Bajet 2013: Rebat RM200 pembelian telefon bimbit 3G

View previous topic View next topic Go down

Bajet 2013: Rebat RM200 pembelian telefon bimbit 3G

Post  Kerh Lai Yan (L6A/2012) on Fri Sep 28, 2012 7:28 pm

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Golongan belia akan menikmati rebat sebanyak RM200 secara one-off atau bayar sekali bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Perdana Menteri berkata pakej khas itu, yang akan diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat telekomunikasi, terbuka kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

"Sebanyak RM300 juta disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada pendapat saya, ini dapat membuka akses untuk golongan itu kepada lebuh raya maklumat.

Kerh Lai Yan (L6A/2012)

Posts : 12
Join date : 2012-06-27

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum