Bajet 2013: Peruntukan hampir semua kementerian naik

View previous topic View next topic Go down

Bajet 2013: Peruntukan hampir semua kementerian naik

Post  hasrul L6A on Tue Sep 11, 2012 6:32 pm

POH<10.9.2012> - Secara keseluruhannya, peruntukan kepada hampir semua kementerian akan dinaikkan menerusi Bajet 2013 yang dijadual dibentangkan di Parlimen 28 September ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, Kabinet telah meluluskan draf Bajet 2013 yang telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada mesyuaratnya Rabu lepas dan pihaknya telah meneliti satu persatu perbelanjaan kesemua kementerian.

"Kita telah meminta bantuan Bank Dunia dan di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik, kita telah meneliti perbelanjaan (kementerian) satu persatu. Jadi, asasnya, kesemua kementerian akan mendapat peruntukan dan hanya satu atau dua akan berkurangan berikutan inisiatif rasionalisasi," katanya ketika menghadiri jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran pasar raya borong Mydin di Gugusan Manjoi di sini semalam.

Berhubung beberapa perkara yang dibangkitkan sejak tahun lepas antaranya mengenai cukai, cukai pendapatan dan cukai korporat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan perkara itu, katanya.

"Kita tidak berhasrat untuk meningkatkan kadar cukai," katanya.

Beliau berkata, peningkatan peruntukan kepada kementerian akan dibantu oleh peningkatan jumlah hasil kerajaan.

"Seperti yang saya kata, di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik, kami telah melakukan kajian indeks perolehan khususnya mengenai cukai pendapatan di mana kita mengkaji kelemahan. Kita percaya ia akan terus menyumbang kepada pendapatan tinggi bagi negara," katanya

hasrul L6A

Posts : 7
Join date : 2012-06-23

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum