PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pandelela dapat ganjaran RM300,000

Go down

Pandelela dapat ganjaran RM300,000 Empty Pandelela dapat ganjaran RM300,000

Post  samantha chan L6A 2012 Sat Aug 18, 2012 7:03 pm

PUTRAJAYA 17 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meraikan ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg yang meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2012 dalam acara terjun 10 meter platform, di pejabatnya hari ini.

Sebagai penghargaan kerajaan, Najib menyampaikan sumbangan bernilai RM300,000 iaitu Skim Hadiah Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) RM100,000 dan Amanah Saham Wawasan sebanyak RM200,000 kepada Pandelela atas kejayaan mengharumkan nama negara dalam kejohanan berprestij itu.

Perdana Menteri juga menyerahkan surat tawaran biasiswa penuh kerajaan daripada Yayasan Tun Abdul Razak untuk membolehkan atlet negara itu melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti di negara ini dalam jurusan pilihannya.

Dalam pertemuan 10 minit itu, Najib memberi jaminan bahawa kerajaan sedia menghulurkan segala jenis bantuan bagi membolehkan atlet muda itu meningkatkan prestasi dan seterusnya mencipta lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa.

Penghargaan dan ganjaran ini saya berasa adalah sempadan sebab beliau telah banyak mengkorbankan masa dan tenaga untuk melatih dan akhirnya telah mengharumkan nama baik negara Malaysia. Biasiswa yang diberi juga merupakan salah satu cara penghargaan yang terbaik sebab ia juga dapat menigkatkan pengtahuan dan pelajarannya.

samantha chan L6A 2012

Posts : 8
Join date : 2012-06-27

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum