PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum

+9
waiyee(U6A)
claraliew04 (U6A)
reeann
HO KOK WAI
Steph
marilyn(U6B)
Ong Yee Teng
WeiShi_L6F
PnLeela
13 posters

Go down

Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum Empty Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum

Post  PnLeela Sun Apr 19, 2009 6:41 am

Hi kelas,
Tajuk perbincangan esei untuk minggu ke 5:


Pihak Kementerian Pelajaran telah mewajibkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Walau bagaimanapun usaha ini menghadapi pelbagai cabaran untuk direalisasikan. Bincangkan


Selamat menjawab Smile

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum Empty Penglibatan dalam kokurikulum

Post  WeiShi_L6F Fri Apr 24, 2009 12:03 pm

Pendahuluan:
Aktiviti kokurikulum merujuk aktiviti yang luar darjah yang melibatkan aktviti yang berpersatuan, lasak dan mungkin kemahiran tertentu. Kegiatan luar darjah ini berupaya untuk memberikan satu pperspektif baru kepada pelajar dalam menjalani kehidupan mereka di sekolah dan luar sekolah. Kelebihan kegiatan ini turut dipaparkan di dalam pelbagai media massa di negara ini yang membuktikan manfaat menyertainya. Jadi, pembabitan pelajar dalam kegiatan ini memang membawa pelbagai impak positif dalam kehidupan mereka.
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 33

Back to top Go down

Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum Empty U6B-Pendahuluan

Post  Ong Yee Teng Sun Apr 26, 2009 6:05 am

Dalam era ini, pendidikan telah menjadi kewajiban dengan kesedaran masyarakat tentang kepentingannya. Kemajuan setiap individu seolah-olah adalah sepatutnya. Namun, satu isu merujuk kepada generasi modern yang tidak berinovasi , berkreativiti dan aktif telah bangkit. Tindakan kerajaan bagi konteks ini adalah menwajibkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Ini dipercayai bahawa menyumbang dalam penyuburan fizikal ,mental,sosial dan juga emosi pelajar. Dalam usaha-usaha yang dicurahkan, pelbagai dugaan dan cabaran timbul sebagai penghalang.

Ong Yee Teng

Posts : 6
Join date : 2009-03-29

Back to top Go down

Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum Empty Esei Minggu 5-Penglibatan dalam kokurikulum

Post  marilyn(U6B) Sun Apr 26, 2009 9:51 am

Isi 4:
Tambahan pula,kebanyakan pelajar kurang berminat untuk menyertai kegiatan kokurikulum.Ini kerana kegiatan ini biasanya diadakan pada waktu petang.Ini membebankan para pelajar terutamanya bagi mereka yang tinggal jauh dari sekolah. Selain itu, ibu bapa juga kurang memberi kerjasama kepada pihak sekolah kerana kegiatan ini dianggap membazirkan masa. Sesetengah pelajar memberi alasan bahawa mereka sudah kehabisan tenaga untuk datang semula ke sekolah selepas waktu pembelajaran manakala yang lain pula dikehendaki menghadiri kelas tuisyen hari minggu. Hal ini telah menghalang pihak kerajaan dalam merealisasikan harapan mereka.

marilyn(U6B)

Posts : 6
Join date : 2009-03-24

Back to top Go down

Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum Empty Re: Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum

Post  Steph Sun Apr 26, 2009 2:20 pm

isi1
Cabaran yang utaman dalam merealisasikan pembelajaran ko-kurikulum ialah ketidaklengkapan kemudahan-kemudahan untuk penganjuran aktiviti ko-kurikulum.Sesetengah sekolah khasnya yang terletak di daerah kecil dan kampung biasanya adalah bercorak kecil berdasarkan bilangan pelajar yang tidak banyak.Hal ini menyebabkan sekolah-sekolah ini gagal mendapat perhatian dan bantuan kewangan kerajaan yang sewajarnya untuk membeli alat-alatan yang terbaru untuk penggunaan aktiviti seperti alatan sukan,set komputer dan alat muzik.Tanpa peralatan,adalah mustahil untuk mengadakan latihan untuk sesuatu kelab atau persatuan.Dalam mengatasi masalah tersebut,kerajaan seharusnya menguntukkan sebahagian dana untuk memajukan infrastruktur sekolah sama ada sekolah baru mahupun sekolah lestari yang terletak di kawasan pedalaman.

Steph

Posts : 7
Join date : 2009-03-25

Back to top Go down

Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum Empty Re: Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum

Post  HO KOK WAI Mon Apr 27, 2009 4:50 pm

Isi2:
Selain itu, pelajar-palajar saban hari kekurangan kesedaran tentang kepentingan ko-kurikulum. Kebanyakan orang berpendapatan bahawa pencapaian akademik lebih penting daripada kokurikulum tetapi sebenarnya tidak! Kerajaan sedang berusaha untuk melahirkan model insan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga dari segi ko-kurikulum. Contohnya, seorang yang yang berkelayakan tinggi adalah tidak mencukupi, seseorng mesti merangkumi kebolehan dalam pelbagai bidang seperti sukan atau teknik lain yang mampu bersaingan dengan individu lain.

HO KOK WAI

Posts : 5
Join date : 2009-03-23

Back to top Go down

Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum Empty Re: Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum

Post  reeann Thu Apr 30, 2009 2:32 pm

Penutup

Secara ringkas, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum memberi peluang untuk belajar apa yang tidak dapat dipelajari daripada buku-buku teks serta menyediakan pelajar yang sempurna dari segi fizikal dan mental. Apa yang kita perlu ialah bakal pemimpin yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga dari segi ko-kurikulum, iaitu seorang itu mestilah dapat menunjukkan kebolehan dalam pelbagai bidang seperti sukan atau teknik lain yang mampu bersaingan dengan individu lain. Sekian.
reeann
reeann

Posts : 5
Join date : 2009-03-18

Back to top Go down

Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum Empty Re: Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum

Post  claraliew04 (U6A) Mon May 04, 2009 7:48 pm

U6A-Pendahuluan

Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah termasuk sukan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya seperti memupuk daya kepemimpinan dalam kalangan pelajar, membantu para pelajar membentuk kesihatan yang baik dan otak yang cerdas melalui pelbagai aktiviti, memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar dan mengembangkan potensi seseorang pelajar .Dalam usaha memberi penekanan terhadap kedua-dua aspek iaitu akademik dan ko-kurikulum untuk membina generasi yang cerdas dan cergas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyelaras program ko-kurikulum di peringkat sekolah untuk melaksanakan pendekatan 90% akademik dan 10%ko-kurikulum sebagai prasyarat ke Universiti. Namun, usaha pihak kementerian pelajar mewajibkan penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum ini telah menghadapi pelbagai cabaran untuk direalisasikan. Antaranya ialah :-

claraliew04 (U6A)

Posts : 8
Join date : 2008-06-10
Age : 33

Back to top Go down

Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum Empty Re: Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum

Post  waiyee(U6A) Mon May 04, 2009 7:53 pm

U6A-Isi 1

Guru-guru di sekolah selalunya tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran yang mencukupi untuk menunjuk ajar murid-murid dalam bidang ko-kurikulum berkenaan. Terdapat ramai guru juga enggan melibatkan diri dalam kegiatan yang berfaedah ini secara aktif terutamanya guru wanita yang sudah berumah tangga, tengah mengandung ataupun masih dalam pantang. Ini akan menyebabkan guru wanita mengalami masalah untuk menghadiri aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Oleh demikian, aktiviti ko-kurikulum tidak dapat dijalankan secara lancar tanpa kehadiran guru penasihat. Kekangan-kekangan ini boleh menjejaskan kelancaran aktiviti ko-kurikulum yang dirancang untuk pelajar. Oleh itu, usaha-usaha melahirkan pelajar yang sihat, berdisiplin dan mempunyai sahsiah terpuji menjadi sukar untuk dicapai.

waiyee(U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-23

Back to top Go down

Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum Empty Re: Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum

Post  Mow Jiun You (U6A) Mon May 04, 2009 7:58 pm

U6A-Isi 2

Di samping itu, terdapat juga kebanyakan pelajar tidak berminat untuk menyertai kegiatan ko-kurikulum kerana mereka tidak berpuas hati dengan kekurangan kemudahan asas seperti tempat yang sesuai untuk menjalankan akiviti ko-kurikulum serta tidak mempunyai peralatan yang mencukupi dan lengkap. Masalah ini biasanya wujud di sekolah luar Bandar kerana mereka tidak berkemampuan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang lengkap kepada pelajar. Mereka juga mengalami masalah kewangan. Pihak sekolah yang mengalami kekurangan modal tidak dapat menyediakan tempat yang lebih luas dan selesa kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti ko-kurikulum. Selain itu, mereka juga menghadapi masalah kewangan untuk membeli peralatan baru. Jadi, adalah tidak dapat dinafikan bahawa faktor-faktor seperti kekurangan kemudahan-kemudahan asas dan ketidaklengkapan peralatan akan mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum maka ini akibatnya akan menghalang usaha yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Mow Jiun You (U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-27

Back to top Go down

Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum Empty Re: Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum

Post  Soo Hui Sun(U6A) Mon May 04, 2009 8:06 pm

U6A-Isi 4

Sesebuah sekolah yang mempunyai terlalu banyak persatuan, turut akan mempengaruhi pilihan seseorang pelajar. Semasa memilih persatuan atau badan beruniformnya, seseorang pelajar akan berasa keliru akan mana satu persatuan atau badan beruniform yang patut dipilih agar sesuai dengan minat mereka. Di samping itu, kekurangan pilihan merupakan salah satu cabaran untuk merealisasikan usaha ini. Jika terdapat terlalu kurang pilihan, maka ramai pelajar akan menyertai persatuan atau badan beruniform yang sama. Ini mengakibatkan sesetengah pelajar diabaikan semasa aktiviti dijalankan kerana terlalu ramai ahli berada dalam persatuan atau badan beruniform yang sama. Lama-kelamaan, situasi ini akan menyebabkan pelajar hilang minat untuk menyertai sebarang persatuan atau badan beruniform. Secara tidak langsung, inin akan menjejaskan proses merealisasikan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran untuk melahirkan modal insan penjana Wawasan 2020.

Soo Hui Sun(U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-25

Back to top Go down

Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum Empty Re: Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum

Post  Lim Je Wei (U6A) Mon May 04, 2009 8:10 pm

U6A- Penutup

Secara tuntasnya, semua pihak perlu komited dalam mengatasi cabaran penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum. Guru-guru harus diberi latihan dalam bidang yang berkenaan agar guru-guru mempunyai kemahiran yang relevan untuk memimpin dan memberi khidmat nasihat kepada para pelajar dalam bidang tersebut. Kemahiran yang dimiliki akan menambah keberkesanan pelaksanaan dalam perjalanan kegiatan ko-kurikulum di sekolah secara langsung. Di samping itu, pihak Kementerian Pelajaran perlu memberi peruntukan yang mencukupi agar pihak sekolah mampu menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang serba sempurna untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum. Selain itu, persepsi ibu bapa, anggota masyarakat dan barisan pendidik yang mementing pencapaian dalam akademik semata-mata harus diubah. Sebenarnya, para pelajar juga harus mempunyai inisiatif untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang penuh erti ini agar dapat berkembang dari segi fizikal, sosial, mahupun dari segi rohani dan intelek bagi menghadapi cabaran era globalisasi. Justeru, cabaran-cabaran penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum perlu diatasi untuk membentuk generasi muda yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Lim Je Wei (U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-27

Back to top Go down

Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum Empty Re: Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum

Post  Goh Moon Hong (U6A) Fri May 08, 2009 3:20 pm

U6A-Isi 3

Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah adalah amat penting.Walau bagaimanapun,kebanyakan pelajar lebih mementingkan prestasi akademik.Mereka tidak menyedari bahawa kegiatan kokurikulum adalah aktiviti yang diadakan di sekolah sebagai kegiatan tambahan.Mereka berpendapat bahawa pelajaran sekolah adalah lebih penting daripada kokurikulum.Tambahan pula,pelajar beranggap bahawa penyertaan kokurikulum akan mempengaruhi pelajaran mereka jika meluangkan terlalu banyak masa dalam aktiviti kokurikulum.Oleh demikian,mereka tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya serta berasa penat dan sukar untuk memahami apa yang diajar oleh guru semasa pelajaran dijalankan.Selain itu,sebahagian ibu bapa juga akan mengambil kesempatan ini untuk menbantah anak mereka menyertai kokurikulum yang melibatkan kegiatan di luar kawasan sekolah.

Goh Moon Hong (U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-27

Back to top Go down

Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum Empty Re: Esei Minggu ke 5- Penglibatan dalam kokurikulum

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum