsenik, hidrogen sulfida, nitrite, dan bahan organik kompleks yang dikenali sebagai warna),
3. membantu kepada proses flocculation (proses pengabungan molekul membantu penapis menghilangkan besi dan arsenik),
4. mencuci, dan memutihkan kain (dipaten),
5. membantu mewarnakan plastik,
6. menentukan ketahanan getah.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon Empty Re: Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon

Post  CikguPA Thu Aug 27, 2009 3:20 am

PENIPISAN LAPISAN OZON

1. Akibat penipisan lapisan ozon

(a) Kerosakan lapisan ozon boleh menjejaskan kesihatan manusia kerana pancaran ultraungu yangmempunyai gelombang antara 290-320 namometer boleh mengakibatkan:

-Penyakit barah kulit seperti melanoma ini disebabkan gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi yang menyebabkan pembahagian sel-sel yang tidak teratur.
Kajian membuktikan bahawa pengurangan 1 peratus dalam lapisan ozon akan mengakibatkan pertambahan sebanyak 5 peratus dalam kes penyakit barah kulit. Masalah ini lebih serius di negara-negara barat kerana kebanyakan penduduknya berkulit putih yang lebih peka atau sensitif kepada pancaran ini.

-Penyakit mata

Sekiranya seseorang itu terlalu lama terdedah kepada pancaran ultraungu, dia akan menghidap penyakit ketarak yang boleh menyebabkan buta. Penyakit ini lebih teruk di negara-negara sedang membangun kerana penduduknya kurang mampu membiayai pembedahan mata dan membeli cermin mata untuk mengelakkan pancaran ini.
- Sistem imunisasi

Kajian juga menunjukkan bahawa radiasi ultraungu boleh merosakkan sistem imunisasi menusia, menyebabkan seseorang itu menjadi lemah dan tidak berdaya untuk menentang ancaman penyakit seperti radang paru-paru.

- Molekul asas kepada semua benda hidup

Pancaran ultraungu C yang panjang gelombangnya antara 240-290 namometer pula masih belum sampai ke bumi. Namun demikian, penyelidikan dalam makmal menunjukkan ia boleh memusnahkan asid-asid nukleik (RNA dan DNA) dan protein yang merupakan molekul asas kepada semua benda hidup.
Jika kerosakan lapisan ozon kian bertambah, suatu hari nanti pancaran dijangka akan sampai ke bumi dan mungkin pada ketika itu bumi ini akan kiamat.


(b) Kerosakan lapisan ozon membawa kesan negatif kepada sektor pertanian.

- Radiasi ultraungu 8 boleh mengurangkan hasil tanaman kerana ia bukan saja mengurangkan kandungan air dalam tumbuh-tumbuhan, bahkan menjejaskan proses fotosintesis.Umpamanya, kajian yang dijalankan oleh ahli botani Alan Teramura dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa kandungan lemak dan zat protein untuk tanaman kacang soya merosot apabila terkena pancaran ultraungu.
- Kerosakan ozon juga menjejaskan industri pembalakan.
Pancaran ultraungu mengakibatkan tumbuh-tumbuhan mengambil masa yang lebih panjang untuk membesar. Maka ini mengurangkan pengeluaran kayu balak dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara-negara yang bergantung kepada industri pembekalan atau industri yang berasaskan kayu-kayuan.


(c) Kerosakan ozon menimbulkan akibat buruk kepada hidupan laut.

- Mikroorganisma di dalam air seperti plankton memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Yang demikian, plankton berada dekat dengan permukaan air dan sangat peka kepada perubahan pancaran matahari.
- Jika mikroorganisma ini terdedah kepada pancaran ultra-ungu yang keterlaluan, lama-kelamaan ia akan mati. Kejadian ini akan mengurangkan sumber makanan untuk hidupan laut, akibatnya bekalan ikan merosot dan ini sudah tentu menjejaskan sumber protein bagi manusia.


(d) Kerosakan lapisan ozon yang semakin berleluasa akibat pertambahan CFC akan menyebabkan kenaikan suhu dunia.

- Ekoran daripada perubahan ini, suhu dunia dijangka akan meningkat sebanyak 5 darjah celcius sebelum pertengahan abad yang akan datang. Perubahan ini bukan sahaja mengakibatkan glasier di Kutub Artik dan Kutub Antartika mula cair, bahkan menyebabkan pemanasan dan pengembangan isipadu air laut.
- Lantaran itu, menjelang tahun 2020, pakar-pakar saintis meramalkan paras laut akan naik sebanyak 5 meter hingga 7 meter dan akan menenggelamkan kawasan-kawasan rendah seperti Maldives, Bangladesh dan Amzon di Amerika.


2. Langkah-langkah mengawal atau membendung masalah penipisan lapisan ozon.

(a) Mengurangkan penggunaan CFC dalam pelbagai industri.

- Penggunaan CFC dengan banyak dalam pelbagai industri akan meningkatkan pembebasan CFC yang banyak ke atmosfera dan selanjutnya mendatangkan kerosakan lapisan ozon.
- Pengawalan penggunaan misalnya melalui undang-undang atau peningkatan cukai import untuk meningkatkan kos CFC akan mengurangkan pembaziran dan penggunaannya dan seterusnya kurangkan pembebasan CFC ke atmosfera.
- Menggalakkan dan mengutamakan teknologi tanpa CFC dalam perindustrian misalnya alat pendingin udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat Interlink Corporation di Malaysia.
- Kerajaan Singapura mengharamkan penggunaan alat pendingin udara kenderaan tidak berapa lama yang lalu adalah satu contoh yang baik ke arah ini.


(b) Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti kloroflokarbon (CFC).

- Mencari dan memajukan bahan alternatif yang boleh menggantikan peranan CFC dalam pelbagai industri tetapi tidak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar adalah satu jalan yang terbaik.
- Jika tidak ada satu bahan kimia yang dapat menggantikan semua fungsi CFC sebagai agen pembersih, dalam industri elektronik, pendingin dalam alat pendingin udara dan agen pengembang dalam keluaran foam, konsep beberapa bahan kimia untuk menggantikan CFC ini boleh diamalkan.
- Contoh fungsi CFC dalam industri foam boleh digantikan poliols lembut, metilen klorida asid formik atau teknik `vacuum expansion', gas helium mungkin menggantikan fungsi CFC dalam alat pendingin udara sebagai agen pendingin.


(c) Kerjasama dan komitmen antarabangsa.

- Masalah pemusnahan lapisan ozon adalah satu masalah sejagat. Oleh itu kerjasama antara semua negara dalam dunia untuk mengatasinya adalah perlu.
- Badan pencinta alam sedunia dan PBB adalah berperanan penting dalam mengadakan konvesyen, persidangan untuk menimbulkan kesedaran ketua-ketua negara yang mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka secara langsung dalam mengatasi masalah ini.
- Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan mengawal pengeluaran serta penggunaan CFC yang dikenali sebagai protokol telah dipersetujui. Malaysia bersama 65 negara lain telah menandatangani perjanjian ini. Satu persidangan antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera telah diadakan di USM pada 20-23 Februari 1990.


(d) Komitmen dan usaha peringkat nasional.

- Pihak kerajaan boleh galakkan dan beri insentif untuk penyelidikan mencari bahan ganti.
- Mengadakan kempen dan pendidikan untuk menimbulkan kesedaran awam tentang bahaya dan langkah yang perlu diambil untuk masalah penipisan ozon ini.
- Menetapkan dasar dan undang-undang bagi mengawal penggunaan bahan CFC dalam negara.
(e) Tindakan atau peranan sebagai pengguna dalam mengawal masalah penipisan ozon.

- Galakan penggunaan bahan ganti keluaran CFC atau halon.
- Tidak membuang sisa barang CFC seperti peti sejuk dan alat pendingin udara yang rosak merata tempat.
- Memberi sokongan dan kerjasama kepada kempen galakan penggunaan semula dan pemulihan.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon Empty Re: Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum