TAUFAN

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Ribut di Guatemala: Korban meningkat 40 orang

Post  CikguPA on Mon May 31, 2010 7:07 am

2010/05/31
BANDARAYA GUATEMALA: Hujan lebat dan banjir akibat ribut tropika Agatha di Guatemala dilaporkan semakin buruk dengan angka korban terbaru meningkat kepada 40 orang.

Laman web akhbar The Prensa Libre melaporkan, angka tidak rasmi menunjukkan seramai 80 orang terkorban akibat ribut bermusim itu.
Kawasan paling teruk dilanda bencana itu ialah perkampungan Solola apabila tanah runtuh melenyapkan 25 rumah dengan 15 penghuni terbunuh, 10 lagi masih dilaporkan hilang.

Datuk Bandar San Antonio Palopo, Andres Cumes, berkata mayat mereka yang terkorban akan dikebumikan segera bagi menangani merebaknya wabak penyakit.

Setakat ini anggota penyelamat sudah menjumpai tujuh mayat, termasuk dua kanak-kanak di sebuah kawasan di utara Guatemala City.

Sementara itu, jiran Guatemala, El Salvador, setakat ini dilaporkan sudah sembilan nyawa melayang akibat ribut sama melanda negara itu.

Presiden Mauricio Funes mengisytiharkan darurat di El Salvador berikutan ribut dijangka lebih buruk melanda, selain risiko tanah runtuh dan banjir kilat. - AFP

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: TAUFAN

Post  LEE WEI SHAN L6F 2010 on Tue Jun 01, 2010 4:06 pm

TAUFAN: Sejauh mana kesediaan kita (Malaysia)??


Taufan merupakan salah satu bencana alam yang amat dahsyat dan membinasakan. Laluannya yang jauh dan hayatnya yang panjang menjadikan kehadirannya amat mengerikan.

Beberapa bahaya berkaitan taufan ialah :


Luruan Ribut - Luruan ribut ialah suatu kubah air yang besar, lebarnya antara 50 hingga 100 batu yang melanda pinggir pantai berhampiran tempat taufan bertemu daratan. Taufan yang kuat dan perairan yang cetek akan menghasilkan luruan yang lebih tinggi. Luruan ribut mengancam nyawa dan harta benda terutamanya di kawasan sepanjang pantai.


Hujan Lebat - Hujan mencurah-curah dan menyeluruh, boleh menyebabkan banjir yang memusnahkan.


Angin Kencang - Daya angin taufan boleh memusnahkan bangunan dan struktur binaan yang tidak kukuh. Serpihan runtuhan akan berterbangan dalam taufan. Langkisau kuat boleh menumbangkan pokok dan memutuskan talian elektrik yang boleh menyebabkan gangguan besar.


nasihat dan amaran cuaca

Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia sentiasa berwaspada terhadap cuaca di sepanjang tahun. Semasa musim taufan, langkah memonitor ditingkatkan di mana lokasi dan keadaan semua taufan di barat Pasifik Utara diteliti jejaknya. Maklumat ini juga menjadi pelengkap kepada maklumat cuaca penerbangan yang diberikan kepada sektor penerbangan dan perkapalan.

Berikut ialah beberapa kategori berbeza tentang kenyataan, pandangan, nasihat dan amaran cuaca yang di keluarkan kepada media-massa :


Nasihat Hujan Lebat - dikeluarkan apabila ada kemungkinan hujan lebat akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam.


Amaran Hujan Lebat - dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan hujan lebat akan berlaku


Nasihat Angin Kencang dan Laut Bergelora - dikeluarkan apabila ada kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di perairan Malaysia akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam.


Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora - dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan angin kencang dan laut bergelora akan berlaku.


perkara penting yang perlu diberi perhatian



Dengar siaran radio dan televisyen yang rutin menyiarkan buletin cuaca dan pengumuman lain.


Ambil langkah-langkah sesuai dalam menghindari sebarang kemusnahan dan kehilangan jiwa akibat banjir jika mendapati ribut tropika akan melanda.


Berwaspada dengan kejadian gelinciran tanah sekiranya memandu dalam hujan yang mencurah-curah di kawasan tanah tinggi.


Jika ribut tropika dijangka melanda kawasan anda, selamatkan semua harta benda yang boleh diterbangkan angin kencang.


Hindari keluar ke laut apabila ribut tropika atau taufan menghampiri kawasan anda.


Bersedia untuk berpindah jika anda tinggal di kawasan pantai atau berhampiran sungai.

LEE WEI SHAN L6F 2010

Posts : 23
Join date : 2010-05-26

View user profile

Back to top Go down

20 maut taufan Conson landa Filipina

Post  CikguPA on Thu Jul 15, 2010 5:07 am

SEORANG penduduk membaiki bumbung rumahnya yang ditiup taufan Conson di Makati, selatan Manila semalam.

MANILA - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh semalam selepas taufan Conson melanda Filipina dengan menyebabkan serpihan sejumlah rumah setinggan berterbangan ke laut.

Taufan itu melanda kepulauan Asia Tenggara lewat kelmarin sebelum menuju ke pulau Luzon pada waktu malam dengan kelajuan 120 kilometer sejam.

"Angin itu berbunyi seperti jeritan seorang kanak-kanak," kata seorang bapa enam anak, Rigor Sambol di pinggir Manila.

Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan yang sebahagian rumah di kawasan itu musnah akibat taufan tersebut.

"Taufan itu amat kuat. Rumah bot kami hampir terbalik. Saya terpaksa membawa anak-anak ke sebuah gimnasium berhampiran dan mereka baring di atas lantai yang sejuk," katanya.

Sejumlah rumah setinggan di kawasan tepi pantai roboh menyebabkan penduduk terpaksa membina pondok perlindungan sementara. - AFP

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Taufan Conson menuju ke Vietnam

Post  ong poh lee U6B on Sun Jul 18, 2010 8:02 am

BEIJING 18 Julai - Taufan Conson yang melanda pulau Hainan di tenggara China dan Filipina dan meragut lebih 67 nyawa semalam, kini sedang menuju ke Vietnam.

Pihak berkuasa Filipina memberi amaran bahawa jumlah kematian akan terus meningkat berikutan berpuluh orang lagi dilaporkan hilang sehari selepas dikejutkan dengan taufan Conson yang membadai pulau besar Luzon, termasuk ibu kota Manila.

Taufan itu telah merosakkan ribuan buah rumah dan berpuluh buah bot karam serta rosak yang disertai dengan pokok-pokok tumbang yang menghempap manusia dan merosakkan talian elektrik di Filipina.

Di China, para pegawai tempatan berkata, sekurang-kurangnya dua orang mati dihempap pokok dan ditimpa tiang elektrik bila Conson melanda Hainan petang kelmarin.

Pusat kaji cuaca kebangsaan China berkata, taufan berkelajuan 20 kilometer sejam itu sedang bergerak ke arah utara Vietnam manakala hujan lebat dijangka berterusan lebih 24 jam di kawasan timur China. - AFP

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

View user profile

Back to top Go down

Taufan Chanthu ragut dua nyawa di China

Post  Yao Benjamin (L6F/2010) on Fri Jul 23, 2010 11:39 am

BEIJING: Dua orang terbunuh ketika Taufan Chanthu tiba di daratan di selatan Guangdong, menerbangkan serpihan binaan ke udara dan menyebabkan hujan lebat yang memburukkan lagi situasi banjir.

Angin dengan kelajuan mencecah 126 kilometer sejam di pusat ribut menumbangkan tembok bandar Wuchuan, menyebabkan dua orang terbunuh.
Menjelang pagi tadi, taufan itu bergerak ke utara ke Nanning dan bertukar menjadi ribut tropika. - AP

Yao Benjamin (L6F/2010)

Posts : 35
Join date : 2010-05-26

View user profile

Back to top Go down

Korban Taufan Conson kini 76 orang

Post  leeyoong_U6B on Tue Aug 03, 2010 12:18 pm


SEBUAH kapal dan beberapa bot nelayan yang mengalami kerosakan terdampar di sebuah pelabuhan nelayan di Mariveles, Bataan di utara Manila akibat dibadai Taufan Conson pada 15 Julai, 2010. - REUTERS

MANILA 20 Julai - Angka korban akibat Taufan Conson di Filipina meningkat kepada 76 orang hari ini berikutan pasukan penyelamat menemui lebih banyak mayat yang terapung di laut.

Bagaimanapun berpuluh-puluh lagi masih dilaporkan hilang dan dikhuatiri mati.

Seramai 72 orang masih hilang ketika pengawal pantai dan bot-bot tentera laut bekerjasama dengan pesawat di udara untuk mencari mangsa di air selepas hampir seminggu taufan itu melanda, menurut Majlis Penyelaras Bencana Kebangsaan.

"Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan selagi ada orang hilang," kata ketua jabatan pejabat pertahanan awam, Relan Asuncion.

Menurut pihak berkuasa, angka kematian meningkat daripada 68 orang tetapi jumlah mereka yang hilang menurun berbanding 84 orang yang dilaporkan awal semalam.

Taufan Conson melanda Manila pada 13 Julai lalu ketika menuju ke arah barat Laut China Selatan dengan kekuatan yang dianggap oleh peramal kaji cuaca sebagai 'mengejutkan'.

Ia menyebabkan bekalan elektrik di seluruh pulau Luzon terputus, menumbangkan tiang elektrik, pokok dan memusnahkan beribu-ribu kediaman.

Lebih 2,000 orang masih berlindung di pusat perlindungan.

Di China, ribut menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala di Vietnam seorang terbunuh manakala kira-kira 12 orang dilaporkan hilang. - AFP

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: TAUFAN

Post  Sponsored content Today at 2:33 pm


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum