PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Polis nasihat waspada peragut di LRT

Go down

Polis nasihat waspada peragut di LRT Empty Polis nasihat waspada peragut di LRT

Post  YuLing(L6A/2012) Thu Sep 13, 2012 11:01 am

Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika berada di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) berikutan beberapa kejadian ragut didalangi sekumpulan pelajar sekolah menengah.

Dalam kejadian terbaru, pagi kelmarin, tiga pelajar sekolah menengah berusia 14 hingga 17 tahun, mencabul dan meragut seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta berusia 21 tahun di Stesen LRT Jalan Hang Tuah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata salah seorang suspek berjaya ditahan sepasukan pegawai dan anggotanya yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di lokasi sama.
Hasil siasatan mendapati suspek yang berasal dari Desa Tasik, Sungai Besi di sini, dan dua rakannya yang masih bebas, menolak mangsa hingga terjatuh dan mencabulnya sebelum meragut telefon bimbit.

Sepasukan polis yang berada di lokasi itu mengejar ketiga-tiga pelajar terbabit yang memakai pakaian biasa sebelum menahan suspek utama yang membawa telefon milik mangsa, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Polis turut menemui pisau lipat, dipercayai digunakan suspek untuk mengugut dan menakutkan mangsanya.

Suspek yang turut memiliki rekod jenayah samun secara berkumpulan yang dilakukannya di Daerah Dang Wangi, Mac lalu, kini ditahan reman mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut, manakala dua rakannya sedang diburu.

Pada pendapat saya,semua orang mestilah berhati-hati semasa berada di LRT.Kita haruslah sentiasa berwaspada dan memerhati sekeliling kita.Pihak polis juga harus menguatkuasakan undang-undang supaya keselamatan masyarakat dapat dijamin.

YuLing(L6A/2012)

Posts : 7
Join date : 2012-06-26

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum