Penculikan(LSY/L6A 2012)

View previous topic View next topic Go down

Penculikan(LSY/L6A 2012)

Post  Lim Sok Yin on Fri Sep 14, 2012 5:26 pm

SIBU: Empat sahabat termasuk seorang wanita dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan menculik seorang suri rumah dan memperoleh wang tebusan sebanyak RM53,400, dua tahun lalu.

Wanita berkenaan Ting Khai Sin, 20, dan tiga lelaki Lu King Wen, 23, Tan Teng Chiew, 28 dan Wee Nyet Lung didapati bersalah melarikan dan mengurung mangsa yang hanya dikenali sebagai Wong, 47, pada jam 9 pagi, 17 Julai, 2010. Hakim Datuk Yew Jen Kei memutuskan hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prime facie dan bersetuju bahawa fakta kes itu tidak mewajarkan hukuman mati berdasarkan kenyataan mangsa dan hujahan peguam bela tertuduh.
Beliau berkata tertuduh juga dikecualikan daripada hukuman sebat memandangkan tiada kekerasan digunakan dan mangsa dibebaskan pada hari kejadian.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

"Oleh kerana mahkamah terpaksa memutuskan antara hukuman mati dan penjara seumur hidup, maka saya jatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap kesemua tertuduh," katanya.

Mengikut fakta kes, kesemua tertuduh yang menaiki sebuah kereta dengan sengaja merempuh kereta mangsa di hadapan sebuah sekolah menengah di sini, seolah-olah kelihatan seperti kemalangan.
Selepas berbincang di lokasi kemalangan, kesemua tertuduh bersetuju membayar ganti rugi kepada mangsa untuk kerosakan keretanya.
Ting kemudian memandu kereta mangsa ke sebuah bengkel kereta pilihannya manakala mangsa diminta menaiki kereta tertuduh untuk ke bengkel kereta berkenaan.
Bagaimanapun, sebaik sahaja menaiki kereta tertuduh, mata mangsa diikat dengan kain sebelum disumbat ke dalam guni dan dibawa ke sebuah lokasi sebelum menuntut wang tebusan.
Oleh kerana mangsa tidak mempunyai wang sebanyak itu, tertuduh mengugut mangsa dengan pisau dan memintanya supaya menghubungi saudaranya supaya memasukkan wang tersebut ke dalam akaun bank tertuduh.
Sebaik sahaja wang tebusan dibayar, mangsa dibebaskan pada hari yang sama.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Franklin Ganggan Bennet dan kesemua tertuduh diwakili oleh peguam David Kouk dan Wee Wui Kiat.
Walaupun akhirnya mangsa dilepaskan dan tidak dicederakan, namun hukuman bagi ketiga-tiga penjenayah ini mendapat hukuman penjara seumur tahun sudah cukup berat.Hukuman ini akan mengingatkan semua orang supaya tidak membuat kesalahan yang sama.

Lim Sok Yin

Posts : 10
Join date : 2012-06-20

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum