Bankrap

View previous topic View next topic Go down

Bankrap

Post  You Xuan (L6B) on Wed Jul 10, 2013 4:38 pm

Apa itu kebankrapan?

Kebankrapan adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM30,000.00.

Bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi bankrap?
Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan suatu Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman terhadap seseorang individu selepas suatu Petisyen Kebankrapan dikemukakan. Petisyen Kebankrapan ini dikemukakan di mahkamah melalui dua (2) cara:

(a)Petisyen Pemiutang.
Suatu Petisyen Pemiutang hanya boleh dikemukakan setelah suatu tindakan kebankrapan dilakukan oleh penghutang dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh pengemukaan petisyen. Selain itu, penghutang tersebut hendaklah:
1.Tinggal di Malaysia; atau
2.Dalam tempoh satu tahun sebelum tarikh pengemukaan petisyen:
3.Telah tinggal di Malaysia; atau
4.Telah mempunyai sebuah rumah kediaman di Malaysia; atau
5.Telah mempunyai tempat perniagaan di Malaysia; atau
6.Telah menjalankan perniagaan sendiri atau melalui ejen di Malaysia; atau
7.Telah dalam tempoh yang sama menjadi seorang ahli sebuah firma atau perkongsian yang telah     menjalankan perniagaan dalam Malaysia dengan cara seorang pekongsi atau pekongsi-pekongsi atau seorang ejen atau pengurus.
8.Petisyen Pemiutang dikemukakan apabila penghutang berhutangan dengan pemiutang pempetisyen tidak kurang dari RM30,000.00.

(b)Petisyen Penghutang.
Suatu Petisyen Penghutang merupakan satu tindakan kebankrapan. Petisyen Penghutang ini difailkan atau dikemukakan oleh penghutang itu sendiri yang menjadikan dirinya seorang bankrap bagi melindungi dirinya dari tuntutan pemiutang yang berlebihan. Berlainan dengan Petisyen Pemiutang, tiada sebarang had atau jumlah hutang yang disyaratkan sebelum memfailkan Petisyen Penghutang. Selepas mengemukakan Petisyen Penghutang, ianya tidak boleh ditarik balik kecuali dengan kebenaran mahkamah.

Apakah tanggungjawab seorang bankrap?
Tanggungjawab seorang bankrap termasuklah:
1.Menghadirkan diri di JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah   Penghukuman dikeluarkan terhadapnya dan juga setiap mesyuarat atau perjumpaan apabila diarahkan 2.Menyerahkan semua harta miliknya kepada KPI;
3.Memfailkan Pernyataan Hal Ehwal;
4.Menyerahkan Penyata Perbelanjaan dan Pendapatan bagi tempoh setiap enam (6) bulan; Menghadiri 5.semua mesyuarat-mesyuarat pemiutang;
6.Mengelakkan dari memperoleh kredit Tidak membuat pembayaran terus hutang kepada pemiutang; 7.Membuat bayaran ansuran bulanan ke dalam estet kebankrapan;
8.Sentiasa mengemaskini dan memberitahu dengan segera jika terdapat sebarang perubahan nama, alamat tempat tinggal, no. telefon, jumlah pendapatan, harta dan maklumat lain yang berkaitan;
9.Memberi respon dan menjawab sebarang pertanyaan kepada Ketua Pengarah Insolvensi; dan Tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah Insolvensi, Mahkamah dan peruntukan di dalam Akta Kebankrapan 1967.

Apakah sekatan-sekatan ke atas bankrap?
1.Tidak boleh dilantik atau bertindak sebagai Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret Tidak boleh dicalonkan di dalam pilihanraya dan / atau menjadi perwakilan (hilang kelayakan sebagai ahli atau memegang mana-mana jawatan di dalam persatuan)
2.Tidak boleh dicalonkan atau dipilih atau memegang atau menjalankan jawatan Ahli Majlis sebuah Pihak Berkuasa Tempatan.
3.Tidak boleh meneruskan mana-mana tindakan kecuali dengan sanksi Ketua Pengarah Insolvensi.
4.Tidak boleh meninggalkan persekutuan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
5.Tidak boleh menjalankan mana-mana perniagaan atau menjadi seorang pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana syarikat kecuali dengan kebenaran dari Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
6.Tidak boleh bekerja dengan syarikat milik pasangan, keluarga atau saudara kecuali dengan kebenaran dari Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
7.Tidak dibenarkan membuat pinjaman melebihi RM1,000.00 tanpa memaklumkan kepada pihak yang memberi pinjam bahawa dia adalah seorang bankrap

You Xuan (L6B)

Posts : 8
Join date : 2013-05-19
Age : 21

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum