Berita SUHAKAM (2)

View previous topic View next topic Go down

Berita SUHAKAM (2)

Post  KHooNg (L6B/2013) on Fri Jul 12, 2013 1:09 pm

Pilihan Raya

PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Panel Penasihat Bebas Mengenai Bersih 3.0 telah menyerahkan laporan akhir panel itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di pejabatnya di sini Rabu.Beliau berkata laporan tersebut mengenai perhimpunan 28 April tahun lepas itu berjaya disiapkan daripada hasil keterangan 45 saksi dan menyifatkan laporan itu sebagai telus dan adil.

Pengerusi Panel, Tun Hanif Omar berkata laporan setebal 500 halaman itu telah siap sejak April lepas namun tidak dapat diserahkan kerana memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Laporan tersebut mengandungi beberapa nasihat serta cadangan kepada kerajaan untuk kepentingan negara dan rakyat namun terserah kepada Ahmad Zahid sama ada hendak mendedahkan atau tidak kepada umum, katanya pada sidang media di sini.


Maklumat lanjut http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=962415

KHooNg (L6B/2013)

Posts : 4
Join date : 2013-05-16
Age : 21

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum