Pelancong Asia Barat berbelanja besar di Malaysia

View previous topic View next topic Go down

Pelancong Asia Barat berbelanja besar di Malaysia

Post  Kerh Lai Yan (L6A/2012) on Fri Aug 24, 2012 8:52 pm

KUALA LUMPUR 12 Julai - Pelancong Asia Barat mencatatkan jumlah perbelanjaan purata yang lebih tinggi semasa mengunjungi negara ini berbanding pelancong dari negara-negara lain sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. James Dawos Mamit berkata, setiap pelancong dari rantau berkenaan secara purata membelanjakan kira-kira RM6,000 pada setiap kunjungan berbanding RM3,000 yang dibelanjakan setiap pelancong dari Eropah.

''Pelancong dari Asia Barat gemar mengunjungi Malaysia untuk berlibur dan membeli-belah kerana hampir semua destinasi pelancongan di negara ini mempunyai ciri-ciri Islam.

''Kerajaan juga sentiasa mempromosikan pakej pelancongan Islam bagi menarik kunjungan pelancong dari rantau tersebut," katanya.

Pada pendapat saya, pelancongan membawa banyak kepentingan kepada kita, salah satu ialah ekonomi negara. Industri pelancongan membawa pendapatan yang lumayan terhadap perkembangan ekonomi negara.

Selain itu, perkembangan pelancongan kebudayaan juga mewujudkan banyak peluang pekerjaan di negara kita. Hal ini disebabkan penduduk tempatan dapat mengembangkan kebudayaan mereka melalui kraf tangan, ukiran, tarian kepada pelancong dari negara asing. Penduduk tempatan menjalankan aktiviti tersebut sebagai penyumbang rezeki kehidupan mereka.

Kerh Lai Yan (L6A/2012)

Posts : 12
Join date : 2012-06-27

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum