Pupuk amalan menabung

View previous topic View next topic Go down

Pupuk amalan menabung

Post  Shuefern(L6A/12) on Sat Sep 15, 2012 6:35 am

ILMU menabung tidak datang dengan sendiri, sebaliknya amalan murni itu patut didedahkan bagi membolehkan kanak-kanak melihat dengan jelas matlamat berkenaan, lantas dipraktikkan seumur hidup.

Kebanyakan kanak-kanak diberi sejumlah wang oleh ibu bapa mereka ketika di sekolah rendah lagi iaitu sejak usia tujuh tahun. Pembelajaran cara menyimpan, berbelanja dan hal berkaitan dengan pengurusan kewangan dapat membantu mereka sebagai persiapan untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik apabila dewasa.

Berdasarkan laporan dan aliran menunjukkan lebih ramai golongan muda yang diisytiharkan bankrap. Masalah berkaitan kewangan semakin dihadapi pekerja muda disebabkan beberapa faktor seperti mereka berasa teruja apabila memperoleh pendapatan sendiri. Oleh itu mereka akan berbelanja semahunya bagi memenuhi impian mereka tanpa memiliki pengetahuan dan kemahiran menguruskan wang secara berhemat.



Ulasan:
Amalan menabung perlu disemai sejak anak-anak masih kecil agar mereka dapat membudayakan tabiat menabung. Semua pihak, terutamanya ibu bapa perlu sentiasa berusaha untuk menjayakan kempen menabung di kalangan generasi muda kita.

Shuefern(L6A/12)

Posts : 10
Join date : 2012-09-14

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum