Keputusan Tiada Sesi Soal Jawab DUN P.Pinang

View previous topic View next topic Go down

Keputusan Tiada Sesi Soal Jawab DUN P.Pinang

Post  Adam(L6B) on Wed Jul 03, 2013 1:16 pm

GEORGE TOWN, 3 Julai (Bernama) -- Keputusan tidak memasukkan sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang mula bersidang Rabu dibuat atas nasihat penasihat undang-undang negeri, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak agar tidak menyalahkan Speaker DUN Law Choo Kiang yang baharu dilantik 28 Jun lepas kerana tidak memberi laluan untuk sesi soal jawab pada persidangan hari ini.

Sambil menyatakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku, Lim berkata beliau akan mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu....
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=960684

Pada pendapat saya,perkara tersebut telah mencantuskan demokrasi dalam negara kita. Sesi soal jawab dalam persidangan Dewan Undangan Negeri adalah untuk mempersoal dasar-dasr kerajaan. Jika sesi soal jawab tidak dimasukan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri, wakil rakyat tidak dapat mempersoalkan isu atau masalah yang dibahaskan. Ini bermakna wakil rakyat sudah menghilangkan hak mereka sebagai seorang wakil untuk bersoal dan hanya mengikut apa kerajaan diberikan.Saya amat berharap keputusan tersebut ditolakkan demi demokrasi Negara kita.

Adam(L6B)

Posts : 6
Join date : 2013-05-22

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum