PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

TEKNOLOGI HIJAU

3 posters

Go down

TEKNOLOGI HIJAU Empty TEKNOLOGI HIJAU

Post  PnLeela Mon Jan 25, 2010 4:14 pm

1. Apakah maksud ‘teknologi hijau’?

Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

TEKNOLOGI HIJAU Empty Perlu komited bangunkan teknologi hijau - PM

Post  leeyoong_U6B Wed Jan 27, 2010 3:59 pm

PUTRAJAYA 26 Jan. - Malaysia perlu komited membangunkan teknologi hijau dan sumber tenaga diperbaharui dalam usaha menjadi antara negara maju pada abad ke 21, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,semua pihak mesti sedar hakikat kebergantungan secara berlebihan ke atas bahan api fosil bukanlah merupakan pembangunan secara mapan.

Beliau berkata, malah ia juga menyebabkan kesan perubahan iklim dan pemanasan global yang semakin serius.

"Mana-mana negara yang menguasai penggunaan dan aplikasi tekonologi hijau serta sumber tenaga diperbaharui akan menjadi pemenang dalam abad ke-21.

"Ini bukan sesuatu pilihan tetapi ia ialah realiti dan semua negara, termasuklah Malaysia mesti ambil langkah sewajarnya ke arah itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) di sini, hari ini.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum antara Kementerian Kewangan dan Credit Guarantee Corporation (CGC).

Terdahulu, Najib mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Mesyuarat Teknologi Hijau Negara (MTH) yang ditubuhkan pada Julai tahun lepas.

Sehubungan itu, Najib berkata, Malaysia memberi komitmen penuh untuk melindungi alam sekitar negara ini yang unik dan berharga untuk generasi akan datang.

"Malaysia sedar ancaman perubahan iklim dan pemanasan global itu dan dalam jangka masa panjang, jika kita tidak melakukan apa-apa untuk menangani isu itu, maka kesannya adalah serius.

"Strategi Malaysia menumpukan kepada usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2020 dan pada masa yang sama, membuat pelaburan dalam teknologi hijau," katanya.

Najib berkata, bagi skim GTFS itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion bagi menggalakkan pelaburan dalam teknologi hijau, pembangunan hijau dan inovasi.

Beliau berkata, di bawah GTFS, kerajaan akan menanggung kadar faedah sebanyak dua peratus serta menyediakan jaminan untuk 60 peratus daripada jumlah pinjaman yang dipohon dan baki 40 peratus lagi akan ditanggung oleh pihak bank.

''Skim tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan 186 syarikat telah memberi maklum balas sejak ia dilancarkan 1 Januari lalu," katanya.

(dipetik daripada UTUSAN MALAYISIA ONLINE)

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

TEKNOLOGI HIJAU Empty Teknologi hijau

Post  keat sin (U6A) Mon Feb 01, 2010 8:32 am

Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Bidang tumpuan teknologi hijau
Antara contoh bidang tumpuan teknologi hijau adalah:

* Tenaga: Isu penting dalam teknologi hijau dan ini termasuk pembangunan bahan bakar alternatif atau tenaga boleh diperbaharui.

* Bangunan hijau: Bidang ini merangkumi semuanya daripada pilihan bahan bangunan kepada lokasi bangunan.

* Nanoteknologi hijau: Nanoteknologi melibatkan manipulasi bahan pada skala nanometer atau satu per bilion meter. Nanoteknologi hijau adalah aplikasi teknologi hijau dalam bidang nanoteknologi.

* Alamtologi: Suatu teknologi yang jelas mengikut fitrah alam semulajadi. Ianya dikembangkan mengikut kepada susunan yang lebih teratur.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

TEKNOLOGI HIJAU Empty Re: TEKNOLOGI HIJAU

Post  leeyoong_U6B Thu Feb 11, 2010 3:55 pm

Objektif

* Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;
* Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
* Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;
* Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan
* Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

TEKNOLOGI HIJAU Empty Guna teknologi hijau

Post  keat sin (U6A) Thu Jun 17, 2010 12:42 pm

KUALA LUMPUR 16 Jun - Para pemilik bangunan di negara ini disaran menggunakan teknologi hijau bagi meminimumkan penggunaan tenaga elektrik.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon berkata, pembangunan bercirikan teknologi hijau boleh mendatangkan manfaat dan pulangan keuntungan.

"Penggunaan penyaman udara yang menggunakan teknologi hijau di bangunan mereka akan mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan fenomena perubahan iklim dunia.

"Pemilik bangunan memainkan peranan utama dalam membantu mengurangkan 40 peratus pelepasan karbon di udara. Penggunaan penyaman udara teknologi hijau menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 10 hingga 20 peratus dan penjimatan penggunaan air dalam usaha menyejukkan bangunan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Teknologi Penyaman Udara, Pengudaraan dan Penyejukan Kebangsaan Serantau Ketiga selama tiga hari di sini yang bermula hari ini.

Turut hadir, Presiden Pertubuhan Penyaman Udara dan Pengudaraan Malaysia, Ricky Yaw.

Pelaksanaan pembangunan Teknologi Hijau adalah antara perkara yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) seperti dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat baru-baru ini

Dalam pada itu, Noriah berkata, teknologi hijau merupakan penyumbang terhadap usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia peneraju teknologi itu di dunia.

"Menjelang 2020, Malaysia tidak boleh bergantung penggunaan tenaga mahir manusia secara intensif sebaliknya berubah kepada penggunaan teknologi hijau seperti pengurangan karbon yang diguna pakai pelbagai negara bagi mengatasi isu tenaga dan alam sekitar.

"Ia dapat membantu meningkatkan produktiviti sumber semula jadi dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk merawat setiap pencemaran yang berlaku," katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

TEKNOLOGI HIJAU Empty Teras strategik Teknologi Hijau

Post  leeyoong_U6B Tue Aug 03, 2010 12:31 pm

i) Teras Strategik 1
Mengukuhkan kerangka institusi
Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan institusi yang kukuh adalah kritikal untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau melalui:

* Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama untuk melaksanakan Teknologi Hijau yang efektif;

* Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri;

* Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan melaksanakan usaha dan program Teknologi Hijau yang efektif;

* Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; dan

* Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing.

ii) Teras Strategik 2
Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang Kondusif
Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan, adalah kritikal bagi memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau. Industri ini menyediakan Teknologi Hijau bagi pasaran setempat dan global, menyediakan peluang pekerjaan, dan meningkatkan ekonomi Negara. Ini boleh dicapai melalui:
*Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan disokong oleh langkah-langkah kewangan dan fiskal bagi menbantu peningkatan pertumbuhan Teknologi Hijau selaras dengan objektif dan matlamatnya;

*Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi Hijau dan rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui pelbagai program peningkatan industri;

*Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi Hijau yang membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta penglibatan dan pembangunan industri tempatan;

*Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di seluruh Malaysia, yang dikembangkan daripada rantaian nilai utama kepada industri utama; dan

*Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.

iii) Teras Strategik 3
Memperkukuh Pembangunan Modal Insan dalam Teknologi Hijau
Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting untuk pembangunan Teknologi Hijau. Ini boleh dicapai melalui;
Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi meningkatkan kapasiti sumber manusia yang berkaitan dengan Teknologi Hijau;

oBantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi Hijau di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah;

oProgram melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran sumber manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri Teknologi Hijau;

oPenyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap dalam bidang Teknologi Hijau; dan

oPengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan dalam sektor Teknologi Hijau.



Last edited by leeyoong_U6B on Tue Aug 03, 2010 12:33 pm; edited 1 time in total

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

TEKNOLOGI HIJAU Empty Re: TEKNOLOGI HIJAU

Post  leeyoong_U6B Tue Aug 03, 2010 12:32 pm

iv) Teras Strategik 4
Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau
Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting dalam penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan kos Teknologi Hijau dan mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui:

* Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC;

* Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan;

* Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat kecemerlangan atau institut penyelidikan yang baru untuk perkembangan Teknologi Hijau;

* Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat penyelidikan;dan,

* Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan dan serantau dan pusat kecemerlangan antarabangsa dalam RDI Teknologi Hijau.

v) Teras Strategik 5

Promosi dan Kesedaran Awam
Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama yang mempengaruhi kejayaan pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini penting kerana perkara tersebut memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuklah:

o Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui program yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam Teknologi Hijau;

o Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang efektif untuk mempromosikan Teknologi Hijau;

o Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar pada setiap peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif;

o Program demonstrasi secara efektif dalam implikasi Teknologi Hijau; dan

o Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan entiti yang berhubung dengan kerajaan.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

TEKNOLOGI HIJAU Empty Re: TEKNOLOGI HIJAU

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum