Guru mati terkena tembakan ketika memburu kancil

View previous topic View next topic Go down

Guru mati terkena tembakan ketika memburu kancil

Post  ASHLEY L6A/2012 on Tue Sep 04, 2012 5:30 pm

SEREMBAN 23 Ogos - Seorang guru mati manakala rakannya cedera setelah terkena tembakan senapang patah ketika berburu bersama tiga yang lain di kawasan hutan di Kampung Pondoi Tampin, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, Amir Ain, 40, yang cedera parah di perut mati ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala rakannya yang berusia 50-an cedera di punggung dan kini dirawat di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi hari ini berkata kelima-lima mereka masuk ke kawasan hutan berkenaan pada pukul 9 malam untuk memburu kancil.

"Siasatan mendapati seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arah satu objek yang dipercayai haiwan itu tetapi selepas dihampiri objek yang disangka kancil itu ialah orang," katanya.

Wooi berkata berikutan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan saudara terdekat mangsa yang mati dan dua rakannya untuk menbantu siasatan.

Polis turut merampas selaras senapang patah milik lelaki itu bersama sembilan butir peluru hidup dan satu kelongsong peluru, katanya.


Pada pendapat saya, inilah balasan mereka. Mereka yang cari pasal, biarlah kancil-kancil yang tinggal di kawasan hutan itu. Kenapa menganggu kehidupan mereka yang aman.

ASHLEY L6A/2012

Posts : 8
Join date : 2012-06-28

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum