PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Remaja didakwa sumbang mahram dengan kakak kandung

Go down

Remaja didakwa sumbang mahram dengan kakak kandung Empty Remaja didakwa sumbang mahram dengan kakak kandung

Post  YuLing(L6A/2012) Thu Sep 13, 2012 11:31 am

JERANTUT: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya, November tahun lalu.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di sini, 12 tengah malam, pada November 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Remaja itu dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan.

Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu.

Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Inspektor Arifin Saidun manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Kamaruddin.
Kes sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lalu dan laporan kes itu dibuat seorang jururawat hospital itu pada 22 Ogos lalu.

Pada pendapat saya,kita haruslah mempunyai kebijaksanaan untuk membezakan yang betul dari yang salah.Ibu bapa harus sentiasa memberi perhatian terhadap anak mereka supaya tidak terlibat dalam masalah sosial.

YuLing(L6A/2012)

Posts : 7
Join date : 2012-06-26

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum