Bajet 2013: Pencen minimum dinaikkan kepada RM820

View previous topic View next topic Go down

Bajet 2013: Pencen minimum dinaikkan kepada RM820

Post  Kerh Lai Yan (L6A/2012) on Fri Sep 28, 2012 5:25 pm

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelarasan pencen itu akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Jan 2012.

"Kerajaan tidak akan lupa jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.

"Langkah ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Pada pendapat saya, penyelarasan pencen ini membawa banyak faedah kepada pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun. Kenaikan pencen akan menyebebkan pendapatan bagi kakitangan kerajaan yang bersara bertambah. Oleh ini, taraf hidup pesara akan bertambah baik.

Kerh Lai Yan (L6A/2012)

Posts : 12
Join date : 2012-06-27

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum