PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jerebu

2 posters

Go down

Jerebu Empty Jerebu

Post  You Xuan (L6B) Thu Jun 20, 2013 3:06 pm

Karnival Ragbi Johor 2013 ditangguhkan akibat jerebu
JOHOR BAHRU: Karnival Ragbi Johor 2013 yang dijadual berlangsung di Dataran Bandar Raya, di sini, Sabtu dan Ahad ini, terpaksa ditunda berikutan masalah jerebu, menurut Kesatuan Ragbi Johor hari ini. 

Presidennya, Mohd Noorazam Osman berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan Kesatuan Ragbi Malaysia, Kesatuan Ragbi Asia, kerajaan negeri, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan negeri. 


"Penundaan ini dibuat selepas mengambil kira risiko kesihatan yang akan dihadapi oleh para peserta berikutan keadaan persekitaran yang berjerebu dan tidak sesuai untuk mengadakan aktiviti luar. 



"Bagaimanapun, karnival ini akan ditunda kepada satu tarikh yang akan ditentukan kelak," katanya dalam kenyataan di sini. 

Karnival Ragbi Johor 2013 menggabungkan dua kejohanan serentak iaitu Cabaran Ragbi Iskandar Malaysia 10's dan Cabaran Kesatuan Ragbi Asia 7's (AFRU 7's). 

Sementara di LEDANG, Kejohanan Bola Jaring Antara Sekolah-Sekolah Asrama Penuh Seluruh Malaysia di Sekolah Menengah Sains Muar, Tanjung Agas di sini, esok dibatalkan berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk. 

Pengetua Sekolah Menengah Sains Muar, Samingan Samio berkata, pihaknya menerima arahan daripada Kementerian Pendidikan supaya membatalkan kejohanan tiga hari itu selepas bacaan paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan tersebut mencatat 352 mata pada tengah hari tadi. - BERNAMA
APIStatusAreas%
0-50Good515%
51-100Moderate4078%
101-200Unhealthy23%
201-300Very Unhealthy23%
>301Hazardous11%


Masalah jerebu yang semakin kritikal ini telah menggugat kesejahteraan hidup dan kesihatan rakyat Malaysia. Hal ini tidak lagi boleh dipandang enteng. Pada pendapat saya, kita harus mengurangkan aktiviti luar buat masa kini untuk mengelakkan diri daripada udara tercemar yang berbau asap dan memedihkan mata ini. Ibu bapa seharusnya menyediakan topeng muka atau memastikan anak minum air yang mencukupi untuk mengurangkan kepanasan. Namun demikian, dalam skop yang lebih berpanjangan, kerajaan Malaysia harus berunding dengan kerajaan Indonesia untuk menangani isu pembakaran hutan ini. Jabatan Alam Sekitar Johor, Melaka dan Selangor juga telah pun menguatkuasakan undang-undang untuk mendenda sesiapa yang terbabit dalam pembakaran terbuka (Denda RM500,000 atau dipenjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali). Diharapkan bahawa tahap kualiti udara di negara kita dapat dipulihkan secepatkan mungkin. No

You Xuan (L6B)

Posts : 8
Join date : 2013-05-19
Age : 28

Back to top Go down

Jerebu Empty Re: Jerebu

Post  PnLeela Mon Jun 24, 2013 9:40 am

Artikel yang memang sesuai dengan keadaan sekarang

Guna warna font yang bersesuaian dengan background:D

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum