KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN

View previous topic View next topic Go down

KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN

Post  ChinPangL6B on Wed Jun 19, 2013 2:59 pm

DEFINISI KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN
Kumpulan wang yang disatukan didefinisikan di bawah Perkara 97,  Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
(1) Segala hasil dan wang tidak kira bagaimana jua pun diperdapatkan atau diterima oleh Persekutuan, tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan, hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi satu kumpulan wang, yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

(2) Segala hasil dan wang tidak kira bagaimana jua pun diperdapatkan atau diterima oleh sesuatu Negeri, tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang, hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi satu kumpulan wang, yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri itu.

(3) Jika mengikut undang-undang Negeri atau, berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, mengikut undang-undang persekutuan apa-apa Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya diperdapatkan, maka hasil itu hendaklah dibayar ke dalam suatu kumpulan wang yang berasingan dan tidaklah boleh dibayar daripadanya kecuali di bawah kuasa undang-undang Negeri atau undang-undang persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4) Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai Kumpulan Wang Disatukan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.




3 KOMPONEN KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN 
-Akaun Hasil Disatukan
Akaun ini mengakaunkan Hasil dan Perbelanjaan Kerajaan. 



-Akaun Amanah Disatukan
Akaun ini pula mengakaunkan Wang-wang Deposit dan Amanah Kerajaan.



-Akaun Pinjaman Disatukan
Bertujuan untuk mengakaunkan pinjaman-pinjaman kerajaan yang melibatkan Pinjaman Luar Negara dan Pinjaman Dalam Negeri.


RUJUKAN LAMAN WEB
http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/perkara97-Ma.Html

http://ca18761-talk-about-everything.blogspot.com/2009/04/kumpulan-wang-disatukan.html

ChinPangL6B

Posts : 3
Join date : 2013-05-16

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum