Menghijaukan Kuala Lumpur

View previous topic View next topic Go down

Menghijaukan Kuala Lumpur

Post  Mah Huei Yee (L6A/2012) on Thu Aug 16, 2012 4:44 pm

Negara semakin menghampiri 2020. Hanya tinggal lapan tahun untuk mencapai tahun yang bakal menjadi penanda aras sebuah negara maju. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan tahun tersebut sebagai kemuncak untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju bertaraf dunia.

Melalui pelbagai transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan, Malaysia kini hanya menunggu masa untuk mencapai hasrat tersebut. Persoalannya, jika tahap negara maju tercapai seperti yang diharapkan, adakah proses menentukan hala tuju negara dilakukan dengan berpaksikan pemodenan semata-mata tanpa mengambil peduli aspek pemuliharaan alam sekitar?

Kema juan membuta tuli merupakan faktor yang boleh menjejaskan alam sekitar. Isu pemodenan negara dan alam sekitar sewajarnya berjalan seiring. Seperti yang berlaku di Amerika Syarikat yang merupakan sebuah negara maju, tetapi bandar utamanya, New York, merupakan antara lokasi yang menjadi penyumbang terbesar kepada pencemaran alam sekitar. Hal yang sama tidak seharusnya berlaku terhadap Malaysia.

Ketika melancarkan Greater KL dan Klang Valley (GKLKV) sebagai salah satu pelan tindakan dalam Program Transformasi Ekonomi (PTE) pada Oktober 2011, Perdana Menteri, Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dengan jelas menegaskan bahawa pembangunan seluruh Lembah Klang perlu bergerak seiring dengan pemuliharaan alam sekitar. Sudah pasti komitmen kerajaan dalam pembangunan Lembah Klang boleh dijadikan model kemajuan negara sekali gus memperlihatkan betapa seriusnya kerajaan menangani isu alam sekitar.

Menerusi PTE, Najib turut mengumumkan bahawa Greener KL dan River of Life (ROL) sebagai projek pemuliharaan alam sekitar. Kedua-dua projek tersebut dipacu oleh kerajaan melalui 1Malaysia Development Berhad dan menjadi mangkin agar Lembah Klang menjadi perintis kepada pembangunan mapan dan berteknologi hijau. Sejak September tahun lalu, kedua-dua projek ini sudah dilaksanakan secara berperingkat.

Menerusi projek Greener KL, kerajaan dilihat proaktif dalam mewujudkan pembangunan teknologi hijau. Proses seperti mengitar semula bahan yang masih boleh digunakan diberikan perhatian dalam setiap tahap pembangunan. Bagi tujuan pemuliharaan alam sekitar, kerajaan merancang untuk menjadikan Kuala Lumpur antara 20 buah bandar raya berdaya huni dengan tahap kehijauan dan mesra alam sekitar mengikut piawaian antarabangsa menjelang 2020.

Jika Kuala Lumpur mampu dijadikan bandar raya hijau, keadaan ini bukan sahaja mewujudkan kehidupan dan gaya hidup yang selesa kepada warga kota, bahkan Greater KL mampu menjadi inspirasi dari segi pembangunan mapan dan teknologi hijau kepada bandar lain di negara ini.
==============================================================================

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini.Kepentingan menghijaukan alam sekitar ialah persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Mah Huei Yee (L6A/2012)

Posts : 7
Join date : 2012-08-15

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum