PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ibu, anak tumpaskan peragut

Go down

Ibu, anak tumpaskan peragut Empty Ibu, anak tumpaskan peragut

Post  YuLing(L6A/2012) Fri Sep 21, 2012 11:43 am

Kuala Terengganu: “Ibu nekad suruh saya kejar peragut walaupun dalam beg saya hanya ada RM100 dan dua telefon bimbit,” kata Nor Suzilamurni Mohamad, 21, menceritakan detik dia diragut di hadapan rumahnya, Selasa lalu.

Nor Suzilamurni dari Kampung Paya Lima Amas, Batu Enam berkata, sebelum kejadian pada jam 10.30 malam, beliau dan ibunya, Rohana Aziz, 39, membeli mi goreng di kedai berhampiran. Perasan ada motosikal ekori
“Saya perasan ada motosikal mengekori kami dalam perjalanan balik, tetapi tidak mengendahkan kerana fikir budak kampung mahu mengusik.

“Tetapi setibanya di depan rumah, motosikal lelaki itu menghimpit motosikal kami ketika saya memperlahankan kenderaan lalu meragut beg dari dalam bakul motosikal.

“Sebaik diragut, ibu suruh saya kejar peragut dan meminta tolong orang kampung. Kami kejar hingga ke Kampung Tebauk, sebelum meminta seorang budak lelaki turut sama mengejar peragut itu.

“Budak itu turut membunyikan hon dan meminta tolong orang kampung menahan peragut dan selepas itu hampir 40 penduduk membantu kami.
Suspek campak beg

“Mungkin kerana takut melihat ramai penduduk membantu, lelaki terbabit mencampak beg saya di hadapan Klinik Bukit Tunggal selepas tiga kilometer dikejar, sebelum ditahan penduduk,” katanya.

Suzilamurni yang bekerja di sebuah pasar raya berkata, sebaik ditahan, suspek dipukul penduduk kerana geram dengan perbuatan itu.

“Dia sempat minta maaf pada saya dan kata tersilap meragut orang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata mangsa bersama ibunya bertindak berani mengejar suspek sebelum meminta bantuan orang kampung.

Katanya, suspek berusia 40 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori dari Tepoh, di sini, diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Pada pendapat saya,tindakan mereka mengejar balik suspek itu amat bahaya kerana perompak tersebut mungkin akan meragut nyawa mereka.Walaupun dalam bag itu mempunyai RM 100 dan 2 buah telefon,tetapi nyawa yang paling penting untuk kita.Oleh itu,kita mesti munpunyai fikiran yang rational dan bertenang apabila menghadapi kes begitu serta tidak meragut balik harta yang telah diragut.

YuLing(L6A/2012)

Posts : 7
Join date : 2012-06-26

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum