Kadar tambang bas baru diperkenal

View previous topic View next topic Go down

Kadar tambang bas baru diperkenal

Post  HsianMin (U6B/2010) on Thu Aug 13, 2009 12:45 am

KUALA LUMPUR 16 Julai - Kerajaan hari ini mengumumkan kadar tambang baru bagi pengangkutan awam di seluruh negara yang menyaksikan kenaikan untuk kesemua jenis kategori perkhidmatan.

Kadar baru bagi semua kelas lesen merangkumi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas mini, bas pengantara, bas sekolah, teksi, teksi lapangan terbang dan kereta sewa itu bakal berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Kali terakhir tambang pengangkutan awam disemak ialah pada Mei 2005, manakala bagi bas sekolah pula pada April 2006.

Kadar tambang baru yang diumumkan itu merupakan had kadar maksimum (siling) dan pengusaha pengangkutan awam dibenar untuk mengenakan tambang lebih rendah daripada kadar tambang yang ditetapkan.

Bagaimanapun, tambang bas ekspres dan bas berhenti-henti yang mengalami kenaikan kira-kira 30 peratus boleh dirasionalisasikan dengan kadar tambang tambahan semasa (surcaj).

Oleh itu, ia bukan merupakan kenaikan baru apabila berkuat kuasa 1 Ogos ini kerana surcaj itu dimansuhkan dengan pengenalan tambang baru itu.

Ketika mengumumkan kadar tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, bagi Semenanjung, struktur baru itu akan menyaksikan tambang bas ekspres dinaikkan sebanyak dua sen bagi setiap kilometer.

Katanya, pada masa ini, kadar tambang bas ekspres yang dikenakan ialah 6.5 sen untuk setiap kilometer dan apabila berkuat kuasa 1 Ogos kelak, tambangnya akan menjadi 8.5 sen setiap kilometer.

Menurutnya, untuk bas sekolah kategori bandar, ia mengalami kenaikan sebanyak RM6.33 bagi bayaran bulanan, manakala untuk setiap kilometer berikutnya ia dinaikkan sebanyak 47 sen.

''Bagi bas sekolah kategori luar bandar, kenaikan yang diluluskan ialah sebanyak RM4.76 bagi bayaran bulanan diikuti dengan kenaikan sebanyak 47 sen bagi setiap kilometer.

''Untuk kategori bas sekolah luar bandar, bayaran bulanan yang dikenakan ialah sebanyak RM15.85 bagi setiap kilometer pertama dan RM1.55 bagi kilometer berikutnya,'' jelasnya.

Mohamed Nazri mengumumkan demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian Surat Tawaran Kelulusan Fasa 3 kepada 831 pemandu teksi Lembah Klang di sini hari ini.

Sementara itu, beliau menambah, bagi bas berhenti-henti di Kuala Lumpur, kenaikan dibuat mengikut zon yang akan menyaksikan kenaikan antara 25 sen sehingga 70 sen bagi setiap kilometer.

Katanya, untuk bas berhenti-henti berhawa dingin selain dari Kuala Lumpur pula, kenaikan yang diluluskan adalah sebanyak 22 sen bagi setiap dua kilometer diikuti kenaikan 2.2 sen bagi setiap kilometer berikutnya.

''Untuk yang tanpa berhawa dingin, tambangnya dinaikkan sebanyak 14 sen bagi dua kilometer pertama diikuti 2.2 sen bagi setiap kilometer berikutnya.

''Bagi bas mini, kadar tambangnya dinaikkan sebanyak 20 sen bagi satu arah perjalanan,'' ujarnya.

Bas pengantara turut mendapat kenaikan tambang sebanyak 10 sen untuk setiap pusingan perjalanan.

Untuk teksi di Lembah Klang, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Melaka pula dinaikkan dari RM2 untuk satu kilometer pertama kepada RM3, manakala dari segi jarak, kenaikan yang diluluskan ialah 10 sen untuk setiap 115 meter berbanding 10 sen untuk 150 meter sekarang.

Menurutnya, selain itu, bayaran bagi penumpang lebih dua orang dan bagasi yang diletakkan di but turut dimansuhkan manakala pemandu teksi dibenarkan mengenakan surcaj tengah malam bagi perjalanan yang melewati pukul 12 tengah malam.

Katanya, bagi teksi di Pulau Pinang pula, kadar kenaikannya adalah sebanyak RM1 untuk satu kilometer pertama dan 20 sen untuk satu kilometer berikutnya.

''Sementara itu, harga mengikut masa pula dinaikkan sebanyak 15 sen untuk setiap minit atau 10 sen untuk 21 saat berikutnya.

''Struktur baru ini turut menyaksikan kenaikan mengikut masa iaitu sebanyak RM1 untuk satu minit pertama menjadi kepada RM3 seminit diikuti 10 sen untuk setiap 21 saat berikutnya,'' tambahnya.

Mohamed Nazri berkata, bagi kereta sewa tanpa hawa dingin, kadar barunya menyaksikan kenaikan sebanyak 10.1 sen untuk setiap kilometer menjadikan 21.6 sen selain caj tambahan 50 sen bagi setiap penumpang.

Kata beliau, sementara itu, bagi kereta sewa yang berhawa dingin, kadar baru yang diumumkan menyaksikan kenaikan sebanyak 11.7 sen menjadi 25 sen setiap kilometer selain 50 sen caj tambahan bagi setiap penumpang.

''Bagi teksi lapangan terbang untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LKLIA) Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), kadar tambang yang dikenakan antara keduanya diseragamkan dengan kadar minimum ialah sebanyak RM3.20,'' jelasnya.


(Dipetik daripada herman@utusan.com.my)

______________________________________________________________________________________________


*Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) telah
mengumumkan tambang baru bagi perkhidmatan bas mengikut zon yang akan
berkuatkuasa mulai 1 September 2009.

RapidKL akan
memperkenalkan struktur tambang mengikut zon bagi semua 165 laluan bas,
sekali gus menggantikan tambang pas harian yang dilaksanakan RapidKL
ketika ini.



_________________________________________________________________________________________________


Rakan-rakan, berikan pandangan anda tentang pemansuhan tambang pas harian yang digantikan dgn tambang bus mengikut zon terhadap pengguna bas awam...

HsianMin (U6B/2010)

Posts: 84
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Kadar tambang bas baru diperkenal

Post  Khang Wei (U6B/2010) on Wed Aug 26, 2009 2:30 pm

Saya tidak tahu apakah kebaikan pemansuhan tambang pas harian...
Dan mengapakah Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) memperkenalkan sistem baru ini?

Khang Wei (U6B/2010)

Posts: 82
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Kadar tambang bas baru diperkenal

Post  xiaowen_U6B on Wed Sep 16, 2009 10:50 pm

Pada pendapat saya,struktur tambang mengikut zon menggantikan tambang pas harian yang dilaksanakan RapidKL ketika ini hanya membawa sedikit perubahan kepada konsesi iaitu pelajar berpakaian sekolah, begitu juga dengan dewasa.Perubahan yang paling ketara ialah tambang teksi yang telah dinaikkan harganya.Tambang teksi sekarang telah membebankan penumpang.

xiaowen_U6B

Posts: 71
Join date: 2009-06-16

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum