PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Cemas kereta api terbalik

Go down

Cemas kereta api terbalik Empty Cemas kereta api terbalik

Post  W.ZhiYeing (L6A/12) Tue Aug 21, 2012 9:52 am

Kira-kira 1,000 penumpang yang dalam perjalanan pulang menyambut Aidilfitri menaiki Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat, menempuh detik cemas apabila dua daripada 14 koc terbalik di Kampung Sungai Yu, dekat Kuala Lipis, awal pagi semalam.Penumpang terpelanting beberapa kali di dalam gerabak itu dalam keadaan bertindih antara satu sama lain, sebelum merangkak keluar menerusi cermin pintu gerabak yang dipecahkan.
11 penumpang cedera
Dalam kejadian jam 6.45 pagi di antara Stesen Keretapi Kuala Lipis dengan Gua Musang itu, 11 penumpang cedera, tiga daripadanya parah, termasuk seorang ibu hamil tujuh bulan.
Daripada tiga mangsa yang parah, seorang luka muka, manakala dua lagi masing-masing patah tangan dan patah pinggang serta dirawat di Hospital Gua Musang.
Kedua-dua koc penumpang yang terbalik itu ialah koc Kelas 1 dan koc tidur, dengan sebahagian besar penumpangnya dikatakan sedang tidur ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ab Razak Hassan, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) punca kejadian itu.
Kita cuma dapat sahkan 11 penumpang cedera, namun identiti mereka belum diperoleh. Kereta api itu dapat teruskan perjalanan kira-kira dua jam kemudian, katanya.

Abdul Razak berkata, laporan kejadian dibuat kakitangan KTMB berusia 40 tahun di Balai Polis Merapoh, selepas dua jam berjalan keluar dari lokasi kemalangan itu.

W.ZhiYeing (L6A/12)

Posts : 7
Join date : 2012-06-21

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum