melepak

View previous topic View next topic Go down

melepak

Post  aloih on Wed Jul 29, 2009 10:37 am

apakah faktor yang menyebabkan budaya melapak berleluasa tarutamanya dikalangan remaja??

aloih

Posts : 4
Join date : 2009-07-08
Age : 25
Location : lanchang

View user profile

Back to top Go down

Re: melepak

Post  CikguPA on Sat Aug 08, 2009 2:06 pm

Faktor

1.Kurangnya kawalan, pengawasan dan perhatian ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

2. Golongan remaja juga didapati suka melepak kerana berasa bosan tinggal di rumah tanpa sumber hiburan dan kemudahan-kemudahan untuk memenuhi masa mereka secara yang lebih berfaedah.

3. Bosan kerana tiada suasana yang harmoni di rumah mereka kerana setiap ahli keluarga sibuk dengan hal masing-masing dan sering berlaku pertengkaran di rumah.

4. Tidak sanggup menerima tekanan akibat beban kerja sekolah yang terlalu banyak.
avatar
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 49
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: melepak

Post  You Lee Shuen on Sat Apr 03, 2010 11:04 am

Satu lagi faktor ialah pengaruh daripada rakan sebaya
-ingin menunjukkan diri adalh sebahagian daripada "geng" kawannya, Justeru itu seseorang itu mengikutjejak kawannya dan melepak bersama kawannya yang juga gemar melepak.
avatar
You Lee Shuen

Posts : 23
Join date : 2009-06-30

View user profile

Back to top Go down

Punca-punca masalah melepak

Post  ong yee wee L6B on Thu Apr 22, 2010 11:16 am

Antara punca timbulnya masalah melepak ialah kurangnya kawalan, pengawasan dan perhatian ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mungkin terlalu sibuk dengan hal masing-masing sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa melayan dan bermesra dengan anak- anak mereka. Keadaan ini mengakibatkan anak-anak berasa diri mereka diabaikan. Oleh hal yang demikian, mereka keluar untuk melepak dengan rakan-rakan sebaya kerana ingin mendapatkan perhatian orang ramai.

Selain faktor kecuaian ibu bapa, golongan remaja juga didapati suka melepak kerana berasa bosan tinggal di rumah tanpa sumber hiburan dan kemudahan-kemudahan untuk memenuhi masa mereka secara yang lebih berfaedah. Mereka juga mungkin berasa bosan kerana tiada suasana yang harmoni di rumah mereka kerana setiap ahli keluarga sibuk dengan hal masing-masing dan sering berlaku pertengkaran di rumah. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak berasa tertekan lalu keluar untuk mencari hiburan dan melepak untuk memenuhi masa lapang mereka. Kebanyakan pelajar yang ditangkap kerana melepak memberitahu bahawa mereka melepak kerana berasa bosan tinggal di rumah yang terlalu banyak leteran dan pertengkaran antara ahli keluarga.

Kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa masalah melepak yang berlaku di negara kita sekarang ini memanglah suatu gejala yang diakui mengancam keharmonian negara dan boleh memburukkan imej negara sekiranya tidak dicegah segera. Kerjasama daripada ibu bapa, pihak sekolah, dan pihak polis amat diperlukan untuk menangani masalah ini. Sekiranya kita dapat menyedarkan golongan remaja tentang keburukan melepak, saya pasti masalah ini akan dapat diselesaikan dengan kadar segera, dan imej negara yang semakin pudar akan dapat dipulihkan.

ong yee wee L6B

Posts : 10
Join date : 2009-06-16

View user profile

Back to top Go down

Re: melepak

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum