Kajian Kesan Penggunaan Telefon bimbit

View previous topic View next topic Go down

Kajian Kesan Penggunaan Telefon bimbit

Post  CikguPA on Sun Aug 16, 2009 4:11 am

Pengguna telefon bimbit mudah lupa: Kajian


MELBOURNE: Satu kajian mendapati pengguna muda telefon bimbit yang kerap mempunyai ingatan yang kurang baik, tindak balas yang perlahan terhadap masa dan membuat banyak kesilapan.

Kajian di kalangan 300 pelajar berumur 12 hingga 14 tahun dari 20 sekolah swasta dan negeri di Melbourne baru-baru ini menunjukkan kanak-kanak yang banyak menggunakan telefon bimbit kemungkinan mengorbankan ketepatan bagi mencapai kelajuan.

Kajian oleh penyelidik dari Monash University itu menunjukkan kanak-kanak disifatkan sebagai pengguna telefon bimbit yang tinggi kemungkinan besar mempunyai kurang ingatan, bertindak perlahan terhadap sesuatu tanggung jawab dan melakukan lebih banyak kesilapan daripada para pelajar yang kurang menggunakan telefon bimbit.

"Kami mengambil kira umur, jantina, etnik dan status sosio-ekonomi di dalam penyelidikan kami.

"Secara mudahnya, telefon mudah alih mungkin mengajar kanak-kanak untuk mencapai kelajuan daripada ketepatan," kata kata salah seorang penyedia laporan itu, Dr Geza Benke, kepada Australian Associated Press.

Laporan Monash University itu mendapati penggunaan telefon bimbit secara keseluruhannya dikaitkan dengan tindak balas yang cepat tetapi kurang tepat kepada paras ujian kognitif yang lebih tinggi.

CikguPA

Posts: 354
Join date: 2008-11-26
Age: 46
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Kajian Kesan Penggunaan Telefon bimbit

Post  CikguPA on Thu Sep 24, 2009 7:01 am

Telefon bimbit antara punca kemalangan
SEREMBAN 23 Sept. - Penggunaan telefon bimbit ketika memandu dikena pasti sebagai salah satu faktor penyumbang kemalangan membabitkan pengguna jalan raya.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Sembilan, Mohd. Rusdi Ismail berkata, kesedaran tentang bahaya menggunakan telefon bimbit ketika memandu di kalangan pengguna jalan raya di negeri ini masih berada pada tahap yang membimbangkan.

''Berdasarkan pemerhatian dan rondaan yang dijalankan pihak JKJR, kami mendapati masih ramai pemandu yang leka menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan ketika memandu.

''Ia dikenal pasti sebagai salah satu penyebab kemalangan di mana pemandu gagal untuk memberikan fokus sepenuhnya terhadap pemanduan ketika berada di jalan raya," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau yang kesal terhadap kedegilan segelintir pemandu itu menegaskan, nyawa lebih bernilai jika ingin dibandingkan dengan alat tersebut yang boleh didapati dengan begitu murah di pasaran.

"Walaupun pihak penguat kuasa mengambil serius mengenai perkara ini, masih ramai pengguna jalan raya yang memandang remeh terhadap faktor ini," jelasnya.

Tambah Mohd. Rusdi, selain penggunaan telefon bimbit, JKJR negeri juga memberikan penekanan terhadap dua lagi kempen sepanjang hari raya iaitu 'kelajuan boleh membunuh' dan 'gunakanlah pengangkutan awam untuk balik ke kampung khususnya untuk penunggang motosikal'.

Katanya, kempen tersebut akan dilaksanakan menerusi kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa agensi berkaitan lain.

"Mengikut perangkaan pihak PDRM dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), kadar kemalangan maut akibat memandu laju masih tinggi berbanding faktor-faktor lain.

Dalam pada itu katanya, langkah menggalakkan penunggang motosikal menggunakan pengangkutan awam dijangka dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan membabitkan motosikal.

"Kepada penunggang dan pembonceng motosikal yang terpaksa pulang berhari raya dengan motosikal sendiri, kami nasihatkan mereka melakukan perjalanan pada waktu siang.

"Jika terpaksa juga melakukan perjalanan pada waktu malam, pastikan motosikal berada dalam keadaan baik dari segi lampu hadapan dan belakang, berpakaian cerah dan pakai jaket pemantul cahaya," katanya.

CikguPA

Posts: 354
Join date: 2008-11-26
Age: 46
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Kajian Kesan Penggunaan Telefon bimbit

Post  leeyoong_U6B on Thu Oct 01, 2009 11:04 am

Memang tidak dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit akan menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya... Berbual menggunakan telefon bimbit sambil memandu amat berbahaya... Pemandu tidak dapat menumpukan semua perhatian terhadap pemanduan ketika berada di jalan raya. Dengan ini, kemalangan jalan raya akan berlaku secara tidak langsung...

CikguPA wrote:Kajian di kalangan 300 pelajar berumur 12 hingga 14 tahun dari 20 sekolah swasta dan negeri di Melbourne baru-baru ini menunjukkan kanak-kanak yang banyak menggunakan telefon bimbit kemungkinan mengorbankan ketepatan bagi mencapai kelajuan.
Kajian oleh penyelidik dari Monash University itu menunjukkan kanak-kanak disifatkan sebagai pengguna telefon bimbit yang tinggi kemungkinan besar mempunyai kurang ingatan, bertindak perlahan terhadap sesuatu tanggung jawab dan melakukan lebih banyak kesilapan daripada para pelajar yang kurang menggunakan telefon bimbit.

Ini ialah pertama kali saya membaca ini.. Memang tidak sangka penggunaan muda telefon bimbit yang kerap akan mengakibatkan mempunyai ingatan yang kurang baik, tindak balas yang perlahan terhadap masa dan membuat banyak kesilapan... Crying or Very sad

leeyoong_U6B

Posts: 221
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Telefon bimbit punca tumor otak

Post  CikguPA on Sun Oct 25, 2009 5:20 am

Kajian WHO dapati kes barah meningkat ketara sejak 10 tahun lalu

LONDON: Satu kajian yang diawasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dilakukan selama sedekad dilaporkan akan mengesahkan penggunaan telefon bimbit berlebihan mendedahkan seseorang kepada risiko tumor otak.

Akhbar Britain The Daily Telegraph melaporkan semalam keputusan awalan kajian mendapati “risiko tumor otak meningkat secara ketara” dalam kes penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun atau lebih.

Ketua kajian itu berkata laporan berkenaan yang hasilnya akan didedahkan tidak lama lagi akan turut memuatkan “pesanan kesihatan awam.”

Akhbar itu berkata Jabatan Kesihatan Britain sudah empat tahun tidak mengemas kini panduannya berhubung penggunaan telefon bimbit.

Di bawah panduan sekarang, jabatan itu berkata bukti yang tersedia pada masa ini tidak menunjukkan penggunaan telefon bimbit membahayakan.

Namun ia menyarankan agar kanak-kanak tidak digalakkan membuat panggilan yang tidak perlu melalui telefon bimbit dan orang dewasa membuat panggilan yang singkat.

Kajian diawasi WHO itu menyiasat sama ada pendedahan kepada penggunaan telefon bimbit berhubung kait dengan tiga jenis tumor otak dan tumor kelenjar air liur.

Ketua kajian itu, Dr Elisabeth Cardis, menyokong diadakan amaran baru berhubung penggunaan telefon bimbit.

“Berikutan beberapa kajian yang menunjukkan frekuensi radio berkemungkinan memberi kesan, sikap waspada adalah penting,” katanya.

“Saya bersetuju dengan pandangan bahawa penggunaan telefon bimbit di kalangan kanak-kanak dihadkan.

“Tetapi saya tidak setuju penggunaan telefon bimbit diharamkan kerana ia sudah menjadi alat komunikasi yang penting,” katanya.

“Kaedah mengurangkan pendedahan seperti alat “bebas tangan” juga menarik dipertimbangkan,” katanya.

Kajian itu meliputi 13 negara dengan mengadakan temu ramah di kalangan lebih 12,000 pesakit tumor dan mereka yang sihat yang menggunakan telefon bimbit.- Agensi

CikguPA

Posts: 354
Join date: 2008-11-26
Age: 46
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Kajian Kesan Penggunaan Telefon bimbit

Post  CikguPA on Wed Dec 16, 2009 5:53 pm

Jangan guna telefon bimbit di stesen minyak: Petronas

KUALA LUMPUR: Kebakaran membabitkan dua kereta berlaku di Stesen Petronas Bandar Indera Mahkota di Kuantan semalam mengakibatkan kecederaan ringan terhadap pemandu kereta berkenaan.

Kenyataan dari Petronas Dagangan Berhad hari ini menjelaskan bahawa kemalangan jam 9.15 pagi itu berlaku di pam stesen itu dan api segera dipadamkan oleh kakitangannya.

Pemandu kereta pertama cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan sementara penumpang kereta kedua masih di bawah perhatian di hospital itu.

Pihak berkuasa dan wakil Petronas Dagangan ketika itu berada di tempat kejadian untuk membantu dan menjalankan siasatan lanjut tentang sebab kejadian itu.

Stesen itu kini ditutup sementara, kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Petronas Dagangan Berhad menasihatkan pelanggan mematuhi peraturan keselamatan di semua stesennya yang melarang keras penggunaan telefon selular, merokok dan membiarkan enjin hidup semasa mengisi minyak.

"Kami ingin menegaskan bahawa kami menganggap keselamatan pelanggan, pekerja, kontraktor dan orang awam sebagai amat penting di semua kawasan operasi kami," kata kenyataan itu.

- Bernama

CikguPA

Posts: 354
Join date: 2008-11-26
Age: 46
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum