[b]Klip besi punca koc terbalik[/b]

View previous topic View next topic Go down

[b]Klip besi punca koc terbalik[/b]

Post  W.ZhiYeing (L6A/12) on Tue Aug 21, 2012 10:24 am

Kecurian klip besi pengikat landasan kereta api, berpunca dua daripada 14 koc Ekspres Wau dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, terbalik di Kampung Sungai Yu, dekat Kuala Lipis, Sabtu lalu.

Malah, (KPPKTMB)semalam mendedahkan insiden sama hampir berlaku dua minggu lalu di Gemas, Negeri Sembilan apabila dipercayai ratusan klip besi dicuri di laluan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata mereka yang melakukan perbuatan vandalisme itu kemudian menjual klip besi berkenaan sebagai barangan lusuh.

Kejadian jam 6.45 pagi antara Stesen Keretapi Kuala Lipis dan Gua Musang itu telah menyebabkan 11 penumpang cedera, tiga daripada mereka parah termasuk seorang ibu hamil tujuh bulan. Kedua-dua koc penumpang itu ialah koc Kelas 1 dan koc tidur dengan sebahagian besar penumpang dikatakan sedang tidur ketika kejadian.

Cara mengatasi perbuatan vandalisme ialah kerajaan hendaklah menguatkuasa undang-undang dan memberi hukuman yang berat kepada mereka.

W.ZhiYeing (L6A/12)

Posts : 7
Join date : 2012-06-21

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum