Rancang boikot media tindakan pengecut

View previous topic View next topic Go down

Rancang boikot media tindakan pengecut

Post  Adam(L6B) on Tue Jul 16, 2013 11:09 am

Kuala Lumpur: Rancangan pembangkang melancarkan gerakan memboikot akhbar Utusan Malaysia, The Star, New Straits Times (NST) dan TV3 selama tiga tahun, disifatkan sebagai tindakan pengecut.

Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib, berkata rancangan itu juga menunjukkan sikap pakatan pembangkang yang takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.
Tindakan itu ternyata tidak adil dan berbentuk penindasan kepada media dan masyarakat kerana ia tidak menjurus kepada mewujudkan perpaduan selain tidak memberi peluang untuk rakyat mendapat maklumat yang seimbang.

Mahu organisasi media bankrap

Pembangkang hanya mahu rakyat mendengar pandangan mereka, tanpa perlu mendengar pihak yang lain, katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, yang dilaporkan Utusan Malaysia, Ahad lalu, mengenai tindakan memboikot yang dijangka dilancarkan selepas Aidilfitri dan diteruskan sehingga semua organisasi media itu bankrap.


Pada pendapat saya, salah satu faktor rakyat memboikot akhbar atau media masa tertentu ialah pemberita tersebut sentiasa menggunakan perkataan yang tajam dan menpaparkan berita secara belah sebelah. Pada pilihan raya ke-13, akhbar and television mempaparjkan pelbagai berita atau slogan memkritikan pihak pembankang. Hal ini sama juga berlaku pada internet. Pihak pembankang memkritikan kerajaan degan melalui pelbagai rangkaian social dan forum-forum sperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Sebagai seorang rakyat Malaysia kita haruslah berfikiran terbuka dan menanalisiskan berita yang dipaparkan di ahkbar atau internet supaya tidak dipengaruhi oleh berita yang tidak benar.

Adam(L6B)

Posts : 6
Join date : 2013-05-22

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum