PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bayi ditemui mati dalam mangkuk tandas hospital

Go down

Bayi ditemui mati dalam mangkuk tandas hospital Empty Bayi ditemui mati dalam mangkuk tandas hospital

Post  Tham Wei Chean L6A'12 Thu Sep 06, 2012 6:32 pm

KUANTAN: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kira-kira jam 4.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof, berkata berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi itu ditahan di hospital berkenaan. "Bayi lelaki berkenaan dijumpai mati di dalam mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas. "Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu," katanya. Beliau berkata, sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari pihak hospital mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh petugasnya.
Mohd Jasmani berkata, pelajar berkenaan berada di hospital itu kerana menemani ibunya yang menerima rawatan di situ.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.Pengarah HTAA, Datuk Dr Marlia Muhammed Salleh mengesahkan penemuan mayat bayi itu.
Untuk mengatasi masalah tersebut,pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran di sekolah supaya dapat mengurangkan kes tersebut berlaku.

Tham Wei Chean L6A'12

Posts : 4
Join date : 2012-06-20
Age : 30

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum