PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lori tangki gas meletup, dua cedera parah

2 posters

Go down

Lori tangki gas meletup, dua cedera parah Empty Lori tangki gas meletup, dua cedera parah

Post  wai peng[L6A] Mon Sep 14, 2009 2:56 pm

PORT DICKSON 13 Sept. - Sebuah lori tangki membawa gas petroleum cecair (LPG) meletup menyebabkan pemandu dan kelindannya cedera parah dalam kejadian di Batu 3, Kampung Kuala Lukut di sini malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, lori tangki terbabit dikatakan meletup secara tiba-tiba.

Ia turut disusuli empat siri letupan sehingga menggegarkan kawasan perkampungan di sekitarnya.

Punca kejadian bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

Difahamkan, kawasan berkenaan merupakan tempat penyimpanan gas LPG haram yang menempatkan lapan lagi tangki.

Sehingga pukul 12.30 tengah malam ini, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan Teluk Kemang masih berusaha mengawal api kebakaran setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.35 malam.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seremban dan Hospital Port Dickson untuk dirawat.

Sementara itu, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Wahab Shamsuddin ketika dihubungi berkata, pengusaha gas LPG itu telah beberapa kali dikompaun ekoran aduan orang ramai.

"Sepatutnya benda (gas LPG) ini tak boleh buat di kawasan itu," katanya.

wai peng[L6A]

Posts : 7
Join date : 2009-07-07
Age : 32

Back to top Go down

Lori tangki gas meletup, dua cedera parah Empty Re: Lori tangki gas meletup, dua cedera parah

Post  HsianMin (U6B/2010) Thu Sep 17, 2009 4:31 pm

memang kita tidak patut melakukan sesuatu yg merbahayakan demi keuntungan..
penyimpanan gas LPG secara haram mampu membunuh seperti yang telah berlaku.. Lori tangki gas meletup, dua cedera parah Affraid
nasib baik tidak banyak mangsa yang terbabit dalam tragedi tersebut..
harap-harap tragedi ini memberi pengajaran kepada pihak yang telah melakukan kesalahan yang sama..
hentikan semua aktiviti haram yang membawa padah sementara masih sempat..
INGATILAH ORANG YANG DISAYANGI Lori tangki gas meletup, dua cedera parah Icon_redface

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum