PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perbincangan isu sosial

4 posters

Go down

Perbincangan isu sosial Empty Perbincangan isu sosial

Post  PnLeela Thu Nov 27, 2008 6:50 am

Apa kahabar semua? Smile

Sila gunakan ruang ini untuk perbincangan isu sosial terkini berdasarkan maklumat dari akhbar atau media yang lain. beikan hujah-hujah yang konkrit dan relevan yang boleh membuka ruang kepada perbincangan yang matang dan logik. Cool

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Perbincangan isu sosial Empty Re: Perbincangan isu sosial

Post  CikguPA Sun Mar 22, 2009 3:15 pm

Kokurikulum bantu pelajar bebas masalah sosial

KUALA LUMPUR 17 Mac - Aktiviti kokurikulum yang dijalankan secara proaktif diyakini dapat membantu pihak sekolah mengatasi masalah sosial khususnya gejala buli di kalangan pelajar.

Perunding Psikologi K & A Applied Psychology Consultancy, Khairol Anuar berkata, beliau bersetuju jika aktiviti kokurikulum sama ada sukan, badan beruniform atau persatuan diberi penekanan yang sama seperti akademik.

Katanya, sekolah biasanya lebih menitik beratkan mengenai hal akademik dan ada yang tidak mewajibkan aktiviti kokurikulum kepada pelajar.

"Kebanyakan pelajar hari ini lebih menghabiskan masa dengan permainan berkomputer dan keadaan ini membuatkan mereka kurang berinteraksi dengan orang ramai.

"Bila libatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, pelajar akan bergaul dengan ramai kawan, mewujudkan sifat kepimpinan dan kemanusiaan yang murni, bijak komunikasi dan tidak mudah melenting," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Beliau diminta mengulas pendapat seorang pembaca melalui Forum, Utusan Malaysia sebelum ini yang mahukan Kementerian Pelajaran memastikan sekolah memberi penekanan kepada aktiviti kokurikulum.

Khairol berkata, pada masa yang sama, sekolah perlu bijak menyediakan peralatan atau kelengkapan seperti uniform bagi memenuhi aktiviti kokurikulum supaya tidak membebankan ibu bapa.

Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz pula berkata, tidak dinafikan kebanyakan sekolah kini mewajibkan pelajarnya menyertai aktiviti kokurikulum, namun ia perlu dipertingkatkan.

"Masalah sosial seperti kes buli berlaku kerana pelajar hanya melihat hidup melalui skop sekolah dan tidak faham konteks hidup bermasyarakat.

"Sekolah perlu mempertingkatkan pengisian aktiviti kokurikulum dari segi nilai, kualiti dan kerohanian," katanya.

Pada masa yang sama, jelasnya, aktiviti berkenaan dapat mengisi masa terluang mereka dengan kegiatan berfaedah.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohammad berkata, aktiviti kokurikulum memang sudah lama diwajibkan oleh sekolah ke atas pelajar, cuma masalahnya ialah tempoh pelaksanaan.

Menurutnya, setiap hari persekolahan guru perlu memastikan pelajar diberi pelbagai pendedahan berguna dan waktu yang ada untuk aktiviti kokurikulum amat terhad.

"Pendedahan yang diberikan sekolah ketika aktiviti ini lebih kepada asas untuk membentuk disiplin pelajar," katanya.

Dalam memastikan pelajar mempunyai nilai yang baik, tegas beliau, ibu bapa juga perlu memainkan peranan memantau kegiatan yang dilakukan anak mereka ketika di luar sekolah.

"Ibu bapa jangan meletakkan 100 peratus tanggungjawab kepada sekolah, sebaliknya perlu turut memainkan peranan untuk membina modal insan terbaik dalam diri pelajar," tambahnya.

Utusan Malaysia Online: 18 Mac 2009
Dicatat oleh guru_cikgu di 22:14
Label: disiplin pelajar, kokurikulum,
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perbincangan isu sosial Empty Perbincangan isu sosial

Post  WeiShi_L6F Sun Mar 29, 2009 4:08 pm

Tekanan punca bunuh diri


Perbincangan isu sosial Mainpi11


KEJADIAN bunuh diri boleh disifatkan jenayah yang mungkin kurang popular berbanding samun dan rompak yang didedahkan hampir setiap hari, tetapi realitinya ia sememangnya membimbangkan kerana bilangan kes bunuh diri yang kian meningkat.

Buktinya di Malaysia sendiri, kejadian bunuh diri tidak lagi hanya membabitkan golongan dewasa yang dikaitkan dengan kematangan, tetapi juga anak kecil yang baru berusia 12 tahun!

Malah data yang dipetik sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam usaha membantu menangani kes ini, mendakwa ada sekurang-kurangnya tujuh kes bunuh diri sehari di Malaysia.

Golongan dewasa dihimpit masalah hutang atau perhubungan cinta dan keluarga, golongan remaja pula membunuh diri akibat faktor akademik seperti tekanan kerana gagal meraih 7A atau lebih dalam peperiksaan awam.

Statistik menunjukkan, bagi tempoh 15 tahun lepas, seramai tujuh hingga 12 orang daripada setiap 100,000 penduduk Malaysia, mati kerana membunuh diri. Bagi tempoh sama di Singapura, nisbahnya adalah 15 hingga 20 orang bagi setiap 100,000, juga mati sebab bunuh diri. Di Korea, negara yang mana statistik bunuh dirinya menjadi antara yang tertinggi di dunia, menyaksikan 15 hingga 44 rakyatnya mati bunuh diri.

Namun katanya, berbanding negara barat, data di Malaysia dan kebanyakan negara Asia mungkin kurang tepat kerana dalam kebanyakan laporan perubatan, tidak mencatatkan bunuh diri sebagai sebab kematian.
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 33

Back to top Go down

Perbincangan isu sosial Empty Perbincangan isu sosial

Post  leechoonyuan(L6f) Tue Mar 31, 2009 4:52 pm

Saya percaya bahawa aktiviti kokurikulum yang dijalankan secara proaktif di sekolah boleh membantu pelajar bebas dari masalah sosial.Ini kerana pelajar telah mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang bermanfaat dan bukannya melepak di pusat hiburan.Saya berpendapat bahawa mengunjungi pusat hiburan seperti ciber kafe adalah suatu kegiatan yang tidak sihat dan membazir masa.Ini kerana pelajar tidak dapat fokus dalam pelajarannya jika peka bermain komputer.Aktiviti kokurikulum dapat memupuk sifat kepimpinan dan cara berinteraksi pelajar apabila mereka melibatkan diri dalam kokurikulum

leechoonyuan(L6f)

Posts : 10
Join date : 2008-09-17

Back to top Go down

Perbincangan isu sosial Empty Re: Perbincangan isu sosial

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum