PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

+16
kevin_L6F
WeiShi_L6F
HO KOK WAI
reeann
priya
Ong Yee Teng
Steph
SenHan_U6F
marilyn(U6B)
claraliew04 (U6A)
Goh Moon Hong (U6A)
Soo Hui Sun(U6A)
Mow Jiun You (U6A)
waiyee(U6A)
Lim Je Wei (U6A)
PnLeela
20 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  PnLeela Mon Mar 23, 2009 7:55 am

Peperangan masih berlaku di beberapa tempat di dunia. Sememangnya peperangan tidak akan membantu manusia mengatasi masalah mereka, sebaliknya membawa penderitaan hidup.
Huraikan penyataan ini.

____________________________________________________
Setiap kumpulan dikehendaki menghantar jawapan masing-masing. Pastikan pendaftaran nama mempunyai nama kelas.
Selamat mencuba


Last edited by PnLeela on Sat Mar 28, 2009 6:46 am; edited 1 time in total

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  Lim Je Wei (U6A) Fri Mar 27, 2009 7:11 pm

Pendahuluan:Peperangan bermaksud pertempuran antara negara dengan negara atau pergolakan dalaman dengan menggunakan senjata-senjata. Pada zaman dahulu, negara-negara berperang sama ada antara satu sama lain untuk meluaskan sempadan negara, menjaga maruah negara atau sesama sendiri untuk merampas kuasa. Namun, pada zaman yang moden ini, kita dapat menyaksikan masih tercetus peperangan di dunia ini. Contohnya, peperangan yang berlaku di antara negara Palestin dan negara Israel. Negara-negara tersebut sememangnya memahami bahawa peperangan tidak akan membantu manusia mengatasi masalah mereka, namun mereka masih degil dan mencetus peperangan. Peperangan membawa kesan-kesan buruk dari segi politik, ekonomi, dan sosial yang menyebabkan penderitaan hidup.

Lim Je Wei (U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-27

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  waiyee(U6A) Fri Mar 27, 2009 7:13 pm

Isi 1:Pengalaman sejarah menunjukkan Perang Dunia Kedua telah berlaku antara tahun 1942 hingga tahun 1945. Perang Dunia Kedua tercetus disebabkan Jerman, Itali, Jepun menakluki benua Eropah, Afrika dan Asia. Implikasinya, banyak harta musnah, nyawa yang tidak berdosa melayang dan dunia mengalami kemelesetan ekonomi yang amat teruk.Ini menunjukkan negara Jerman, Itali, dan Jepun sebagai pencetus peperangan ini tidak dapat mengatasi masalah ketidakpuasan hati mereka dalam Perjanjian Versailles dan dasar penaklukan. Sebaliknya, dunia telah mengalami kemusnahan disebabkan tindakan mereka yang seperti dinyatakan di atas.

waiyee(U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-23

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  Mow Jiun You (U6A) Fri Mar 27, 2009 7:14 pm

Isi 2:Dari segi politik, pergolakan politik dalaman mencetuskan keadaan huru-hara dan tidak aman di dalam negara tersebut. Ini disebabkan sebilangan besar rakyat memberontak dan melakukan peperangan terhadap pemerintah. Pemberontak ingin merampas kuasa pemerintah di negara tersebut. Ini membuktikan rampasan kuasa mencetuskan peperangan dan tidak dapat menyelesaikan masalah seperti mengatasi perasaan tidak puas hati rakyat, tetapi rakyat sebenar mengalami penderitaan disebabkan keganasan, ramai nyawa terkorban, banyak harta musnah. Selain itu, peperangan juga berlaku antara negara. Contohnya negara Israel takluk negara Palestin. Dalam peperangan ini, ramai mangsa yang tidak berdosa terkorban, dan banyak nyawa rakyat terancam. Pejuang-pejuang Palestin demi mempertahankan tanah air yang dicintai turut terkorban di medan pertempuran. Wanita-wanita mungkin dirogol oleh askar dan kanak-kanak hilang tempat perlindungan. Pergolakan politik akan mencetuskan pertempuran orang awam dengan pihak berkuasa, ini menyebabkan keselamatan rakyat tidak terjamin. Mereka takut suatu hari nanti akan ditembak mati atau mati terkena bom jika peperangan terus berlaku. Perkara yang paling mengayat hati ialah kematian saudara mara di dalam peperangan tersebut. Ini merupakan trauma yang akan kekal dalam ingatan rakyat selama-lamanya.

Mow Jiun You (U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-27

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  Soo Hui Sun(U6A) Fri Mar 27, 2009 7:16 pm

Isi 3:Bagi ekonomi pula, penduduk tempatan terpaksa melepaskan pekerjaan untuk berperang demi ketenteraman negara. Dalam kata lain, penduduk tidak ada pendapatan, maka tidak dapat menjalankan aktiviti ekonomi. Secara langsungnya, ini akan menjejaskan proses pembangunan negara. Lantarannya, pelabur-pelabur asing tidak berani dan tarik balik modalnya dari negara yang berlakunya peperangan. Dengan tindakan tarikan modal ini, kebanyakan firma yang tidak mampu menanggung kos operasi akan memberhentikan operasi firma. Ini akan mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran penduduk. Justeru itu, kekerapan kes jenayah akan berlaku. Dalam jangka masa panjang, masalah ini akan menjadi masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Soo Hui Sun(U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-25

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  Goh Moon Hong (U6A) Fri Mar 27, 2009 7:17 pm

Isi 4:Di samping itu, peperangan juga akan memberi kesan dari aspek sosial. Secara langsungnya, institusi pendidikan seperti sekolah, kolej, universiti, dan sebagainya lenyap begitu sahaja ekoran kemaraan tentera penceroboh. Ini akan mengakibatkan rakyat tidak mendapat kemudahan pendidikan. Senario ini akan membawa kesan kepada orang ramai yang tidak berpendidikan terpaksa menjadi perompak, pencuri dan sebagainya yang terlibat dalam kebobrokan sosial ini semata-matanya untuk mencari rezeki hidup. Peperangan yang tidak munasabah ini mungkin disebabkan oleh faktor agama yang sepertinya berlaku di antara negara Palestin dengan negara Israel. Negara Israel yang beragama Kristian tertakluk kepada negara Palestin yang beragama Kristian untuk merampas tempat suci agama Kristian di tanah Palestin. Penduduk yang berlainan agama akan sentiasa berperang sesama sendiri. Ini menunjukkan tidak ada perpaduan dan keamanan di tanah tersebut.

Goh Moon Hong (U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-27

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  claraliew04 (U6A) Fri Mar 27, 2009 7:19 pm

Penutup:Justeru, haruslah kita sedar bahawa dunia kini sedang berhadapan dengan saat-saat yang amat genting berikutan dengan tindakan manusia yang membelakangi sifat kemanusiaan, keadilan sejagat, dan prinsip keamanan ini. Kita harus berpendirian tegas bahawa kekerasan bukanlah cara bagi menyelesaikan konflik dan masalah malah akan mendatangkan implikasi dahsyat yang tidak terbatas ke atas negara yang tertewas. Bak kata pepatah, menang menjadi arang, kalah menjadi abu. Sebaliknya, pengamalan keamanan barulah penyelesaian masalah yang menyeluruh tanpa mengakibatkan kesengsaraan dan malapetaka yang besar kepada rakyat dan melibatkan kerugian kepada kepentingan dunia.

claraliew04 (U6A)

Posts : 8
Join date : 2008-06-10
Age : 33

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  PnLeela Sat Mar 28, 2009 4:39 am

Syabas diucapkan kepada peserta-peserta dari Tingkatan U6A, kerana penyususnan isi-isi secara teratur dan susunan yang sistematik. Memang terserlah kerjasama dalam gerakerja kumpulan.

Teruskan usaha anda. Smile

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Tajuk Esei Minggu 1- Keamanan(peace)

Post  marilyn(U6B) Sat Mar 28, 2009 10:41 am

PENDAHULUAN:
Sejak zaman pra-sejarah, manusia memang suka hidup berkelompok dan bermasyarakat dan berusaha untuk mengekalkannya. Namun, disebabkan kelemahan manusia dan kepentingan masing-masing, maka sering kali tercetusnya perbalahan dan peperangan. Peperangan ialah pertelingkahan yang membabitkan senjata dan kuasa fizikal antara negara atau negeri. Misalnya, Perang Dunia Pertama dan Kedua, Perang Iran-Iraq dan pencerobohan negara Iraq oleh tentera Amerika Syarikat yang berlaku baru-baru ini. Sejarah telah membuktikan bahawa kesan peperangan tidak pernah menggembirakan. Sebaliknya, membawa kepada kemusnahan dan penderitaan.

marilyn(U6B)

Posts : 6
Join date : 2009-03-24

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  SenHan_U6F Sat Mar 28, 2009 11:57 am

Pendahuluan: Peperangan yang telah bermula susah untuk dihentikan.Peperangan hanya membebankan manusia dan tidak pernah bawa kebaikan kepada kita.Jika salah satu pihak telah menang dalam peperangan ,ia tidak membawa apa-apa makna kepdanya malah hanya kemusnahan dan pengorbanan yang besar.Ia juga meruntuhkan ekonomi negara untuk membekalkan senjata perang.Contohnya perang dunia ke-2 jepun telah menang besar di semenanjung Asia,tetapi negara mereka diletup dengan senjata atom dan hampir satu tempat di Jepun hancur.

SenHan_U6F

Posts : 29
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty isi 1_U6B

Post  Steph Sun Mar 29, 2009 5:42 am

Isi 1: Sememangnya pelancaran perang akan menggugat keselamatan penduduk negara atau negeri yang terlibat.Hal ini disebabkan penyerangan senjata api dan pengeboman bukan sahaja menghancurkan tempat perlindungan mangsa-mangsa,malahan mereka terdedah kepada risiko kecederaan serta kematian.Walaupun pada hari ini terdapat undang-undang peperangan yang diperuntukkan oleh ICRC ,iaitu sebuah organisasi yang bertujuan untuk membela hak asasi mangsa-mangsa peperangan, kita masih dapat melihat setiap kali apabila peperangan meletus,ribuan mangsa perang mati bergelimpangan tanpa rasa belas simpati serta kanak-kanak yang tercedera kehilangan ahli keluarga mereka.Akibat keganasan dan kezaliman yang dilakukan,mangsa terpaksa menderita hakikat kematian orang kesayangan mereka.Hal ini menjadikan satu gangguan mental atau trauma yang tidak dapat hilang daripada ingatan mereka.Dengan kata lain,keselamatan mangsa-mangsa perang masih tidak terjamin.

Steph

Posts : 7
Join date : 2009-03-25

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  Ong Yee Teng Sun Mar 29, 2009 6:17 am

Isi 2-OngYeeTeng(U6B)

Pencetusan peperangan telah menpengaruhi hidup manusia dalam semua aspek. Aspek sosial adalah yang paling ketara selain daripada kelenyapan nyawa.Semasa peperangan, bangunan-bangunan dan pelbagai infrastruktur dimusnahkan, terutamanya senjata yang kesannya luas seperti bom.Institusi-institusi pendidikan, kawasan perumahan ataupun bandar-bandar turut tidak berkecuali. Ini menjadikan sesebuah negara sedang berperang satu tempat yang tidak sesuai didiami lagi. Banyak mangsa peperangan melarikan diri ke negara lain, meninggalkan rumah sendiri, lalu menjalankan hidup sebagai larian peperangan.Mangsa-mangsa bukan sahaja hidup menderita tetapi juga mengalami trauma.Hakikat yang paling menyedihkan adalah bahawa mangsa-mangsa ini biasanya terdiri daripada orang awam yang tidak berdosa.

Ong Yee Teng

Posts : 6
Join date : 2009-03-29

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty ISI 3 -U6B -MINGGU 1

Post  priya Sun Mar 29, 2009 6:20 am

Peperangan dalam sesebuah negera akan menjejaskan keamanan dan seterusnya memburukan suasana pelaburan negara tersebut. Terlebih dahulu , keamanan bermaksud keadaan tenteram , damai dan bahagia. Apabila keadaan sesebuah negara menjadi kucar-kacir , persengketaan dan pergaduhan sering terjadi , negara itu sudah tidak aman lagi. Keamanan penting untuk mewujudkan suasana pelaburan yang baik kepada sesebuah negara seperti Malaysia .Hal ini demikian , negara membangun amat memerlukan pelaburan untuk maju . Tidak ada syarikat luar yang ingin melabur dalam negara yang kucar-kacir dan sentiasa bergolak dengan peperangan . Kalau pelaburan tidak cukup dan tidak menggalakkan , bagaimanakah projek industri dan pembinaan hendak dijalankan? Kalau begitu, bagaimanakah negara hendak mencapai taraf kemajuan?

priya

Posts : 4
Join date : 2009-03-29

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  reeann Sun Mar 29, 2009 6:23 am

Penutup: Tuhan yang mulia mengkurniakan nyawa kepada insan. Setiap nyawa adalah amat berharga dan tiadalah sesiapa yang berkuasa untuk meragut hadiah yang tidak bernilai ini. Bak katanya kuat sepit kerana apitan. Sebaliknya, kita mesti bersepakat dengan suatu suara yang merangkum semua kewarganegaraan di seluruh dunia kerana ini adalah satu-satunya cara menyumbang ke arah kestabilan dan kemakmuran ekonomi.
reeann
reeann

Posts : 5
Join date : 2009-03-18

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  HO KOK WAI Sun Mar 29, 2009 11:44 am

Tambahan pula, peperangan juga membawa kepada kemanduran bukan sahaja dari segi pembangunan negara, malah juga dari segi pembentukan sosial dalam sesebuah negara. Urbanisasi merupakan faktor yang penting dalam proses pembanguan sesebuah negara. Tetapi, peperangan yang sering telah membawa kemusnahan kepada aset-aset manusia contohnya tempat tinggal yang merupakan tempat pelindungan bagi setiap individu. Selain itu, peperangan juga memberi impak dari segi mental kepada insan-insan yang terlibat terutamanya kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Mereka yang membesar di sekeliling yang sering berlaku peperangan akan kehilangan kemanusiaan. Misalnya, pembunuhan yang kerap kali berlaku semasa peperangan akan menyebabkan kehilangan ahli terdekat mangsa-mangsa peperangan. Akibatnya, mereka akan membuat apa sahaja termasuk membunuh demi melindungi ahli keluarga dari ancaman musuh. Jadi, mereka akan kehilangan kemanusiaan dan hanya menjaga akan kepentingan sendiri disebabkan peperangan yang begitu kejam ini.

HO KOK WAI

Posts : 5
Join date : 2009-03-23

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  WeiShi_L6F Sun Mar 29, 2009 3:42 pm

Isi 1: Chew Wei Shi (U6SF)

Peperangan berlaku dengan kelahiran seseorang wira dan peninggalan nama buruk seseorang pemerintah dalam sejarah tetapi juga ditemani kehilangan nyawa kehidupan yang beribu-ribu.Jepun merupakan negara yang sanggup mencetuskan peperangan demi kepentingan sendiri dan negara.Senjata api ,senjata kimia dan senjata biologi dijadikan alat pembunuh dalam setiap cetusan peperangan yang meragut nyawa berharga.Pemerintah yang kejam menikmati kesengsaraan mangsa dan tawanan peperangan daripada musuh mereka.Tuhan yang mulia semacam buta tehadap perlakuan orang keji yang terlibat dalam kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa ahli keluarga mangsa peperangan yang tidak berdosa. Dewa maut tidak memberi kasihan kepada penduduk Israel dan Palestin, PBB juga tidak dapat menghalang pencerobohan Amerika Syarikat terhadap Iraq.Nyawa seakan tidak bernilai langsung dalam medan peperangan yang tidak bersimpati. Dengan kata lain, peperangan membawa kepada pengurangan bilangan penduduk di atas bumi kita.
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 33

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  kevin_L6F Tue Mar 31, 2009 8:36 am

Isi 2:Peperangan turut memusnahkan harta benda, sama ada harta benda awam mahupuan harta benda persendirian. Banyak harta benda seperti bangunan, jalan , terminal kerata api, lapangan terbang, pelabuhan, jambatan dan sebagainya lenyap begitu sahaja ekoran kemaraan tentera penceroboh. Selain itu, harta benda seperti ternakan, tanaman, alat pengangkutan, hutan juga musnah akibat peperangan yang tidak munasabah. Harta benda ini merupakan kemudahan dan nadi kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Tidak hairan salah satu kesan sampingan peperangan ialah kebuluran dan kadar inflasi yang meningkat. Masyarakat setempat tidak mampu untuk membeli barang keperluan harian. Banyak yang terpaksa menjadi penjenayah dengan merompak, mencuri, melacurkan diri, dan melibatkan diri dalam keburukan sosial semata-mata untuk mencari rezeki hidup. Di Malyasia, sebagai contohnya, semasa tahun 1941hingga 1945, ramai perempuan yang terpaksa menggadaikan maruah mereka kepada askar-askar Jepun yang kejam dan tidak berperikemah=nusiaan semata-mata ingin hidup. Apa daya mereka, hanya itu yang dapat dilakukan demi memastikan nadi terus berdenyut!

kevin_L6F

Posts : 8
Join date : 2008-05-19
Location : Batu Caves

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  leechoonyuan(L6f) Tue Mar 31, 2009 8:41 am

Penutup:Kesimpulannya,peperangan harus dielakkan kerana jalan penyelesaian boleh tercapai melalui perundingan.Sudah banyak yang kita kehilangan ekoran perbuatan nenek moyang kita yang tidak munasabah.Oleh itu,janganlah kita menghilangkan apa-apa yang masih kita ada pada hari ini dan belajarlah daripada sejarah peperangan itu sendiri kerana sejarah pasti boleh mendewasakan kita.Keamanan seluruh dunia bukanlah suatu impian malah akan menjadi kenyataan jika manusia sejagat sanggup bertoleransi antara satu sama lain.

leechoonyuan(L6f)

Posts : 10
Join date : 2008-09-17

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1-KEAMANAN (PEACE)-(Dari Nicholas Gow)

Post  kevin_L6F Tue Mar 31, 2009 8:45 am

Isi 4:Bukan itu sahaja,peperangan yang berlaku juga boleh memusnahkan alam sekitar. Peperangan memungkinkan kawasan hutan terbakar. Letupan bom nuklear akan menyebabkan bahan kimia tertentu merosakkan alam sekitar. Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki dahulu umpamanya telah menjadikan sisa-sisa nuklear terbebas di udara sehingga mengancam kehidupan manusia. Sebagai strategi perang pula, bahan-bahan tertentu seperti minyak mungkin sengaja ditumpahkan ke laut untuk menghalang perjalanan pihak musuh. Dalam Perang Teluk lalu, pihak Iraq dikatakan sengaja menumpahkan minyak dari telaga-telaga minyak Kuwait. Perbuatan ini menyebabkan alam semulajadi di laut musnah dan kesannya akan turut dirasai oleh manusia.

kevin_L6F

Posts : 8
Join date : 2008-05-19
Location : Batu Caves

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  KeeSengU6F Tue Mar 31, 2009 11:58 am

Isi 3:

Selain itu, peperangan juga mengundang kepada kemusnahan tamadun. Tamadun-tamadun pada zaman dulu seperti tamadun Mesopotamia, Mesir, Rom dan Indus yang pernah menjadi tersohor dan agung pada suatu ketika dahulu, termusnah pada akhir zaman akibat peperangan berlaku. Segala baik dan buruk yang terbina oleh tamadun tersebut hilang bersekalian dengan kemusnahan tamadun itu. Ilmu-ilmu dan teknologi yang baik dicipta oleh mereka hilang bersama akibat peperangan. tambahan pula, khazanah yang agung juga telah dihapuskan oleh pihak yang menceroboh. Lama-kelamaan, kepupusan sesuatu bangsa juga berlaku disebabkan oleh peperangan yang tidak berkemanusiaan.

KeeSengU6F

Posts : 14
Join date : 2008-09-23

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  mui lim(L6A) Mon Sep 21, 2009 3:09 am

Pendahuluan:Sejak pengeboman Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat dengan menggugurkan bom atom "Littel Boy" dan "Fat Man" telah mengakibatkan kedua-dua bandar musnah.Peperangan telah menjadi gaya hidup kepada negara-negara berkuasa dan moden.Contohnya,Perang Dunia Kedua ,Perang Dingin , dan Perang antara Amerika Syarikat dengan Iraq.Pihak negara yang mula peperangan dengan negara lain seolah-olah tidak mempunyai perasaan belas kasihan.Mereka hanya membuktikan bahawa negera mereka adalah negara yang mempunyai kuasa terbesar di dunia ini tanpa membimbangkan keamanan dan kesejahteraan dunia ini.Hal ini telah membawa kesan-kesan buruk kepada semua manusia.

mui lim(L6A)

Posts : 4
Join date : 2009-09-18

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Thu Sep 24, 2009 4:29 pm

Isi 1:
Salah satu kesan peperangan adalah dari segi kemusnahan harta benda manusia. Peperangan akan mengakibatkan orang awam yang tidak berdosa kehilangan tempat tinggal mereka yang dimusnahkan oleh letupan bom semasa peperangan. Mereka terpaksa melarikan diri dalam usaha mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Banyak jambatan dan bangunan yang menelan belanja berjuta juta ringgit akan roboh dalam masa sekelip mata. Ini bukan sahaja merugikan kerajaan, malahan penduduk yang tidak berdosa.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Thu Sep 24, 2009 4:31 pm

Isi 2:
Selain itu, peperangan akan mengakibatkan kemusnahan pelbagai fauna dan flora. Banyak spesies akan musnah kerana kehilangan habitat mereka. Letupan bom, terutamanya bom nuklear akan mengakibatkan kawasan-kawasan yang diletupkan itu menjadi gersang serta tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akan musnah. Born-born yang diletupkan di sungai dan laut pula akan mengakibatkan hidupan akuatik yang merupakan sumber protein manusia musnah

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Thu Sep 24, 2009 4:32 pm

Isi 3:
Peperangan juga menyebabkan kehilangan khazanah dunia. Pelbagai unsur dalam pembangunan ketamadunan manusia yang menjadi kebanggaan manusia akan musnah. Letupan-letupan bom telah mengakibatkan banyak unsur warisan budaya manusia seperti bangunan bersejarah dan Beni bina hilang begitu sahaja. Unsur-unsur tamadun manusia yang diwarisi penting dalam usaha menyedarkan generasi muda tentang perkembangan manusia dan artifaknya.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Thu Sep 24, 2009 4:33 pm

Isi 4:
Satu lagi kesan peperangan ialah kehilangan nyawa manusia. Banyak manusia akan mati kerana peperangan. Wabak-wabak penyakit pula akan merebak kerana keadaan persekitaran yang kotor dan tercemar. Ketiadaan kemudahan hospital akan memburukkan keadaan ini. Selepas Perang Teluk, Iraq menghadapi masalah ini kerana kekurangan perubatan. Ini menjurus kepada kadar kematian yang meningkat, khususnya di kalangan bayi dan kanak-kanak. Pelbagai penyakit akan menular serta mengakibatkan kecederaan, kecacatan dan kematian manusia. Kesan letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki menjadi bukti nyata hal ini

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE) Empty Re: TAJUK ESEI MINGGU 1- KEAMANAN (PEACE)

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum