PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Seorang murid tahun 4 putus dua jari kerana main mercun

Go down

Seorang murid tahun 4 putus dua jari kerana main mercun Empty Seorang murid tahun 4 putus dua jari kerana main mercun

Post  Lum Mei Qi (L6A/12) Sun Aug 26, 2012 2:33 pm

Seorang murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil putus ibu jari dan jari telunjuk tangan kiri setelah sebiji mercun bola yang dibakar meletup di tangannya di Taman Desa Bintara, Kuala Ketil, di sini Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, mangsa, Wan Mohd. Anas Amar Mohd. Rosyam, 10, turut patah pergelangan tangan kiri, cedera di bahagian muka, mata, kaki serta tangan kanan akibat terkena serpihan mercun itu.

Bapa mangsa, Mohd. Rosyam Hanafiah, 39, berkata, dia berada di rumah jirannya yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Katanya, dia diberitahu mengenai kemalangan yang menimpa anaknya oleh rakan-rakan yang ternampak anaknya terbaring berlumuran darah di tepi jalan.

“Sebaik sahaja sampai di lokasi saya ternampak Wan Mohd. Anas berlumuran darah dan meraung kesakitan.

“Saya terus bawa dia ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil dan kemudian dia dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut," jelasnya ketika ditemui di HSAH, di sini hari ini.

Menurutnya, dia difahamkan melalui cerita rakan-rakannya, anaknya terjumpa mercun bola itu yang telah dibuang kerana tidak menyala selepas dibakar.

“Anak saya ambil mercun itu lalu bakar semula sumbu, tiba-tiba ia meletup di tangan kirinya sebelum sempat dia baling mercun tersebut," ujarnya yang sedih setiap kali mendengar rintihan anaknya kesakitan.

Tambahnya, anaknya yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu tidak pernah membakar mercun dan kebiasaannya hanya melihat rakan-rakannya bermain berhampiran rumah mereka.

“Tak sangka pula bila dia main mercun buat kali pertama menyebabkan dia mendapat kemalangan begini," katanya.
Pada pendapat saya,ibu bapa anak tersebut perlulah mematuhi undan-undang,supaya perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi.Selain itu,saya berasa kesian terhadap anak tersbut..Crying or Very sad

Lum Mei Qi (L6A/12)

Posts : 10
Join date : 2012-06-21

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum