PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lima Pesakit Sebuah Klinik Disamun Enam Lelaki

4 posters

Go down

Lima Pesakit Sebuah Klinik Disamun Enam Lelaki Empty Lima Pesakit Sebuah Klinik Disamun Enam Lelaki

Post  HsianMin (U6B/2010) Wed Sep 16, 2009 5:04 pm

KUANTAN, 15 Sept (Bernama) -- Umpama sudah jatuh ditimpa
tangga - lima pesakit yang sedang menunggu giliran untuk mendapat
rawatan di sebuah klinik swasta di Jalan Beserah, di sini, disamun enam
lelaki yang bersenjatakan sebilah parang.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2 petang Isnin ketika mereka
sedang menunggu untuk bertemu doktor, apabila seorang lelaki berkopiah
memasuki premis klinik itu berpura-pura hendak membeli ubat di kaunter
klinik berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang Supt Nordin
Mustapha berkata klinik itu kemudiannya dimasuki tiga lagi lelaki,
manakala dua lagi lelaki dilihat berkawal di pintu masuk klinik
berkenaan.

"Mereka kemudiannya menyamun barang kemas dan telefon bimbit para
pelanggan (pesakit) klinik berkenaan, salah seorang daripada mereka
bersenjatakan parang," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.

Beliau berkata pihak klinik kemudiannya membuat laporan polis
berhubung kejadian itu, bagaimanapun menurutnya semua pesakit yang
disamun dalam kejadian itu masih belum berbuat demikian.

"Kami harap semua mangsa kejadian itu datang buat laporan supaya
polis dapat buat siasatan lebih terperinci. Menurut laporan awal,
kerugian dianggar RM4,000. Semua suspek berumur antara 20 dan 30an itu
sedang diburu polis," katanya.

-- BERNAMA


Last edited by L.HsianMin (L6B) on Wed Sep 16, 2009 5:06 pm; edited 1 time in total

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Lima Pesakit Sebuah Klinik Disamun Enam Lelaki Empty Re: Lima Pesakit Sebuah Klinik Disamun Enam Lelaki

Post  HsianMin (U6B/2010) Wed Sep 16, 2009 5:05 pm

KUANTAN, 16 Sept (Bernama) -- Polis telah mengenal pasti salah seorang
daripada enam lelaki yang menyamun bersenjatakan parang sebuah klinik
swasta di Jalan Beserah di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata suspek
dikenali sebagai Zulhuzaidi Zulkafli, 20, dari Kampung Muhibbah, Kuala
Lumpur.

"Dia mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan juga merupakan
seorang penagih dadah," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Dalam kejadian 2 petang itu, seorang daripada suspek pada mulanya memasuki klinik berkenaan dan berpura-pura mahu membeli ubat.

Ini kemudiannya diikuti tindakan tiga rakannya yang lain yang
salah seorang daripada mereka bersenjatakan parang memasuki klinik
berkenaan dan menyamun lima pesakit yang sedang menunggu untuk mendapat
rawatan, sehingga mereka kerugian wang ringgit dan barang kemas
bernilai kira-kira RM4,000.

Dua lagi anggota kumpulan itu berkawal di pintu masuk klinik.

Mohd Jasmani berkata lima lagi lelaki terbabit sedang dikenal pasti dan diburu.

-- BERNAMA

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Lima Pesakit Sebuah Klinik Disamun Enam Lelaki Empty Re: Lima Pesakit Sebuah Klinik Disamun Enam Lelaki

Post  xiaowen_U6B Wed Sep 16, 2009 6:16 pm

Berita ini menunjukkan bahawa negara kita ini tidak lagi selamat dan aman.Kita haruslah lebih berhati-hati di mana-mana jua untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku pada kita sendiri.Semoga enam lelaki yang menyamun itu dikenalpasti oleh polis dan dijalani hukuman yang setimpalnya.

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Lima Pesakit Sebuah Klinik Disamun Enam Lelaki Empty kegiatan samun bertambah menjelang perayaan??

Post  HsianMin (U6B/2010) Thu Sep 17, 2009 4:11 pm

kebelakangan ini, kes-kes merompak didapati bertambah dengan nyata sekali..
adakah isu ini berkaitan dengan perayaan yang menjelang tiba?...ataupun disebabkan ekonomi yang kian merosot...
pada pendapat saya, bagi mengelakkan diri kita ditimpa tragedi samun baik kita tinggal di rumah dan jgn keluar pada lewat malam..
lampu di luar rumah patut dibuka terang-terang pada waktu malam...kalau tinggal di rumah berseorangan pintu haruslah dikunci dengan baik-baik..
Tambahan lagi..jika ingin keluar dari rumah haruslah kita berwas-was dgn keadaan sekitar sama ada terdapat org yg disyaki berulang-alik di depan rumah..


Last edited by L.HsianMin (L6B) on Thu Sep 17, 2009 5:01 pm; edited 1 time in total

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Lima Pesakit Sebuah Klinik Disamun Enam Lelaki Empty Re: Lima Pesakit Sebuah Klinik Disamun Enam Lelaki

Post  leeyoong_U6B Thu Sep 17, 2009 4:50 pm

Memang tidak dinafikan bahawa kemerosotkan ekonomi telah mengakibatkan peningkatan Kes merompak.. Banyak orang telah kehilangan pekerjaan atas isu ini...
Pada pendapat saya, kerajaan patutlah menguatkuasakan undang-undang.

Bagi sesiapa yang bersalah patutlah diberi hukuman yang setimpal agar dapat menyedarkan mereka..
L.HsianMin (L6B) wrote: "Dia mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan juga merupakan
seorang penagih dadah," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Selain itu, rodaan polis juga haruslah diperbanyakkan... Dengan mempergiatkan rondaan polis, bukan sahaja dapat menjaga keselamatan penduduk setempat, bahkan juga dapat mengelakkan berlakunya kes merompak...

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Lima Pesakit Sebuah Klinik Disamun Enam Lelaki Empty Re: Lima Pesakit Sebuah Klinik Disamun Enam Lelaki

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Fri Sep 18, 2009 5:25 am

Klinik dan hospital sepatutnya menjadi sebuah tempat yang aman kerana tempat-tempat tersebut adalah sebuah tempat untuk menyelamatkan nyawa. Mereka yang merompaknya ataupun mempunyai niat yang tidak baik terhadap tempat-tempat suci tersebut patut dihukum seberat-berat yang mungkin. Jikalau dibenarkan perkara sebegini berleluasa, dimanakah tempat yang benar-benar selamat untuk kaum manusia? dimanakah kemanusiaan yang telah disebut sejak zaman ketamadunan? Biarpun ekonomi merosot, bencana menimpa, nyawa tetap perlu diselamatkan. mereka yang merompaknya tidak patut dibenarkan hidup. Perkara ini tidak memerlukan tanggungjawab mana-mana pihak, cuma kemanusiaan zaman ini telah dipandang terlalu tinggi.

HUMANITY IS OVERRATED.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Lima Pesakit Sebuah Klinik Disamun Enam Lelaki Empty Re: Lima Pesakit Sebuah Klinik Disamun Enam Lelaki

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum