Samsung akan cabar keputusan mahkamah memihak kepada Apple

View previous topic View next topic Go down

Samsung akan cabar keputusan mahkamah memihak kepada Apple

Post  wong suk may/L6A/2012 on Sat Aug 25, 2012 12:48 pm

SEOUL: Samsung Electronics berkata, syarikat itu akan mencabar keputusan mahkamah di Amerika Syarikat yang memutuskan mereka supaya membayar pesaing teknologi, Apple ganti rugi lebih AS$1 bilion kerana melanggar hak paten.

"Kami akan bertindak pantas dengan memfailkan bantahan bagi mengetepikan keputusan di mahkamah ini dan jika kami tidak berjaya, kami akan merayu kepada Mahkamah Rayuan," kata Samsung.

Kenyataan Samsung Electronics itu dibuat beberapa jam selepas juri mahkamah di San Jose, California memutuskan Apple dibayar sebanyak AS$1.05 bilion kerana pencabulan hak paten bagi model iPhone dan iPad sambil menolak tuntutan balas Samsung mengenai paten bagi produk tanpa talian. - AFP

Kes-kes sebegini hanya akan membebankan pengguna dan tiada manfaat terhadap diri mereka,mereka sepatutnya cuba menyelesaikan kes ini dengan cara yang mudah dan efisien Exclamation

wong suk may/L6A/2012

Posts : 8
Join date : 2012-06-20

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum