Bajet 2013: Tambahan bonus sebulan gaji kakitangan awam

View previous topic View next topic Go down

Bajet 2013: Tambahan bonus sebulan gaji kakitangan awam

Post  Kerh Lai Yan (L6A/2012) on Fri Sep 28, 2012 6:33 pm

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas, Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.

Pada pendapat saya, pemberian bonus ini dapat mengurangkan beban penjawat
awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan. Bukan itu sahaja, productivity pekerja akan meningkat semasa bekerja.

Kerh Lai Yan (L6A/2012)

Posts : 12
Join date : 2012-06-27

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum