Pengusaha bas perlu kaji latar belakang pemandu bas: NGO

View previous topic View next topic Go down

Pengusaha bas perlu kaji latar belakang pemandu bas: NGO

Post  NgKhaiLi (L6A/12) on Tue Aug 21, 2012 4:55 pm

KUALA LUMPUR: Pengusaha bas perlu mengambil sikap bertanggungjawab dengan membuat pemeriksaan kesihatan dan rekod peribadi pemandu bas dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam penyalahgunaan dadah atau jenayah.

Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Marimuthu Nadason, berkata pihak berkuasa melakukan pelbagai tindakan bagi membanteras kes berkenaan termasuk menjalankan operasi tetapi ia sangat mengecewakan apabila masalah itu masih berulang.

"Jumlah pemandu bas ekspres yang disahkan positif dadah dalam Ops Selamat yang dijalankan di seluruh negara seperti dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan semalam adalah angka yang sangat membimbangkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Solah berkata pengesanan pemandu bas yang disahkan positif dadah itu adalah hasil ujian saringan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di 32 terminal bas yang diperiksa dalam Ops Selamat di seluruh negara dalam tempoh 12 Ogos hingga Jumaat lalu.

Marimuthu berkata, pengusaha bas perlu mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), JPJ, AADK, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Institut Pengangkutan Malaysia (Mitrans) dan pihak berkuasa lain yang berkaitan bagi mencari mekanisme terbaik menangani masalah itu.

Beliau berkata, FOMCA memandang serius perkara itu dan tidak seharusnya dijadikan sebagai 'masalah bermusim' kerana ia membabitkan keselamatan pengguna jalan raya, penumpang bas dan orang ramai.

"Antara faktor kepada pengambilan dadah atau alkohol di kalangan pemandu bas ialah untuk mengejar 'trip' (perjalanan) bagi mendapatkan pendapatan lebih.
"FOMCA mencadangkan pengusaha bas menawarkan gaji atau imbuhan lain yang lebih baik kepada pemandu untuk memastikan mereka mendapatkan rehat yang secukupnya dan pada masa sama menjaga kesihatan mereka," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pengusaha bas mesti menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap pemandu bas mereka bagi memastikan pemandu mereka tidak terbabit dalam kejadian jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Selain melakukan penyelenggaraan berkala terhadap bas, pengusaha bas mesti melakukan pemeriksaan terhadap pemandu bas dari masa ke semasa dan alasan bahawa pengambilan dadah dan alkohol untuk 'memberi tenaga tambahan' tidak boleh diterima langsung, katanya yang juga Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Lee berkata, masalah pengambilan dadah di kalangan pemandu bas itu sudah berlarutan begitu lama dan tiba masanya semua pihak menumpukan perhatian terhadap masalah itu dan tidak hanya dihebah pada musim perayaan.

Saya berpendapat bahawa ini adalah satu perkara yang baik kerana dapat mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya yang berlaku.Pemandu bas yang mengambil dadah dan minum arak akan membahayakan keselamatan penumpang dan pemandu bas sendiri.

NgKhaiLi (L6A/12)

Posts : 8
Join date : 2012-06-21

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum